Hari Pertama Bekerja Sebagai Pembantu Taska

salam semua!


ye ye. azah dah kerja. kerja biasa je sebagai pembantu taska. perasaan? rasa macam mana? apa tugasan? apa tanggungjawab sebagai pembantu taska? macam mana rasa hari pertama? pheww. mesti korang tertanya-tanya kan. letih memang letih tapi dah kerja kan. ada ke kerja tak letih?



hari khamis hari ketiga. makin better buat kerja. makin cerdas la jalankan tanggungjawab. azah start kerja 645 pagi sampai 530 petang setiap ahad - rabu. khamis 645 pagi sampai 430 petang. khamis, boleh la balik awal sikit kan. biasalah. mood pun dah okay sebab weekend. yay! harapnya weekend ni tak diganggu dengan aktiviti lain. jumaat sabtu je ada masa dengan husband dan family. so betul2 kena manfaatkan. bukan apa sebab azah dah 2 minggu berturut2 "bekerja" pada hari weekend. bila dah kerja ni, takde kerja kerja lain waktu weekend.



hari pertama kerja? so worst for me. personally, a bit failure la rasanya. sebab satu, azah kena jaga baby 1 tahun and baby 8 bulan. both baby sakit, memang kena jaga betul2. mandi tak boleh lama. agah agah pun takleh kuat2 sangat takut terkejut kan. so macam mana rasa? agak letih jugak. sebab azah mana ada adik, so segala benda baby azah kena belajar balik. cara mandikan baby, cara pakaikan baju baby, cara susukan baby, cara tidokan baby and others.



happy, disappointed semuanya dalam satu perasaan. happy sebab get a new challenge. dissapointed sebab azah masih terkial2 nak mandikan baby and sedih jugak la sebab azah tak dapat tidurkan baby. time tu rasa tak bergunanya aku :((




mesti korang pelik kan kenapa azah take this risks? sebabbbbb i take this as new challenge for me! yelah kan. azah dah kahwin. kelak, kalau ada baby, boleh prepare mentally and physically dah :) yela kan, sekurangnya kita tahu selok belok on how to take care the babies sebab bukan senang yeee nak jaga baby ni. no no no. ada sesapa cakap senang? waktu mereka tidurlah kita boleh rehat kejap, kita boleh kemas kejap kita boleh landing sekejap. haa gitu :)



korang doakan azah kuat eh! haha. dan azah mampu untuk buat yang terbaik untuk baby :D



18 comments:

  1. Good luck kak Azah! ^^ memang bukan senang nak jaga baby... Hana dah rasa dah hahaha! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih adik hana. kannnn. bukannya senang. waktu dia meragam tuuuu. aiyooo. hahaa

      Delete
  2. good luck azah! memula je tu lama2 beselah

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 sis :D hehe. tapi setakat ni masih okay lagi penerimaan tu walaupun ada la rengek2 ni

      Delete
  3. Stay strong Azah! Kami memang tak mampu nak jaga baby ramai-ramai. Jaga sorang kat umah ni pun dah rasa drain out sumer tenaga. Azah mmg hebatla belajar benda baru camni. Keep going..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. sorang kat rumah pun dah letih melayan. azah melayan jugak anak2 saudara kekadang balik kampung. phewww. banyak baby. banyak peel

      Delete
  4. u can do it ok, slow2 belajar nanti terer

    ReplyDelete
  5. goodluck untuk kerja sis. kena tabah la ye hee

    ReplyDelete
  6. walaupun penat, best jaga baby... good luck yea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sis sebab boleh belajar banyak benda baruuu. hihi. dan baby comel jugaa. geram!

      Delete
  7. baby kena jaga rapi, tp sha suka jaga baby hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis. remeh sikit jaga tapi best :D

      Delete