Food Review - Restoran Nasi Ulam Cikgu Kota Bharu

salam semua. 


sabtu lepas azah dan suami berkesempatan ke restoran nasi ulam cikgu di kota bharu kelantan. kebetulan weekend kan, dua dua tak kerja, so boleh spend masa bersama. hari sabtu ramai orang sungguh di bandar. sesak sangat. so kami rempit je laki bini ke sana. haha. niat ke sana nak belanja makan sahabat kami, amirul sebab dapat further studies ke New Zealand. hehe. kita nak ke sana tak tahu bila, cukup la meraikan mereka kan. Amirul ni boleh dikatakan kawan baik azah juga waktu dekat kolej dulu. kalau azah dan kawan-2 yang lain tak faham topik, dia la yang jadi rakan rujukan kami. dia siap buat tutorial lagi. bagus betul amirul ni. moga Allah selalu merahmati dia. aamiin ya rabb.


lokasi Restoran Nasi Ulam Cikgu berdekatan je dengan Masjid Muhammadi Kota Bharu, dekat juga dengan Pasar Siti Khadijah dan Muzium Negeri Kelantan. so alang-2 pengunjung nak ke Kelantan, boleh singgah banyak tempat sekaligus. haa menjimatkan masa dan tenaga! hehehe. Restoran Nasi Ulam Cikgu ni ada dua cawangan berdekatan. so korang boleh pilih mana-mana tempat kosong. dua dua ada lauk yang sama dan harga yang sama.





apa yang bestnya pasal Restoran Nasi Ulam Cikgu ?

1. makanan sedap

sungguh azah cakap. sedap gila! banyak pilihan lauk lauk yang ada. berderet. air pelbagai jenis. lauk yang melambangkan kenegerian pun banyak. ada ikan patin masak tempoyak, ada budu, ada ulam-ulaman terung, kacang botol, mangga muda, ikan talapia, ayam kampung, ayam, sotong, udang celup tepung. eh seriously banyak la! sampai kita rambang mata. haha. makanan dah la banyak. sedap pulak tu. nyumm!



2. bayaran murah

seriously azah cakap murah sungguh! seketol ayam celup tepung portion besar rm3 sahaja. ikan keli celup tepung rm6 sahaja. dah lah besar ikan kelinya. haha. tak habis kami laki bini makan. last2 azah paksa ratah je ikan keli tu. azah dah banyak kali makan dekat restoran nasi ulam ni, suami baru first time. tu azah bawa suami makan situ. kebetulan nak raikkan amirul sekali, so makan je Restoran Nasi Ulam Cikgu ni. harga yang azah dicaskan hanya rm29 sahaja tau! azah makan ikan keli celup tepung, ayam 2 pcs, ulam-ulaman, budu cicah asam limau dengan mangga muda, tembikai, air bandung cincau, square pula makan telur, ayam dan ulam-ulaman. kalau ikutkan memang banyak lauk tapi harga yang kena cas murah je! nyumm


try la kalau nak tahu macam mana pun okay! :DD




oh ye, azah panggil amirul ni sebagai a square/square. lupa nak cerita, square ni nama asalnya amirul ammar tapi sebab huruf A didepannya ada dua kali, so jadi la A kuasa 2. takkan la nama nak panggil A kuasa 2 kan, in english A square. tu dari masa belajar di kolej profesional mara indera mahkota kuantan pahang lekat nama a square. sampai sekarang la dipanggil a square / square. nak dijadikan cerita kan, a square ni lambat sampai. kami sampai dari pukul 1230 lagi. janji pukul 11 pagi tapi ada perkara tak boleh dielakkan, so terlambat sikit. a square sampai dalam pukul 120 dah. hehe. tapi takpe, kami okay je :D sementara tunggu square sampai banyak gelagat yang kami dapat tengok.









yang kelakarnya kan. dalam menunggu square, ada la seorang abang ni, dari belakang memang bentuk macam square, azah pun cakap la kat suami "macam square la b dari susuk belakang" . suami tengok2 je. tup tup laki tu berpaling. laaa bukan rupanya. suami pun terus kata " tu bukan square, tu triangle" kihkih. tak baik sungguh suami ai ni! tapi memang macam nampak badan segitiga sikit dia sebab perut dia kecik tapi dada bidang. heheh. kan ada jenis bentuk badan triangle :'D


lepas square sampai je, kami pun start la makan makan. suami dah menambah dua kali dah. punyalah double makan sebab breakfast tadi tak makan pun. hiks. naik badan la suami uiii :P tapi takpe, bambam pun isteri tetap sayang! hehehe. banyak benda la yang kami share share. last jumpa square waktu kami kahwin haritu, kira dah 4 bulan la tak jumpa. sebelum 4 bulan tak jumpa, setahun tak jumpa. haha. so bila lama tak jumpa, banyak la benda cerita. azah pun cerita perkembangan kami apa semua kan. 



 


bila dah 230 petang macam tu. masing-2 minta diri nak balik. square pun kena kemas barang-barangnya dah. in shaa Allah, 20 haribulan 2 ni dia akan fly ke New Zealand (NZ). 16 haribulan akan ke Kuala Lumpur. alhamdulilah. dalam 5-6 orang juga wakil pelajar dari Kolej Profesional Mara Indera Mahkota batch azah akan fly studies oversea. kita tumpang gembira je la kan. hehe



rajin2 belajar ye semua. jaga diri baik-baik. banggakan nama ayah mak dan juga banggakan nama kolej ye! in shaa Allah nanti jumpa lagi square, amar, auni dan lain-lain :)




22 comments:

  1. wahh sedap nmpk tu azahh..simple tp tula yg sedap kan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betull. simple la yang sedap sangat. hahaa

      Delete
  2. ramai kata sedap
    teringin nak makan dkt sini

    ReplyDelete
  3. okeyy kak aidaa pernah makann siniii.. seriuss bestt!! ^^ hehehe bila tengok ada junior dah nak fly.. rasa diri ni dah tuaaa jeee.. hahaha semoga Allah permudahkan urusan mereka.. Amin Amin.. in shaa Allah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin. hahaa. tak tua lagi la kak aida. masih comel lg

      Delete
  4. Makanan sedap dan bayaran murah?! memang restoran impian sangat! hahah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh la jalan2 sini. akak bawak belanjaa :D

      Delete
  5. wow.. belum pernah sampai ke sana

    ReplyDelete
  6. Murahnya ayam besar tu 3hinggit, nak pergi jugak tapi jauh..urm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah 3 hinggit jee. takpe ada rezeki lebih nanti, datang la ea

      Delete
  7. Nampak nampak healthy la nasi ulam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup siss. makanan kampung kann. tu la sedapp. hihi

      Delete
  8. Dah lama tak pergi makan kat situ.. tak pasti maybe lepas-lepas ini boleh pergi makan-makan kat situ lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sis. best makan sini. banyak pilihan lauk dan ulam ulaman :D

      Delete