Dinner Treat Special Untuk Husband

assalamualaikum semua :D


dua minggu lepas, lepas husband balik kerja, saja ajak husband keluar jalan-jalan nak makan western food. haha. saja ajak dia keluar makan tempat mahal mahal. sengaja buat ia garu kepala sebab gaji lambat lagi keluar kan :P tengah bulan kan, mana nak cekau duit lebih nak belanja bini makan benda bukan-bukan.


so dia balik kerja tu, saja ajak dia keluar. sebelum keluar suruh dia pilih dulu, antara dua. mana satu yang nak. antara western cafe yang ni atau yang ni. kami undi guna duit syiling je. kalau atas western cafe A, kalau bawah western B.


jadi keputusannya pergi western B. haha. western A tu dekat je dengan rumah, western B jauh sikit. so kami membonceng naik motorsikal je ke sana. malam-malam boleh la rasa angin udara sejuk. hiks. so sampai sana around pukul 9 macam tu. sampai je huish ramai gila orang. yelah kedai viral dekat facebook kan. so takpe. dapat la tempah tengah tengah kedai.


datang je pelayan amik order. settle. pastu cakap cakap la dengan husband itu ini itu ini. minta maaf apa semua. yelah kan, bagi azah sesekali takpe la belanja suami. apa salahnya kan. selama ni azah tak pernah pun belanja dia. sobs. ada duit lebih time tu, belanja la suami makan. kami order set talam chicken chop, fries, wedges dan memacam lagi.




lama kami tunggu, dalam 50 minit baru siap. mood lapar mula-mula datang tadi dah hampir hilang sebab badmood makanan lambat. geram je nak cancelkan. tapi takpelah sebab nak belanja suami punya pasal kan. kita ikutkan jela :))







makan punya makan, benda banyak kan. tak habis so tebalkan muka mintak bungkus je. hahaa. so tapau jela bawak balik. selepas makan, apa yang azah boleh katakan :


1. tempat padat, customer ramai. terpaksa berebut tempat. 
2. makanan lambat siap hampir sejam tunggu. sepatutnya bawa la air dulu ke kan 
3. bila makanan dah siap, ada yang dah sejuk. huk sedihnya 
4. makanan sedap. ni boleh la bagi rating 8/10




tu jela kot. maaf ye, nama kedai dan lokasi terpaksa dirahsiakan sebab nak jaga periuk nasi dia. tak baik la kan dedahkan. hanya orang pernah pergi je tahu servis dia macam mana :) makanan memang sedap tapi azah TAK RECOMMEND korang pergi. korang layan jela eh gambar :P alah ada banyak lagi kedai western yang korang pergi kan. ihiks :D nanti jumpaaaa lagi.



30 comments:

  1. Kalau tunggu lama sangat pun rasa lapar terus tukar jadi rasa badmood.
    Makanan sedap pun jadi rasa lain.

    ReplyDelete
  2. mmg badmood kalau makanan sampai lewat..mmg akan naik angin dan masuk angin perut kan..hehe

    ReplyDelete
  3. saya dah masuk anda dalam bloglist saya. Saya ikut serta pencarian bloglist 2018.

    ReplyDelete
  4. @Warisan Petani kannn. betul betul. kalau dah badmood terus selera hilangg.

    ReplyDelete
  5. @Mrs Virgo btull. nak makan pun dah tak lalu. aish

    ReplyDelete
  6. pergh.. tengok makanan meleleh lagi2x minumannya tu.. padu je tengok..

    ReplyDelete
  7. adoii kalo akk jadi azah pun akk hilang mood sbb lama tgu mknn smpai

    ReplyDelete
  8. www.suhailaabdul.comJanuary 31, 2018 at 8:59 AM

    mak ai..sedapnya..terus keliur

    ReplyDelete
  9. Alah,tak payah tebalkan muka mintak bungkus... itu kan hak pelanggan hahah! Hana selalu je mintak bungkus ^^ hehehe

    ReplyDelete
  10. Meleleh airliur tengok set talam..laki kami suka makan set bertalam2 ni

    ReplyDelete
  11. Makanan lambat sampai tapi dah sejuk? Teruknya service.

    nurulrasya.com

    ReplyDelete
  12. nasib sedap walau lambat
    dapat yang servis slow lepas tu makanan pula hauk...lagi panas hati
    hahahaha

    ReplyDelete
  13. Ya Ampunn sedap banget tengok semua makanan tu. Tapi tu la kalau servis tak best, Mai pun tak minat nak repeat dah. Haha.

    ReplyDelete
  14. lambat eh...cikyan mmg xblh nk tggu mknn yg lmbt smpai ni..alergik !

    tapi tapi tapi...
    hmmm hmmm hmm, nmpknya mcm sedap sgt tu.. laparr...

    ReplyDelete
  15. cikyan tag awk dlm ni tau !

    https://nurazianjaafar.blogspot.my/2018/01/segmen-blogwalking-by-zati.html

    ReplyDelete
  16. @adarain sedappppppppppp. hahaha. kenyang sungguh sampai mintak tapau :D

    ReplyDelete
  17. @cik renex kan kan. badmood rasanyaa makanan lambat smpai

    ReplyDelete
  18. @Mizz'strawery Smile hahaha. kan adik kannn. bungkus je :D akak sebab peyott dah penuh

    ReplyDelete
  19. @Auni Sofea kannn. sedap makan sama-sama dalam talam. hahaa

    ReplyDelete
  20. @Hans kannn. tu triple sakit hatinya. hahaa

    ReplyDelete
  21. @ejulz in shaa Allah. good luck giveaway :D

    ReplyDelete
  22. @Noor Maizan kannnn. hahaa. husband ajak jom makan tempat samaa, tobat taknak dah makan situ. lambattt

    ReplyDelete
  23. @Nur Azian Jaafar kannnnnnnnnnn. makanan sedap tapi lambattt. haha

    ReplyDelete