Cara Daftar Haji di Kaunter Tabung Haji

Assalamualaikum semua !


rentetan post INI , azah ada cerita nak buatkan satu entri khas macam mana nak daftar haji kan? menunaikan haji salah satu rukun islam. menunaikan haji bagi yang berkemampuan. kalau kurang mampu, takpe :)



bermula tahun 2016 tak silap, satu keistimewaan bagi penjawat-penjawat awam atau swasta yang tidak mencukupi duit RM1300 (minimum untuk daftar haji) dibenarkan menggunakan slip KWSP untuk mendaftar haji.


selepas azah berkahwin, 19/10/2017 macam tu, kami ke Tabung Haji Kota Bharu untuk mendaftar haji. senang cerita, daftar haji berkelompok dengan suami. hehe. azah daftar haji dengan duit tambahan, suami pula daftar haji dengan KWSP sahaja.


bagi yang tak tahu cara nak daftar, macam ni ye.


1. bawa slip KWSP/ wang tunai RM1300 , kad pengenalan serta buku akaun tabung haji
2. macam azah, azah dah berkahwin jadi minta borang kemas kini akaun
3. di mesin automatik tu, korang just touch pada pendaftaran haji
4. isi segala details borang kemaskini akaun. ubah status diri - berkahwin, masukkan details suami dan lain-lain. 
5. bila giliran dah sampai, korang pergi ke kaunter TH, cakap je nak daftar tabung haji. nanti kerani kaunter akan key in maklumat korang dan daftarkan korang di bawah haji berkelompok gitu. hehe. 
untuk yang nak guna KWSP, serahkan buku akaun, slip/penyata KWSP dan kad pengenalan. 
kalau nak gunakan duit, serahkan duit, buku akaun TH dan kad pengenalan. 

dah siap! korang tahu tak bila azah akan fly ke Mekah? tengok bawah ni :P



2113 Masihi tuuuuuuuuuuuuuuuu xD sekarang baru 2018 kan. HAHA


hehehe. lambat lagi kan? kerani TH cakap kalau duit dah mencukupi, buat je rayuan in shaa Allah, kalau diizinkan Allah, kuota pun masih mencukupi, korang akan dipanggil sebab setiap tahun banyak juga kekosongan kuota tu. contohnya, ibu mengandung, kematian, isteri dalam iddah dll :)


p/s: orang sekampung dengan Azah pernah berlaku kematian ni. tak silap Azah tiga hari dia nak berlepas ke Mekah, dia dijemput Ilahi. itulah kan, jodoh ajal maut semuanya di tangan Allah kan. bila ada je kematian, isteri arwah pun automatik dalam iddah. jadi isterinya akan diterbangkan tahun berikutnya :) dalam konteks ni, akan ada kuaota 2 kosong. haa macam tulah:)


so senang je kan cara daftar haji ni? till we meet again!



6 comments:

  1. Topik Haji ni memang menjentik emosi sikit untuk Hana yg belum pernah jejak mekah... T__T thanks for sharing sis!! ^^ Inshaallah akan jejak jugak suatu hari nanti :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. kaella pun dah daftar haji. hehe

    ReplyDelete
  3. @Mizz'strawery Smile amiiiin. akak doakan hana ke sana nanti. aamiin.

    ReplyDelete
  4. @cik kaella wahhhhhhh :D jom kumpul duit pulak. hihi

    ReplyDelete
  5. good sharing sis.. cikyan pon taktau boleh daftar haji guna kwsp... terfikir jugak laa camna nk daftar kat tabung haji sbb yg tahu, automatik akan register bila duit simpanan cukup jumlah yg ditetapkan.. thanks alots... nak daftar jugak laa...

    ReplyDelete
  6. @Nur Azian Jaafar betul betul cikyan. bila ada kemudahan ni kenalah gunakan :D

    ReplyDelete