Info : Cara Pembaharuan Roadtax dan Insurans di Pejabat Pos

Assalamualaikum semua!



Kali ni nak share cara macam mana nak buat pembayaran roadtax dan Insurans di pejabat pos. tadi berkesempatan pergi pejabat pos dengan husband. selama ni abang abang je bayarkan sekarang dah ada husband, haa ke hulu hilir ler dengan husband. hikhik


sebab memang lumrah dah kami adik beradik, hujung tahun dan awal tahun je mesti akan habis banyak duit sebab renew roadtax, insurans dan lesen. haa. lesen minggu depan akan renew. so nantikan eh macam mana lak cara renew lesen. haish. cantik ke idok nanti ni gambar dalam lesen. kihkih.so pergi ke pejabat pos tadi, tanya husb, awak atau saya nak bayarkan. dia cakap awak nak belajar cara bayar pun okay jugak. betul jugak kan. ada la pengalaman renew roadtax insurans di pejabat pos. haha.




okay, so untuk pertama kali geng geng nak renew roadtax insurans ni macam ni.


1. bawa geran baru (kecik) @ geran lama (warna pink) , kad pengenalan, duit
2. tekan nombor di mesin. tengok info butang mana satu untuk renew insurans dan roadtax. kekadang B , kekadang C.
3. tunggu no.giliran dipanggil
4. bila dah sampai turn, hulur geran cakap nak renew insurans dan roadtax
5. dia akan minta ic, dan no telefon
6. proceed
7. dalam masa 10 minit camtu siap.


senang je kan? so good luck korang! hehe. selesai renew roadtax dan insurans. boleh laa jalan jalan :D

No comments