Part 6 : Dugaan Majlis Bertandang

salam semua.


azah nak ceritakan part last pasal perkahwinan azah. post 5 panjang sangat nanti pedih mata pula membaca kan :P tu pun kalau ada baca cerita panjang la. hehe. 17 oktober 2017, kami mengadakan majlis bertandang. majlis bertandang ni diadakan sebelah pihak lelaki. kalau loghat kelantan, panggil majlis ngata nantu.


majlis bertandang ni berakhir dengan baik tapi permulaan yang cukup cukup menyayat hati. bukan kes bunuh ke apa ke tapi peristiwa ni lilahi azah cakap azah akan ingat sampai akhir hayat. sedih sungguh bila majlis kita sendiri dimalukan sampai macam tu sekali.


pagi tu selepas azah basuh basuh periuk, pinggan apa semua, adat lah kan rumah kampung, selepas majlis akan gotong royong bersihkan barang2 pula. so selepas membasuh barang barang yang digunakan, wakil sebelah azah terima panggilan dari seseorang pihak sana. "boleh tak kalau awalkan majlis?" haa sudah nak awalkan pulak. azah dan suami punyalah rancang sebaik-baiknya. dah lama dah rancang timing selepas zohor tu. pihak lelaki datang majlis rumah azah selepas zohor, jadi selepas zohor jugaklah azah pergi rumah dia. FAIR and SQUARE la kan, sama adil. selepas zohor takdela rushing sangat buat itu ini.


kami terima panggilan pukul 10 pagi, dan dia rancangkan majlis bertandang diadakan pukul 1230 tengahhari. ye 2 jam setengah sebelum tu terima panggilan. Allahuuu. dengan tak makeup, dengan tak mandi, dengan ada lagi par hantaran tak siap sebab most hantaran waktu bertandang ialah kek kek dan makanan manis kan. Allah. sangat stress waktu tu. azah pun cubalah contact dengan MUA boleh tak awalkan makeup. dia pun boleh awalkan. okay azah pun ON je masa 1230 bertandang. contact lah balik saudara inform majlis pukul 1230. sangat sedih sebab huru hara je kejadian pagi tu. *sepatutnya ikut la masa pengantin yang ditetapkan dah lama, jangan buat keputusan sendiri LAST MINUTE. bagitahu awal awal kan senang.


cerita tu kita hold dulu, masuk cerita MUA pula ye. sepatutnya MUA bertandang azah adalah sama dengan MUA akad nikah. memang lawa MUA akad nikah, so azah mengharapkan azah pun cantik juga pada hari bertandang. ye, bertandang pun kena cantik sebab ramai saudara baru menerima kita ni dalam keluarga diaorang. kena la tampilkan personaliti yang cantik juga kan. nak jumpa orang baru TETAPI apa yang azah harapkan, harapan tinggal sia-sia. MUA azah terpaksa diganti malam sebelum kejadian. sedih juga la sebab azah terima je cadangan MUA akad nikah supaya azah dimakeupkan oleh orang lain TANPA azah tahu hasil macam mana MUA makeup bertandang azah tu. huhu. azah tak salahkan MUA akad nikah azah, azah REDHA dengan apa yang berlaku. takpelah.


pukul 11, MUA datang, azah dimakeupkan. dengan serabut, tak tenteram dan sewaktu tu azah harapkan makeup azah cantik la boleh cover dengan badmood azah sebab majlis dipercepatkan. huhu. tapi maaf MUA bertandang, azah tak dapat puji makeup anda. azah ni dah lah tak cantik, selepas siapnya makeup semua orang terkejut dengan makeup azah. pukul 1240 makeup siap dan kami bergerak ke rumah pengantin. Allah, time tu. Allah je tahu perasaan azah dengan nak marahnya masa dipercepatkan, dengan nak marahnya makeup tak cantik, dengan nak marah segala-galanya.


azah rasa, kalaulah mak ayah mertua azah masih hidup, mesti dia akan kata"pergi balik la ni bukan ngata NANTU ni ngata HANTU" 


can you imagine majlis bertandang azah jadi huru hara dan pengantin sendiri badmood di majlisnya? Allah, azah sangat SEDIH. waktu sampai 1240 tu azah dah ambil wuduk siap-siap. siap ws dekat suami, "kita takyah bersalam la ye. zohor dah nak dekat, nanti azah sampai, kita bersanding sekejap pastu terus solat". ye sampai tahap tu punyalah rushing dalam majlis. pukul 1250 zohor. kami solat sekejap dalam bilik. azah hampir menangis dan siap bagitau suami lagi "azah malu nak berhadapan dengan keluarga awak dengan muka macam ni"





Allah. sedihnya majlis sendiri Azah badmood. azah ni dah lah tak cantik. kalau dah makeup macam tu, triple tak cantiknya :( tapi Azah tak salahkan MUA bertandang sebab azah faham dia pun rushing nak makeupkan Azah. mungkin dia tertekan dengan paksaan orang ketuk pintu suruh cepatkan sikit makeup tu dan mungkin dia takde pengalaman sangat makeupkan pengantin. huhu :( sungguh, Azah takde masa! kalau azah ada masa, dah lama azah wipes je makeup tu dan dap dap bedak, sapu lipstick. siap! sebab muka azah takde la teruk mana pun kan :(


Allah. hampir 4 bulan azah simpan benda ni. sekarang rasa lega sikit :'( nanti azah buatkan entri tips untuk bride to be ye. again, azah tak salahkan sesiapa. ambil la pengajaran dari cerita ni. dan lilahi azah cakap, sampai sekarang dah 4 bulan kahwin, orang masih bercerita pasal makeup bertandang azah. tebal kening la, tebal situ la, tebal tepi mata la :'( orang siap mention lagi "taknak makeup macam siti tu, tebal sangat tu" huhu.


walaupun sedih dengan timing hari bertandang, tapi takpelah, mujur la waktu rumah husband tak bergambar sangat sebab azah badmood nak bergambar. selepas asar, azah balik rumah dan kami buat photoshoot pulak :) mujur la petang hari ada lagi sinaran matahari, so tak nampak sangat makeup tu. huhu. okay la kan. dalam album gambar kahwin pun kebanyakkan tukang kedai brightnesskan gambar kahwin ni. jadi la cantik juga sikit. okay la jadinya walaupun dimalukan dalam majlis sendiri. huhu


p/s: ambil ibrah, jangan jadi macam azah. tak pasal malu seumur hidup.



Kalau sudi baca, boleh juga baca dari awal

Part 1 : Awal Perkenalan
Part 2 : Pentingnya Restu Keluarga
Part 3 : Dugaan Bertunang
Part 4 : Prosedur Asas Perkahwinan
Part 5 : Majlis Perkahwinan
Part 6 : Pilunya Majlis Bertandang 




18 comments:

  1. Ya Allah kesiannya azah.. tabah ye semoga Allah permudahkan urusannya selepas peekahwinan

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mama, azah dah redha dah. hehe

      Delete
  2. Sabar ye awak. Kadang-kadang tu apa yang diharap tak menjadi. Bila rushing jadi huru hara la semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. tapi takpela. past is past

      Delete
  3. takpelah, sabar. Janji yg wajib sempurna. Nnati pas ni byk g dugaan, kene pandai handle dugaan, lillahitaala...senyum je k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. cerita lepas kahwin tu lagi banyak dugaan kan :)

      Delete
  4. Kami nak komen takdapat..apsal ye? Ni tumpang komen org..time majlis nikah kami aritu dapat MUA pandai letak bedak je. Dah macam tepung gomak muka kami..sigh

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa yeke? uishh. teruknya macam tu kann

      Delete
  5. @msredcheesecake

    mmg perit bila mengalami situasi sebegini lbh2 yg x terjangka sama sekali... x pe laaa yg penting majlis azah sudah selamat dilangsungkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. takpelah past is past. apa pun semua dah berlaku kan. azah percaya ada hikmahNYa

      Delete
  6. Allah.. Dugaan buat Azah.. Akak doakan semoga hubungan Azah dan suami sentisa dalam rahmat Allah.. Stay strong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin. terima kasih ye kak

      Delete
  7. Kak Azah tak perlu make up pun dah macam cantik bidadari heehehe ^^ tak apa lah... hidup mana syok kalau tak ada dugaan kan? Hee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. elelelel :P cantik bidadari la sangattt. haha

      Delete
  8. Kesiannya
    Takpa laaa
    As long as majlis dah selesai kan
    Saber jela ye azah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu. sekurangnya dah selesai semua majlis. alhamdulilah. hehe

      Delete
  9. erkkk... MUA tu apa benda erk...

    ReplyDelete