DIY : Goodies Kahwin

salam semua. 

semalam azah ada kongsi perbelanjaan majlis kahwin azah kan. klik SINI untuk baca isian penuh. hehe. okay harini azah nak kongsi dengan korang untuk DIY Goodies Kahwin pulak. kata nak jimat kan? haruslah kena kreatif dan inovatif. hihi. 


okay, apa yang perlukan ialah


1. ziplock paper craft (RM450 pcs = RM163)
2. kertas sticker RM4
3. gunting
4. gam (optional *kalau guna A4 paper)


okay bendanya mudah aje. hehe. paper craft tu azah beli online je. guna search je dekat facebook. in shaa Allah akan jumpa yang murah. pastikan cari yang trusted seller ye. azah lupa yang seller azah beli ziplock ni masih aktif menjual ke tak. kalau ada, in shaa Allah nanti azah kongsikan ye. okay jom proceed dengan cara macam mana nak buat pula :)


cara-caranya :


1. designkan sticker. boleh jugak google image ke ataupun pohotoshop ke ataupun edit je simple simple :) macam azah, kak zaira yang buatkan sebab azah nak sama dengan yang ada dekat kad kahwin azah tu kan. hehe. terima kasih kak zaira


2. lepas ada sticker design, compilekan. adjust la bagi kecik-kecik dan muat lebih kurang 40 pcs atas kertas sticker. sebab nak jimat kan :) macam azah, azah adjust bagi muat 8 x 4. azah beli 10 keping sticker. so dapat la 400 kepingan kecik kecik untuk ditampal atas goodies.


3. bagi yang ada printer, boleh printkan sendiri. macam azah takde printer so hantar juga kedai printkan. hehe. bayaran yang azah kenakan sebanyak rm10 sahaja. 


4. gunting cantik-cantik. ikut je line dia ye :)





5. bila dah gunting, tanggalkan pelekat di belakang dan tampal sahaja di mana mana bahagian yang kita suka. macam azah ada dekat kawasan zip tu. ada dekat tengah. ada dekat kiri/kanan. haa ikut kreatif. hehe






6. dah tampal sticker, so asingkan. DONE. haa senang je kan?


7. goodies yang dah bersticker, boleh la dimasukkan kacang-kacang atau kerepek.


ini lah goodies yang azah diykan. kalau ikut rajin memang nak diykan jugak paper craft tu guna  old newspaper je tapi sebab azah ada masa sebulan je. haih fikir sempat ke tak kan. so takpela. kita beli je yang dah siap. hehee. mudahan korang dapat la idea ye :)


28 comments:

  1. Good sharing! ^^ Hana kalau pegi org kawin memang suka gila dapat goodies! Heheh ^^

    ReplyDelete
  2. nice ! skrg mmg kena jimat..hihi

    ReplyDelete
  3. senang je rupanya. Murah pun murah, cantik pulak tu :D

    ReplyDelete
  4. wahh pandainya buat diy projek ni.

    ReplyDelete
  5. Wah, bagus ini kak. Jimat bajet tu kak. Terbaik kak. Hihi. :)

    ReplyDelete
  6. Jimat idea ni, boleh bincang dengan mak nanti, pening juga fikir goodies ni, sbb baru hilang kerja padahal dah nak kahwin T_T.

    ReplyDelete
  7. comel pulak tgk. thnx for sharing

    ReplyDelete
  8. Wah cantik betul ni...
    Boleh cuba..
    Tq Kak bagi ilmu.

    Butang Like Takde Pulak...
    *LIKE*LIKE*LIKE*

    ReplyDelete
  9. Gigihnya bakal pengantin :)
    semoga dipermudahkan segala urusan.
    Tq sudi singgah blog ira.
    Good luck ye utk segmen giveaway mamapipie tu.

    ReplyDelete
  10. good sharing azah... cikyan pon tringin nak buat goodies bag sndiri.. pastu kreatif la azah ni...cikyan slalu kalo buat, tak menjadi.. hahhahaha

    ReplyDelete
  11. @Mizz'strawery Smile hahaha. mestilah. suka nauuu nak tengk apa dalam tu kan :D

    ReplyDelete
  12. @Mas FVOME betul tuuu. sekarang kena berjimat cermat. hihi :D

    ReplyDelete
  13. @Noor Maizan laa yeke. sabar ea sis. in shaa Allah ada rezeki kerja lain. Allah akan memudahkan kalau kita ke arah hubungan yang halal. allahumma aamiin

    ReplyDelete
  14. @Ira sama-sama awak :D goodluck jugak untuk giveaway tu. hihihi. kite dah kahwin dah :D ni entry throwback orang kate

    ReplyDelete
  15. @Nur Azian Jaafar hahaha. azah pun time rajin je cikyan. kalau malas, tak terbuat jugak. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikyan minat la buat bnda camni. Tp tangan kaku je. Hahahaha.. Sabar jela kan. Kdg beli je brg, tp xbuat pon penyudahnya. Pling cikyan minat buat bunga guna kertas crepe. Cantik. Tp kne pndai buat la bg cantik.

      Delete
    2. haha xpe. nanti ada banyakkkk masa boleh la buat :D

      Delete
  16. Rajin haa Azah buat sendiri. Siqah tempah semua. Hehe. Punyalah malas kan 🙈

    ReplyDelete
  17. Ana guna plastik warna warni je azah. Yg plg murah.sehelai 5 sen tu. Senang keje. Nk DIY macam azah memang xde masa. Esok nikah hari ni keje lagi. Ngee

    ReplyDelete
  18. @Ana Suhana okey jugak yang tuuu. hehe. azah sebab tak keje so ada banyak jugak masa untuk diy itu ini. kiki

    ReplyDelete
  19. Bagus azah. Simple tapi tetap menarik, jimat pun jimat kan :)

    ReplyDelete