Diserang Sakit Perut

Assalamualaikum semua!



bila datangnya musim cuti, adatlah banyak kenduri kendara yang perlu hadir. yelah kan, dulu orang orang datang kenduri kita. takkan kita tak datang kenduri orang kan? orang berbudi, kita berbahasa. orang berbudi, kita balas balik. balas berbudi tula akan rapatkan hubungan silaturahim tu kan.





bila dah banyak kenduri, banyak jugaklah "input". dengan harapan, tak salah makan. makan pun berpada je tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan. tahun baru cina yang ketiga sampai dua tiga hari selepasnya azah diserang sakit perut bertalu talu. ada cirit sikit. ada kembung sikit. ada memulas mulas juga sikit. hari pertama sakit perut biasa je. azah buat derk je dengan harapan segalanya akan hilang lepas "output".



rupanya angan tu macam pelamin anganku musnah bila hari kedua sakit perut makin membisa. Allahuakbar. letih sangat. sekejap sekejap diserang sakit perut ni. dulu dulu kalau sakit perut ni sekejap je, tapi sakit perut kalini lain macam je. malam hari kedua, azah dah tak tahan, terus ajak suami ke klinik swasta.



pukul 8 malam kami ke sana. kebetulan doktor ada, kami terus request nak jumpa. kalau doctor lain yang gantikan, kami ambil ubat jela sebab tak biasa dengan doktor lain kan. lepas daftar je, rezeki tak ramai pesakit malam tu, dalam 30 saat duduk je, pembantu klinik terus panggil azah masuk jumpa doktor.



doktor tanya itu ini, semua azah jawab sejujurnya. lepas check doktor bagi ubat kembung perut dan ubat memulas. 3x sehari, satu tablet setiap waktu. mudahan sembuh la kan. balik dari klinik, hanya mampu makan nasi putih,telur dan kicap sahaja. tak lalu nak makan nasi berlauk yang lain. lepas dinner, makan ubat dan terus berehatkan diri. harapnya esok sembuh la kan.



lepas makan ubat sehari, sakit perut masih tak hilang. Allah. betul2 diuji kali ni. hari ketiga sakit.perut, hari rabu. tahan je sakit perut haritu. malamnya ingat nak ke klinik kesihatan tapi confused sama ada klinik kesihatan buka atau tutup kan pada waktu malam. kalau pergi, kang klinik tutup, sia sia jela pergi. kalau buka, mesti dah boleh sembuh. haha. suami serahkan semuanya kat azah, kalau nak pergi, suami bawakan. kalau taknak pun takpe. so azah ambil keputusan, kita ke klinik khamis je.



cerita klinik pada hari khamis, azah cerita kemudian ye. doakan azah jumpa doktor dengan tenang dan redha terima segala keputusannya ye.


16 comments:

  1. kesiannya sakit perut sampai kena jumpa doctor. Get well soon azah! Anyway, cantik betul tulisan dekat plastik ubat tu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sis farhanna. tu la. tak tahan sangat, nak jumpa doktor gak

      Delete
  2. biasalah bila makanan banyak mana boleh tolak, rezeki tu hihihi. semogacepat sembuh dan takdak apa apa yang serious ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin amiin. in shaa Allah. tula kann. rezeki tak boleh ditolak. haha

      Delete
  3. smoga cpt sembuh azah, bykkan rest ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sis sha. alhamdulilah skrg dah okay dah perut

      Delete
  4. yela banyak input masuk, haha.. semoga cepat sembuh ya sis azah..

    kalau klinik kesihatan tutup malam-malam, klinik 1 malaysia maybe malam buka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo klinik kesihatan tutup ye. ingat mcm klinik 1m bukak malam2

      Delete
  5. Klinik kesihatan biasa dah tutup memalam. Biasanya kalau teruk sangat terus pi bahagian emergency hospital..gws ye Azah

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo trus ke bahagian emerg ye. tq share sis auni

      Delete
  6. Semoga cepat sembuh kak Azah!! ^^ biasalah org baik selau dapat ujian :3

    ReplyDelete
  7. sy penah kena skt perut sbb mkn kt kenduri kahwin...skt nyer tu smpi rs nk admit wad berguling2 x tido mlm

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. azah kekadang tido terjaga kul 1 3 pagi sebab sakit teramat sangat :( huks

      Delete