Ada Senyuman Di Sebalik Kegelisahan

waktu dekat KPMIM dulu, saya salah seorang orang kuat yang akan hadir untuk bantu mana-mana pelajar. erti mudah, saya ada pegang jawatan yang tinggi jugak dekat kolej. apa-apa masalah, ada pelajar yang akan datang report, datang mengadu, datang bercerita. apa yang mampu saya kongsi, saya kongsi. apa yang mampu saya dengar, saya dengar. bermula semester satu, saya di bawah ahli surau. semester dua dan ke atas, saya sudah dalam jawatankuasa tinggi surau. bila berjawatan, banyak yang kena hadapi, banyak juga halangan dan cabaran yang dilalui. namun, percayalah. memegang sesuatu jawatan itu janganlah ambil mudah ya?


well. bukan itu saya nak cerita. teringat saya pada satu ketika tahun lepas, saya ada bawa kawan sebilik saya, Farah ke hospital tapi bukan kami berdua je, ada lapan pelajar di sana. farah dan 2 lagi student sakit. selebihnya pengiring yang menemani. Allahu. kalau Allah nak uji, sekejap aje kan 😒  sampai kini, saya doakan moga-moga semua sihat selamat hendaknya. aaameen. seingat saya, sorang sakit belakang sebab licin di toilet dan lagi seorang, tergelincir atas jalan waktu pulang ke asrama. nak dijadikan cerita, sehingga pukul 4 pagi saya masih menemani Farah.


esoknya, saya ada test SOC. bayangkanlah, saya hanya belajar beberapa pages pada waktu tu sedangkan topik yang masuk dalam test ada tiga bab. dalam hati, moga Allah permudahkan urusan saya esoknya. syukurlah, pukul 5 pagi Farah dibenarkan balik. 530 pagi saya tiba di dorm, waktu tulah saya buka buku. dengan harapan ada juga la points yang boleh masukkan dalam test. hehe. asbab saya keletihan, saya tertidur lepas subuh dan saya terjaga pukul 830 sedangkan test pukul 9. dalam hati, berdebar sangat. masuk je dalam kelas, saya jawab test. saya husnuzon dengan result test yang akan saya dapat.


Allah jualah tempat meminta pertolongan, saya pass ujian tersebut dengan lulusnya. alhamdulilah. so cerita di sini, tolong la sesiapa pun dengan seikhlas hati, in shaa Allah urusan kita Allah akan permudahkan. percayalah di sebalik keresahan hati, kebimbingan pasti akan membuahkan hasil yang tak ternilai. aamiin


selingan: waktu smpai hospital, mesti la kena daftar kan? waktu dalam proses pendaftaran tu, PIC pendaftaran tanya "apa nombor telefon puan ye?" . saya dalam hati punyalah, nampak macam puan ke? dia ingat saya lecturer kot atau mungkin sbb cincin ngan inai ni la kot 😎😎😎 dan saya, hanyalah bagi nombor handphone dan senyum selebar2nya. 😊


itulah. masin mulut PIC panggil saya puan, tahun ni saya dah bergelar cik puan. hehe. :)

No comments