Food Review : Western Food

assalamualaikum semua


semenjak dua menjak ni, azah malas sungguh nak masak. tatau habit baru apa yang timbul sekarang ni. haha. sebab asyik masak je selalu kan sampai habis menu dah nak masak. so dua hari lepas, ajak suami makan dekat luar. mulanya nak pergi makan shellout. sekali call kedai tu, dia cakap tutup. so kita postpone lah. kita makan western je la kan :D


sampai tu, oh mak aiii penuh orang. kedai ni pun turut viral di facebook. kali pertama datang dengan kawan kawan dulu, air suam semudah mudah air pun lambat sampai. so harapnya kali kedua ni pergi ada la perubahan sikit kan. dengan harapan staff ramai dan staf efisyen dalam buat kerja. tapi takpe, lambat2 sikit azah faham la kan dengan customer ramai.


azah sampai dalam pukul 830. tempat duduk rotan dah habis dah, so takpe la, kita duduk je la dekat kerusi mana mana pun kan. asalkan kenyang isi perut. 3 minit duduk, bos sendiri datang ambil order. haha. adoiii tak cukup tangan melayan, bos sendiri yang bekerja. haaa. bagus betul bos dia kan :))


azah order:
chicken chop 2
air limau suam
strawberry sundae
sang kaya


kira okay la. sang kaya lama tak makan. strawberry sundae untuk suami azah. air limau suam untuk azah sendiri sebab tengah demam kan. tengah sakit tekak jugak so cari la air air suam yang boleh legakan tekak.


memula sampai air limau suam, strawberry sundae dengan sang kaya. sementara menunggu chicken chop yang tiba, kita minum air dan makan sang kaya dulu. nyummm. sedap!












sang kaya ni sedap la jugak. roti dihiris petak petak pastu celup dalam kaya hijau dengan tak sure apa dia kuahnya. haha. macam makan roti disalut kaya je :D sang kaya ni harga rm4.90 macam tu. 







ni aiskrim sundae suami. sedap jugak la. ada choclate, ada rice warna warni tu, ada batang coklat tu. boleh tahan la. tak silap harganya rm5.90/rm6.90 gitu. 




tunggu punya tunggu, sang kaya sampai habis. haha. dalam 20 minit jugak la tunggu chicken chop ni nak siap. tapi takpe. adat la kan sebab ramai sungguh orang ke kedai dia. sampai je. ambil ambil gambar terus ngap! hahaa. sebab dah lapar sangat kan :p




rasa dia? not bad la. sedap macam biasa je. sos sos apa semua macam biasa. murah pun murah. rm4.90 je sepinggan. ayam dia portion besar. salad, fries dll tu benda biasa je yang mana mana pun ada kan :) overall chicken chop dia ni 8/10 la. okay la kan :)


dalam 10.20 malam macam tu, bayar bayar terus balik. harga okay la, berbaloi dengan makanan. total total habis rm22 je :D hehe. kenyang perut suka hati! balik rumah azah  terketar2 sampai kena tepek coolfever atas dahi. tu laa berjalan malam sangat kan. kena angin sejuk. mendapat la gigil je atas katil, haha. pakai sweater berlapis-lapis. selimut dua lapis :)) syukurlah pukul 12 macam tu terjaga dah terasa bahang. so tanggalkan sweater dua helai tu, boleh tidur macam biasa dah. syukur sebab sekejap je Allah uji sakit :') 


18 comments:

  1. Semoga kak Azah sihat2 selalu... ^^ kena demam tu memang adat resam kehidupan lah kan... heheh memandai je Hana ni hahah! Btw terliurnya tengok dessert tu! Heee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq hana. terliur eh :P meh nak belanja. haha

      Delete
  2. Uwaaa sedapnyaaa!!! Terus lapaq!!

    ReplyDelete
  3. Alaa macam best je.... cikyan dah lama tak mkn semua tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa. kenapa dah lama tak makan?

      Delete
  4. roti dengan kaya tu memang sedap sebab makan panas2

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp. sedappp makan panas2, haha

      Delete
  5. Aiskrim tu yang paling menggiurkan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan waktu tengahhari pulak kan :P haha

      Delete
  6. murahnya chicken chop...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeep. murah je. hihi. harga mampu milik

      Delete
  7. murahnya chicken chop 4.90 je! Western food ni memang ambil masa kalau nak hidang sebab tu kena order appetizer dulu sementara tunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. order pencuci mulut dulu. barulah tak badmood kan

      Delete
  8. biar betik ni azah??? rm4.90 jekkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep. betul. hihi. harga chicken chop rm4.90 je

      Delete