Pengalaman GAGAL JPJ

assalamualaikum semua!


bulan 5 tahun lepas berkesempatan join kelas memandu untuk D (kereta). yuran sekitar rm1300. okaylah harga standard untuk kereta sahaja. kalau lesen motorsikal dah ada since 2012 dah. alhamdulilah, motorsikal sekali je test JPJ dah lulus! yipiieee  tapi tulah jangan sangkakan air yang keruh tiada buaya yang garang. jangan berlagak-lagak. haha. ingatkan kereta ni dengan sekali jugak la test JPJ. tiba pada hari kejadian, emm nervous katako! haha


lepas sebulan join kelas kereta, cikgu memandu dah nampak azah yakin dan berani nak hadap JPJ. memang berani sungguh la. dalam hati cuak gila! haha. jadi takpelah kita terima segalanya dengan baik sekali! hehe. so cikgu bagi tarikh 16/6 untuk test lesen kereta JPJ. pheww cuak. semalaman tidur lewat sebab menghafal RPK dan RSM. sekarang dah makin rumit sikit buat lesen kereta, dah takde dah macam dulu terus bawak kereta. sekarang ada kena hafal sikit je. alah senang je hafalannya. nanti azah share TIPS LULUS JPJ okay. in shaa Allah, akan lulus dengan jayanya! hehe



tiba 16.6.2017, layan la hariku dengan JPJ. azah dapat batch A. batch A ni kena buat litar sebelah pagi dan jalan raya selepasnya. awal bangun pagi tu, siap solat sunat hajat lagi. mohon petunjuk dan minta moga Allah permudahkan urusan untuk lulusan JPJ! hehe. okay, pagi tu selepas diberi taklimat, kami diberikan borang masing-masing. borang apa? borang lulus JPJ la. cuak cuak. borang itulah akan digunakan oleh JPJ untuk catat markah kita sewaktu kita dalam litar dan jalan raya nanti. lepas dapat borang, masing-masing tunggu turn. kiteorang kena jalani satu ujian sebelum litar, ujian RPK dan RSM. RPK ni rutin pemeriksaan kereta. RSM ni rutin semasa memandu. RPK ni kena hafal sikit lah. abam abam JPJ akan duduk atas kerusi berdekatan kita, pastu kita kena explain satu persatu bahagian enjin kereta dan keadaan kereta tu. nanti azah bagi TIPS LULUS RPK dan RSM ye :)


dalam pukul 11 macam tu, ujian litar pula. masa yang ditunggu telah sampai. haih, cuak jangan cerita lah! haha. so kami yang batch A kena tunggu satu tempat untuk buat ujian dalam litar. azah dapat nombor 9. dalam hati, tak terlepas berzikir. dengan harapan moga lulus la.



tiba giliran Azah no 9. azah dapat kereta axia. bayangkanlah selama azah dalam latihan, azah hanya gunakan kereta kancil dan kereta viva sahaja. so bila dapat kereta axia ni. haih cuak jugak. dengan ketinggian azah yang comel ni, keyakinan ni tiba-tiba macam dah takda. so, macam ada harapan lagi ke tak. ada lagi ke tak. diam diam je azah fikir. masuk je kereta axia tu, azah pakai tali pinggang kereta, start enjin. bila abam JPJ angkat tangan tu maksudnya giliran kita dah sampai. azah pun baca bismilah, turun brek tangan, tekan minyak. nak sampai garisan bukit tu, kena tekan clutch. kali pertama buat, GAGAL. ada peluang sekali lagi, azah turunkan kereta. naik bukit sekali lagi dengan harapan lulus la, tapi ternyata bila brek di atas bukit pun GAGAL jugak!


abam JPJ: cuba awak tengok cecah bukit ke tak?
me: haa? *mana nak dengar kan jauh kereta dengan pondok JPJ. 
abam JPJ: awak keluar kereta.

azah pun angkat handbrake. matikan kereta, keluarlah.

abam JPJ: pandai bawak kereta ke tak? training kereta tak? 
me: training tapi sebab clutch dan brek jauh, tak sampai.
abam JPJ: dah dah banyak alasan je, awak gagal litar kali ni. pergilah pejabat untuk jalan raya
me: em terima kasih encik.

dalam hati sedih sungguh. turun je bukit, azah pergi ke pejabat, tandatangan sebab gagal test. tengok sebelum azah ada dua tiga dah gagal sekali. sebab azah gagal? clutch dengan brek terlalu jauh dengan kaki azah. azah kan spesis kecik comel macam ni. mana nak sampai. huhu. sedih sungguh rasanya! mesti korang ingat kenapa azah tak bawak bantal kan? sebab azah ingat time tu, bantal disediakan oleh pihak cikgu. silap besar tak tanya cikgu boleh pinjam ke tak. hukhuk. takpelah, jalan raya kita buat yang terbaik!



tiba masanya nak buat jalan raya, azah kena tunggu yang BATCH B habis buat jalan raya. barulah BATCH A yang mana gagal akan buat jalan raya. so bila sampai turn azah, azah senyum je dekat abam JPJ sebelah azah. masuk je kereta :

azah: assalamualaikum tuan *hulur borang 
encik: waalaikumusalam, *tanda2 borang azah
azah: boleh kita start sekarang? 
encik: okay

azah pun explain satu persatu Rutin Semasa Memandu. waktu nak jalan, tekan minyak. alamak kenapa tak jalan. sekali kena tegur, handbrake tu turunkan dulu. alamak. sorry tuan. pastu start la jalan raya. ada banyak kena tegur. lajukan sikit la. jangan lepas stereng la, jangan tengok selalu dekat gear la. bila dah 10 minit berlalu, sampai je dekat pejabat tempat azah mula bawa kereta tadi, abam JPJ tu cakap, sepatutnya awak ni saya dah gagalkan dah, banyak sangat kesalahan! azah punyalah berkaca time tu. pastu dia sambung, takpelah. saya bagi lulus sebab awak pun asyik dok bismillah bismillah je dari tadi. jangan berdebar lagi. dia pun senyum dekat saya. alhamdulilah. LULUS jalan raya dengan jayanya.


walaupun sedih litar tak lulus tapi still syukur sangat sebab jalan raya lulus. yay alhamdulilah! agaknya bila azah repeat litar? gagal ke lulus? haa. till we meet again! hehe

No comments