Part 3 : Dugaan Bertunang

Salam semua.


Nak continue cerita Part 1 dan Part 2 pasal perkahwinan Azah :) tiga bulan lepas kami bertunang, waktu hari raya keempat. dua dua keluarga ditemukan sebab nak membincangkan tarikh perkahwinan kami. azah ikut jela kan bila bila je pun takpe. awal pun bagus, lambat pun bagus tapi apa mak azah pesan "kalau dah tunang elok percepatkan. mana taknya, tak tunang takde la dugaan tunang kan."





pastu nak percepatkan tarikh kahwin jugak sebab kami dekat. kekadang tu dia balik kerja, azah siapkan makanan bekal untuk dia makan malam. tak manis la kan dipandang orang. mula mula azah bertunang, sahabat baik kpmim azah je yang tahu. hihi. punyalah berahsia kan. so dalam tempoh 7 bulan tu cuba slow slow bercerita dengan sahabat sahabat lain. mcm azah cakap sebelum ni bukan taknak share berita azah tunangan orang tapi ada hikmah di sebalik rahsiakan pertunangan ni. salah satunya kalu tak jadi berkahwin, takdela malu sangat kan sebab tak ramai pun tahu tapi biasalah. makcik bawang sentiasa jer berbunyi kan. abaikan sebab diorang ada mulut. haha. kita tak layan diam la dia.

RAHSIAKAN PERTUNANGAN, HEBAHKAN PERKAHWINAN :)

dalam tempoh kami bertunang 7 bulan, banyak juga dugaan tau. hehe. ada dugaan tu sampai kami taknak kahwin. haa sampai tahap tu tau :P siap ugut suami lagi kalau dia buat hal, putus tunang baru tau. haha. adoi kalau diingat balik, kelakar jugak weh. pastu ada jugak gaduh sebab bila nak buat majlis kahwin ni. azah nak buat bulan 12 sebab ikutkan pada tarikh anniversary kami kenal. bulan 12 pun okay sebenarnya sebab time tu maulidur rasul kan. hehe. tapi bila berjumpa keluarga, tarikh deepavali diutamakan sebab senang cuti gitu. strong reason kena avoid bulan 12 sebab takut hujan. nanti kang bersanding dalam banjir. hihi.



ada juga kami bergaduh sebab par hantaran. nak 7 la. nak 5 la. nak 9 la. fikir2 kalau banyak sangat nak letak apa. kalau sikit sangat macam tak cukup so jalan setuju taknak dua dua rasa macam awak banyak saya kurang, saya banyak awak kurang, maka 7 vs 7 la par hantaran kami. hehehe. ada lagi la satu dua perkara gaduh tapi tak ingat. hehee. yang dah lepas biarkan lepas. ye kan? sebab kita nak halal lah, tu syaitan cari usaha jugak untuk pecahbelahkan hubungan kita. mujur la kami 7 bulan je bertunang. hihi.


Kalau sudi baca, boleh juga baca dari awal

Part 1 : Awal Perkenalan
Part 2 : Pentingnya Restu Keluarga
Part 3 : Dugaan Bertunang
Part 4 : Prosedur Asas Perkahwinan
Part 5 : Majlis Perkahwinan
Part 6 : Pilunya Majlis Bertandang 


27 comments:

  1. Err..kalau boleh tak nak tunang lama-lama..

    ReplyDelete
  2. Siqah setuju bab tak payah menghebohkan pertunangan. Tapi Siqah bagitahu juga pada yang terdekat dan letak juga di laman sosial. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar.

    Kalau boleh pertunangan tak perlu buat beriya sangat. Satu pembaziran. Pendapat Siqah lah. Hehe. Tapi kalau dah banyak duit, apa salahnya kan. Kenangan untuk diri sendiri juga 😬

    ReplyDelete
  3. @Miss S kalau boleh takpayah la tunang lama lama ye. banyaaaaaaaaaak sangat dugaannya :)

    ReplyDelete
  4. @Siqah Hussin betul tu. kalau boleh pertunangan pun takyah la meriah sangat kan. simple is beauty. simple pun dah lawa sangat dah.


    hebahkan pada saudara saudara takpe je supaya memaklumkan. hihi. azah hebah dkat socmed 2 minggu sebelum majlis. hehee

    ReplyDelete
  5. Memang masa bertunang tu bukan main kuat dugaan dia. Kena byk mengalah dan beransur. Alhamdulillah dah sampai ke jinjang pelamin kan skrg. Tahniah azah.

    ReplyDelete
  6. CR dulu pernah bertunang tapi takde jodoh ke pernikahan. :)

    ReplyDelete
  7. Huhu takut pula dgar crita pasal tunang or kahwin nie

    ReplyDelete
  8. Huhu takut pula dgar crita pasal tunang or kahwin nie

    ReplyDelete
  9. @Ana Suhana kannnn. banyak sangat dugannya ya Allah, time tulah tetiba ada yang lebih baik dari bakal husband. haish godaan syaitan sungguh. nasib baik dah lepas alam bertunang tu

    ReplyDelete
  10. @cik renex banyakkan bersabar ye. in shaa Allah ada jodoh tak kemana :) be strong CR

    ReplyDelete
  11. @Nurulatika Yunus yuppp. memang takut tapi KENA KUAT HADAPI. hehe

    ReplyDelete
  12. wahhhhh inn shaa ALLAH kite akan igt nasihat ni.. =D
    follow sini #2862

    ReplyDelete
  13. Tunang pun ada dugaan... inikan pula bila dah sah kawin ^^ apa2 pun kedua belah pihak kena saling bertolak ansur! :) *cewahhh! Hana yg belum kawin ni pulak yg over bagi nasihat hahaha ^^

    ReplyDelete
  14. Alamak... kalau dugaan single ni macam mana pulak? hahaha ;P

    ReplyDelete
  15. Ramai orang setuju dengan dugaan bertunang tu banyak.. Saya ingat juga saya punya. ada satu je : masalah menghaplod gambar bertunang kat FB. ada orang sound benda tu tak patut. Stress saya. Bukan saya haplod tapi tetamu2 saya yg haplod. jadi isu besar sungguh. benda kecik je :'D hahah

    ReplyDelete
  16. GV ada dengar banyak cerita kalau tunang lama2x banyak dugaan. Nampaknya mmg betul teori ini. Huhu. Orang kata kalau ada jodoh pasti takkan ke mana. Giteww kak. Hihi. :)

    ReplyDelete
  17. @Mizz'strawery Smile hahaha yelah hana. tolak ansur tu penting dalam rumahtangga :D

    ReplyDelete
  18. @Aida Hana dugaan single suka tengok orang kahwin kan :P

    ReplyDelete
  19. @Wan Syahida kalau org lain upload biar jela. haha :D azah haritu dah warning awal2. jangan sapa2 upload gambar i :D hahaa

    ReplyDelete
  20. kdg2 benda kecik pon bole gaduh..dugaan betul

    ReplyDelete
  21. dugaan bertunang tak pernah rasa sbb sy nikah terus... apa pun ... selamat pengantin baru ya... moga kekal bhgia hingga ke akhir hayat...

    ReplyDelete
  22. @Rodiah Amir kannn. gaduh benda kecil jeee. tapi diperbesarkan. haha :D

    ReplyDelete
  23. @Maria Firdz wahhhh. syoknyaaa sis tak tunang. hehe. azah sempat jugak rasa tunangan orang ni 7 bulan :D terima kasih atas doanya. allahumma aamiin

    ReplyDelete
  24. Banyak dugaan masa bertunang ni ek

    ReplyDelete
  25. @Warisan Petani banyak. kena hadapi baru tau. hehe

    ReplyDelete