Kahwin Muda

Assalamualaikum.



Last post tengok date alahai and i like err dah lama rupanya tak post. Okay tukar cerita. Tentang tajuk, ya. Kahwin awal. Kahwin awal bukan lagi satu fenomena asing yang berlaku di Malaysia. Sebab? Ramai pelajar mula menanamkan minat untuk berkahwin awal manakala si dewasa pulak menanam minat untuk lebihan couple berbanding kahwin.

Dunia sudah terbalik mungkin? Eh tidak. Kahwin muda adalah sunnah. Dan ia amat-amat dituntut dalam islam. Kahwin adalah terbaik berbanding pasangan couple yang sememangnya belum tahu penghujungnya berakhir dengan apa. Perkahwinan ataupun penceraian? Nauzbilahminzalik, minta disepangkanlah penceraian tu.

Rasulullah bersabda : Barang siapa diantara remaja yang berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku. (HR Ibnu 'Addi)

Azza sokong perkahwinan muda ini kerana?

  1. mengajar diri azza untuk lebih bertanggungjawab. bila ada pasangan, secara automatik kita akan belajar bersungguh-sungguh. sebab? kita dah kena bermula fikir tentang masa hadapan. bukan lagi ke belakang. secara tidak langsung, ia akan mengispirekan diri azza untuk belajar bersungguh-sungguh. bila dah berdua, akan bertiga seterusnya berempat. perlukan ekonomi tuu.
  2. aib keluarga lebih terjamin. keluarga mana yang tak malu bila tiba-tiba dapat tahu anak dara mereka ditangkap basah? keluarga mana yang tak malu bila tiba-tiba anak dara mereka melahirkan anak luar nikah? ya semestinya malu bukan? dengan pernikahan, sudah pasti, kelahiran anak luar nikah dan maksiat yang berleluasa dapat diatasi. tidak perlu malu kerana anak berkahwin awal kerana yang lebih memalukan adalah anak yang menconteng arang di muka ayah dan ibunya sendiri dengan berzina.
  3. belajar mendisiplinkan diri. bila berkahwin segala hal dilakukan bersama. segala masalah dibincang bersama. pendek kata, segala-segala yang berlaku selepas berkahwin adalah bersama. dengan segala yang dilakukan bersama, ia dapat mengajar kita untuk mendisiplinkan diri. yealah, bila dah hidup berdua, pemikiran perlulah matang. tidak boleh keanak-anakkan lagi.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya,jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” – (H.R. Tirmidzi)



perkahwinan di usia muda? macam mana dengan enjoy?

  1. Enjoy. Sebenarnya azza salah seorang remaja yang kurang enjoy bersama kawan. kalau nak berjumpa, dalam sebulan adalah bertemu. itupun tidak selalu memandangkan azza masih di bangku sekolah. bila musim cuti, berjumpa hanya sebulan sekali. kalau nak jumpa, datang personally rumah azza. itu cara azza.
  2. Kahwin tidak akan pernah sesekali menghentikan enjoy azza. sebab? dengan pasangan kita sendiri pun kita boleh enjoy bukan? katakanlah kalau kita jarang enjoy, pasangan pula juga jarang enjoy, apa salahnya kalau masing-masing mula enjoy dengan pasangan masing-masing. bukankah itu lagi barakah bukan?
bahagikan masa dengan belajar dan kahwin.

  1. memasak. one of the thing yang azza sedang belajar sekarang. kalau kita kahwin waktu usia muda, sang suami akan faham dengan dunia isteri. masakan tidak, waktu pagi sudah tentu boleh sarapan bersama. tengahhari mungkin tidak. makan malam? mungkin ya. jelaskan baik-baik dengan sang suami  agar sang suami sentiasa mengerti. kalau dia nak kahwin dengan kita sudah pasti dia akan faham kita macam mana.
  2. mengemas rumah. suami kerja. anak pula tiada. jadi, rumah secara automatik tidak akan bersepah. cuba bahagikan masa betul-betul. sebelum pergi ke kuliah, pastikan dulu membersihkan rumah sekurang-kurangnya 30 minit. bila dah balik kuliah, sudah pasti, penat dan seterusnya akan ketiduran.
  3. belajar. jika mempunyai suami yang penyayang dan bekerjaya, sudah pasti encik suami akan setia menunggu kita setiap malam untuk menemani kita belajar. secara tidak langsung, menguatkan kesungguhan kita untuk belajar.

restu ibu bapa.

restu ibu bapa memainkan peranan yang cukup penting. buktikan dulu kepada ibu bapa, kita telah matang dalam segala aspek. nak melangsungkan perkahwinan, tanya pendapat ayah dan ibu. usulkan kenapa mahu berkahwin. insyallah ayah dan ibu akan menimbangkan permintaan kita. ingat, redha Allah terletak pada redha ibu bapa dan murka Allah terletak pada murka ibu bapa. restu ibu bapa itu penting. salah satu aspek untuk bahagia ketika berumahtangga adalah mendapat restu daripada ibubapa.

penerimaan masyarakat?

apa yang azza boleh katakan. mereka tak rasa dengan apa yang kita rasa. kalau mereka dapat rasakan dengan apa yang kita rasakan, sudah pasti mereka akan faham kenapa dengan tindakan kita ini. jelaskan kepada mereka tentang kelebihan berkahwin muda ini. lebih baik berkahwin muda daripada menunjukkan kepada mereka "baka" anak haram yang dilakukan dalam penzinaan. Allahurabbi.Semoga dijauhkan daripada kita semua.



sebenarnya bergantung pada diri kita macam mana kita kawal diri kita. kalau solat dah nampak "pasangan", makan pun nampak "pasangan", mandi pun nampak "pasangan", tidur pun mimpi "pasangan" itu lebih baik anda mendirikan rumah tangga. memang susah untuk jelaskan pada semua orang namun kita adalah kita. jika kita pandai mengatur diri kita, sudah pasti kita akan memperoleh bahagia dunia akhirat. selamat menempuh alam perkahwinan daripada azza yang berumur 1* tahun ;)


12 comments:

  1. saya nak kawin tp xmampu lg :(
    ~sedih..
    kita follow sini ye

    ReplyDelete
  2. Wahh,banyak info yg menarik HEE :D
    InsyaAllah akan singgah blog akak lagi :D

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:52:00 PM

    ".. to love is to care, to care we must share..."
    get some and be awesome at BBC MARDI Station CH39000

    ReplyDelete
  4. Betul ke akak daa nikah ?

    ReplyDelete
  5. Cahaya Kemuliaanku7:57:00 AM

    Setuju . :)

    ReplyDelete
  6. @zana ruzana


    errr. akak nikah? ish, takdalah :)

    ReplyDelete
  7. memang nak kawin muda. nak sangat2. huhuhu

    jemput baca cerpen blogger picisan:)
    http://nazlifestory.blogspot.com/2013/12/kisah-faniz-eps-1.html

    ReplyDelete
  8. @M Fizan semoga dipermudahkan. allahummaa aamiin :)

    ReplyDelete