Part 2 : Scan Perut

assalamualaikum semua!


rentetan post INI, azah ada mengadu azah sakit perut kan? so azah dengan husband ambil keputusan untuk ke klinik kedua, untuk check up perut. manalah tahu kot ada masalah dalaman yang kita tak tahu. mungkin ada cyst. mungkin ada fibroid atau mungkin ada ketumbuhan (nauzubillahminzalik, dijauhkanlah daripada kita semua kan) sebab azah sakit perut kalini lain macam. bukan macam sengugut ye atau macam sengugut tapi azah je tak rasa sebab seumur hidup mana pernah kena heavy pain period ni.


hadi pun sokong je untuk ke klinik scan perut. better tahu awal-awal kan. hadi pun takut juga kot kalau tahu ada penyakit apa dah last last stage macam arwah mertua azah, mak hadi ada kanses usus tahap ketiga bila tahu. Allahuakbar. lepas sakit perut dua hari, azah dah google dah pasal sakit perut ni. memacam la baca. tanda-2 ini la, itu la. so lagi la membuatkan azah cuak.



rabu malam azah sepatutnya ke klinik kesihatan je, bila fikir balik eh klinik kesihatan bukak ke malam malam ni kan. petangnya tu ada la call satu dua tempat klinik untuk follow up sama ada nak buat scan perut kena appointment atau tak. dua klinik azah call untuk dapatkan kepastian. klinik ni klinik yang ada doktor dan kakak officemate azah cadangkan. bila dah dapatkan kepastian, nekad nak ke klinik esoknya.


khamis lepas balik kerja, azah dan hadi pecut ke klinik zaitun, kota bharu. balik kerja 430 petang, sampai sana dalam 505 petang macam tu. cuak semuanya rasa! hahaa. bila sampai je, terus buat pendaftaran. lepas pendaftaran tak sempat nak duduk, pembntu klinik dah panggil untuk berjumpa doktor.



masuk je bilik doktor,


doktor: awak dah mengandung berapa minggu dah?
azah: tak mengandung lagi doktor, hehe. 
d: oo jadi nak scan perut tujuan apa?
a: ingat nak scan la cyst, fibroid atau lain2
d: kenapa? awak ada tanda tanda ke?
a: belum lagi doc tapi takut ada sakit dalaman yang kita tatau
d: okay takpe, meh kita check

azah pun merelakan la perut di scan. doc zaitun in charge petang tu. doc zaitun lumur krim sejuk (tatau la bahasa doktor apa kan gel sejuk ni). lepas tu, doc scan guna alatnya. first timee scan perut seumur hidup tau! hihihi.


d: ni bahagian bawah, pundi kencing awak ni okay, normal je ni. kalau ada cyst and fibroid, akan ada di kawasan ini, normal je, takde cyst atau fibroid ni, ni kawasan rahim awak, okay jugak ni, cantik je.
a: rahim kedudukan okay ke ni doc?
d: okay je ni. cantik dah kedudukan ni. bahagian bawah takde apa apa ni, semuanya okay je. kite tengok bahagian atas pula


doc sapu sapu gel lagi dan scan bahagian atas perut pula

d: ni bahagian usus awak. cantik jugak. tak bengkak pun. takde masalah pun ni.
a: kalau perut buncit ni ada potensi dapat cyst fibroid ke doc?
d: ada juga terkadang tapi dalam kes awak ni, saya check takde pun. cuma lemak je banyak ni kat perut. kena diet sikit lah 


azah dah gelak gelak dah. suami azah sengih je. nampak gayanya kena diet lah! haha. janganlah angka berat jejak 60 lebih kan. adoii. sekarang mungkin dah 56kg macam tu kot. alahai. tapi syukurlah takde masalah apa. im so nervous. yelah kan. check sebab kita tak tahu. kalau ada, boleh rawat awal2. kalau takde, teruskan jaga pemakanan kan. malang tidak berbau kan.



alhamdulilah la. selesai scan perut. bayaran yang dicaskan rm50. okay lah. memadai lah kan dengan scan scan dan dapat nasihat ni :)) hehe. azah dah scan perut, korang dah ke? jangan terlambat ye.



24 comments:

  1. Alhamdulillah tak ada apa2..syukur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp. syukur alhamdulilah. hehe

      Delete
  2. hahahaha.. diet jgn x diet.. semoga ada rezeki baby x lama lagi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiiin. tq atas doanya :D yup kena diet. haha

      Delete
  3. nasib la xde pape kan azah..cikyan pling risau kalo pi buat chcek up..takut sangkut.hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup cikyan. alhamdulilah takde pape serius pun. hehe. azah takleh, dalam takut kena jugak jumpa doc. kalu tak kita asyik pikirkan jela sakit ape la aku ni. haha

      Delete
  4. alhamdulillah la takde apa2... perut sy pon berlemak lemak...

    ReplyDelete
  5. fuh berdebar baca..alhamdulillah xde pape..hikhik kite sama la kne kawal makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. kena kawal pemakanan je. hihi

      Delete
  6. scan bkn nk buat ms dah skt je kan...ms sihat laa better buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. masa sihat pun kena scan jugak. jangan sakit dah teruk baru nak scan

      Delete
  7. oo azah orang KB jugak eyh.
    heheheh.
    mek pun pernah scan klinik zaiton. ok servisnya.
    alhamdulillah tkde pape.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yee mek. hihi. org kelantam duk tumpat ni je. kan klinik zaitun tu okay jee :D baik pun baik doc zaitun

      Delete
  8. Perut kita pun buncit, kena diet ikut cakap doktor..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa kena diet tauu! jaga pemakanan

      Delete
  9. Alhamdulillah... ^^ kot2 scan ada baby ke hahah! :3 -aamiin ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. elelelele :P kannn, manatauuuu coming soon. amin amin

      Delete
  10. alhamdulillah sihat

    ReplyDelete
  11. kikikiki... ingatkan dah ada mmm... mmm... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkeh. doakan yang terbaik. aamin amiin

      Delete