Saya Sudah BERTUNANG

Sedang asyik leka memilih jajan di dewan makan tempat saya melakukan lesen L dan P dan insyallah akan berhadapan dengan JPJ pada minggu depan, saya diperhatikan lelaki yang umur kiraan 20 tahun. Bilamana sudah pasti dengan pilihan, saya ke kaunter untuk pembayaran. Sampai di kaunter.



Makcik : Lelaki ni nak cari calon isteri, nak kata hodoh, ada rupa. Nak kata hitam, ada la putih. Nak kata miskin, berada la jugak. Ada sapa berkenan ke?



Kami bertiga hanyalah senyum.



Abang : Korang bertiga ni duduk mana?
Sahabat A : Tumpat..
Abang: Ouh tumpat, awak tumpat sebelah mana? *tangan ditujukan pada saya*


Saya hanyalah senyum.



Abang: Comel la senyum awak, berkenan abang dekat awak.
Makcik: Akak pun berkenan.
Saya : Maaf, saya dah bertunang. Ini cincin saya *sambil tunjuk jari manis*


Ohh cincin, kau penyelamat aku. terima kasih sayang! * lompat bintang*


Abang kelihatan hampa. Melepas lagi. Selesai membayar saya cepat-cepat pergi cari tempat duduk. Baik diam dari berkata-kata kan? Takpe, one day akan tahulah nanti status sebenarku. Hehe

4 comments:

  1. wah..dah bertunang..
    :)

    ReplyDelete
  2. @a i m z

    tak bertunang betul pun :) tipu. terpaksa menipu.

    ReplyDelete
  3. @Arya Addin

    hehehe. terima kasih ye :'D

    ReplyDelete