Cara Renew Lesen Memandu di UTC

assalamualaikum semua!


lamanya tak bersiaran. wifi on off je sebab nak upgrade wifi dari tm ke unifi. tak tahu la macam mana sebab abang yang buatkan. sekarang pun tulis dalam notepad, post dalam blogger, update gambar, publish! mujur ada kemudahan handphone dan mobile data boleh jugak guna kan? haha.


so harini nak story pasal Cara Renew Lesen di UTC. adat lah kan sekarang lesen memandu akan tamat tempoh waktu tarikh lahir kita. birthday azah pun dah dekat so alang alang suami ada urusan di UTC, ikut dia pergi renew lesen memandu sekali. haha. untuk renew lesen ni korang kena bawa :


1. kad pengenalan
2. lesen lama
3. duit secukupnya


azah renew lesen di UTC KBMALL. bukan dalam kbmall tau, belakang kbmall ada UTC kat situ. kecik je pintu depan dia tapi bila masuk haa kagum sungguh! masuk tu terus naik tingkat dua tau. kalau tak tahu tanya guard di situ mana tempat JPJ.




ni gambar hadapan JPJ dalam UTC. azah rasa semua sama je macam ni jugak kan kalau di UTC.



ni urusan urusan yang korang boleh buat di UTC JPJ. macam macam ada. waktu beroperasi pun ada



bila masuk je terus cari kaunter atau mesin no giliran. mungkin JPJ UTC ni dalam proses membaikpulih kot jadi manual je cara ambil no giliran.


lepas korang ambil no giliran, cari la mana mana kerusi kosong. rezeki menyebelahi azah tak ramai orang pun petang semalam, so kejap je prosesnya.

bila dah sampai giliran kita, terus ke kaunter. macam azah dapat kaunter 5.

azah: *hulur lesen dan ic* puan, saya nak renew lesen
puan: berapa tahun dik?
azah: 2 tahun ye
puan: kereta motorsikal ye, 2 tahun RM60 dik. renew lesen guna gambar ic ye.

azah senyum, cakap ok, hulur duit, tak lama tu, puan bagi ic dan lesen kita.

puan: adik pergi kaunter 8 bagi ic ye.

KAUNTER 8
azah: encik, ic untuk renew lesen
encik: okay, duduk kejap ye

azah pun duduk la balik. tak sampai 5 minit, nama azah dipanggil. cepat cepat lah azah ke kaunter

azah: siap dah ye? cepatnya
encik: siap dah dik
azah: okay terima kasih


pheww. kejap je kan? renew roadtax settle. renew lesen pun dah settle! haha. gambar lesen seriously lawaa. memang sebijik macam kad pengenalan punya tapi dia adjust bagi cerah sikit. haha. thank you kerajaan sediakan UTC ni. mudah nak buat semua benda dekat satu tempat!



gambar husband di kaunter tengah renew roadtax customer dia. hehe. mana satu ek husband saya? :P


p/s: lepas 2 tahun kena renew balik la. 18.01.2020. nak merasa 2020 kann. dekat lesen pun boleh laa. haha

2 comments:

  1. Thanks for sharing tau!! ^^ alangkah bahagianya kalau Hana ada lesen kereta ^^

    ReplyDelete
  2. @Mizz'strawery Smile ewaaaah. awak dah ckup umur la hana. buat cepat. hahaa

    ReplyDelete