Laptop Rosak

salam semua



sedar tak sedar, dah seminggu tak up entry baru. mulanya cerita raya cina azah penuh dengan majlis kahwin sepupu. 4 hari 4 malam jugak la membantu apa yang patut. haha. banyak nak cerita sebenarnya tapi masa dan keadaan yang tak mengizinkan. laptop buat perangai dah hampir seminggu.



al kisahnya malam tu kami bergurau laki bini. laptop di hujung katil. nak dijadikan cerita, waktu bergurau tu, tup kaki diri sendiri tersepak laptop. bunyi bangg kuat sangat. alahai. rupanya laptop dah cecah lantai. kami laki bini ni cepat2 la tengok macam mana keadaan laptop ni. laptop dah jatuh atas lantai dalam keadaan tertutup. skrin laptop yang kena hentakan. ambik je laptop tu dah tak hidup. on 3-4x tetap tak hidup gak. alahai. silap azah juga letak laptop hujung katil kan. dalam setengah jam jugak on on tak hidup. azah dah badmood dah.





suami sayang la baiki tekan situ sini baca doa jampi jampi sikit dengan harapan akan hidup balik. haha. lepas setengah jam, okay balik laptopnya tapi kita jangkakan panas di siang hari rupanya hujan yang datang. sobs. bila dapat on laptop, suku jam setengah jam hidup, mati semula. alahai.



ni sekarang update guna handphone je. nampak gayanya kena masuk bengkel la laptop sayang saya ni. sabar jela kan. entri slow slow azah update ye. banyak azah nak story mory. ihihi.



jumpa lagi. bye!


20 comments:

  1. Hashtag sayangilah laptop anda! hahah! ^^ btw Hana dah 3 kali cipta sejarah jahanamkan laptop! 3 kali jugaklah kena bebel teruk...huhuhu T^T get well soon laptop kak Azah! heheh :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishhh sampai 3x laptop rosak. ganasnya adik! HAHAH. tq tq. skrg pun boleh guna giitu jela. kkdg on kejap dah amti. haih

      Delete
  2. Sama la dengan ciktie. Haru juga nak cari tempat nak baiki tu. Tuk sementara update guna phone je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. sementara ok laptop, hp dulu la kite pun

      Delete
  3. Alahai..laptop rosak tu xbest, sama macam handphone rosak. Rosak sehari pun dah tak keruan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. lapp ke hp ke rosak mesti badmood. haha

      Delete
  4. Alamak malang tidak berbau ni. Mai pulak takda mood nak pegang phone sbb crack masa tercicir dari bag. Ya Ampun, tiap kali tengok retak tu, retak jugalah hati ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hp lagi penting kannn. adoii retaknya hati kalau retak hp. sabar sis mai :D

      Delete
  5. ouhhh patutlaa senyap sunyi je sis..

    cikyan pun sama la yunk..laptop rosak dulu.. pastu skg dah ok, anak buah pulak nk pakai sbb skg kan kalo blaja byk pakai laptop kan...tu bg jela kat dia dulu kans...ni pon pinjam opis punya je..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa. takpe. ada kemudahan kat opis kite guna je la kan :D

      Delete
  6. semoga sihat semula laptop tu! haha i fee u T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. laptop belum masuk bengkel lagi :((

      Delete
  7. kalau macam saya blogger ni rasa macam tak boleh je tinggal sehari laptop.. mesti ada je nak guna. hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. betul tuu. azah pun xleh tinggal laptop. mesti nak jugak buka walau tatau nak update apa. haha

      Delete
  8. Alahai sabar ya...mudah-mudah cepat baik laptop nye.

    ReplyDelete
  9. #ganasnyabergurau

    kikikiki... next time kalau nak bergurau atas katil tu make sure laptop, phone semua tu letak kat tempat lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. tak ganas punn. hihi. okay sis. tak nak buat dah. serikkk

      Delete
  10. Replies
    1. alhamdulilah. okay dh sis. hehe

      Delete