Sijil & Kad Perakuan Nikah (E-Kahwin)

assalamualaikum semuaa!


yey dah boleh honeymoon! hahaa. manatau ada babymoon kan. ehhh :P dah lama sebenarnya nak ambil kad perakuan nikah dan sijil nikah ni. punyalah susah nak ambil. call tanya status dah siap tapi belum ambil di pejabat negeri. call lagi cakap alasan yang sama jugak. hehehe. azah tak menyabar ke prosedur dia memang ambil masa lama eh :P nasib baik melayan je kerani tu kan. 


tapi imam cakap 2-3 bulan dah boleh tanya dah pejabat agama. tu kita excited asyik call je pejabat agama tanya kad perakuan nikah dan sijil nikah ni. haha. last last minggu lepas azah sendiri call, pastu azah siap cakap "bila ye boleh ambil di pejabat agama, sebab saya nak honeymoon nii" sambil gelak. hahaha. dia pun gelak je. dia cakap, in shaa Allah minggu depan boleh ambil. so azah pun takpelah, kita tunggu jela kan tiba saatnya :))


ahad lepas, waktu dalam pejabat pos, suami terdetik kad perakuan nikah dan sijil nikah dah siap ke belum ye. tak call pun terus suami ke sana sebab pejabat pos dengan pejabat agama dekat je. azah tunggu dalam pejabat pos sebab tunggu turn nak beli parcel poslaju nak pos barang customer. azah siap je buat pengeposan, suami azah tak sampai lagi. mungkin dah siap kot kad perakuan nikah dan sijil nikah tu. 


azah pun berjalan je ke pejabat agama. duduk tunggu 2 minit macam tu, suami keluar sambil sengih macam kerang busuk dia tu lah. hahaa. yay kad perakuan nikah dan sijil nikah dah siap! belek belek baca info dulu. kot ada tersalah pape kan. boleh bagitahu terus. so bila dah takde, kami pun balik dengan muka happyyy sebab kad perakuan nikah dan sijil nikah siap. haha





patut la lama suami kat dalam rupanya kerani tanya nak laminatekan terus tak. suami cakap laminate je la terus senang kan. so kerani laminatekan la jap. kena cas rm5 :) cantik tak sijil nikah kami? hihi. sesetengah negeri sijil nikah sementara kadi tak berikan waktu akad nikah kan, kena tuntut sendiri di pejabat agama. macam azah kat kelantan, memula akad nikah, tok kadi bagi dulu sijil nikah sementara sebagai tanda pass halal kami berdua. hehee :)






kad  perakuan nikah kami. heee. letak dalam wallet siap siap. kalau ada orang tanya apa apa, tunjuk je kad nikah ni. amboii berlagak! mentang mentang dah ada kad nikah kannn. haha :D ada sikit azah tak puas hati pasal kad nikah ni. tengoklah gambar azah tu. hahaa. tudung biru. latar pun biru. adoyaiii tak memasal kann. nasib baik nampak la jugak azah pakai tudung. kalau takkkk haa nampak muka saja. hahaa


kad perakuan nikah dan sijil nikah ni kalau di tempat azah di kelantan, kami tak payah susahkan diri kami ke pejabat agama untuk buat sijil nikah dan isi borang itu ini nak buat kad nikah. alhamdulilah. semuanya tok kadi/tok imam yang buatkan untuk kami :) hehee. terima kasih tok kadi sebab mudahkan kerja kami. kira kami just bayar kat tok kadi je berapa2. seingat azah rm120 rasanya upah tok kadi nikahkan kami dan cas buat kad nikah sebab waktu suami ambil kad nikah ni tak kena cas apa-apa pun :)



sijil nikah sementara azah ingat nak laminate simpan. sekali pejabat agama ambil daaa. hehee. so takpelah. original dah ada kan. kad perakuan nikah pun dah ada, so takpe je. :D boleh la buat kenangan. hihi. ohh ya, kad perakuan nikah dan sijil nikah ni ada dua salinan. suami satu. isteri satu. kat sijil memang ada tulis dah :) kalau dekat kad perakuan nikah, belakangnya ada info"S" untuk suami dan "I" untuk isteri :))


azah dah buat kad perakuan nikah. korang dah ke? :P





12 comments:

  1. yeay finally dapat post comment. dah 2 hari tekan2 tak keluar kotak komen. stress dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. sorry dear :( tak tahu kenapa tetiba tak boleh komen

      Delete
  2. alamak belum lagi.. esok jugak kak aida buat! hehehe XP doakan jugak mana tahu dapat pakej orang yang nak dinikah sekali..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ehhh :P aamiiinnn. kahwin nanti jemput! haha

      Delete
  3. masih menunggu jodoh. ehhh hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah, nanti ada la tu jodoh ray. hihi

      Delete
  4. Best nya ada kad.. kat sarawak blh ada sistem kad.. :(

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo blum ada ea sistem kad. takpe slow slow mungkin

      Delete
  5. sedondon warna biru laki bini hahaha settle dah satu mesti dah lega kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis. lega sangat. haha

      Delete
  6. dah jadi barang perlu juga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup yup. wajib jaga. wajib ada dalam beg duit. hihi

      Delete