Terima Kasih Takaful Siswa - Takaful Malaysia

assalamualaikum semua.


ALHAMDULILAH. rezeki tak pernah salah alamat! ahad lepas abang posmen pon pon depan rumah azah. kalau pon pon tu mesti ada surat penting. lepas ambil surat dalam box, eh ada surat azah dari Takaful Malaysia. terus terdiam sekejap. bila masa pula masuk takaful malaysia kan. dulu memang ada la nak join takaful etika tapi sebab gagal exam TBE, terus dah malas nak join. terus semangat down. dah lah bayar exam TBE mahal, bukannya murah. huhu.






pastu buka la surat tu. baca isiannya. siap ada note penting, sila balas dengan kadar segera. pheww. tiba-tiba rasa macam ada urusan baginda pula kan. haha. tilik punya tilik. faham isi kandungan. eh akaun takaful dah matang ke, kalau matang, eh dapat duit kan? hahaa. terus tanya mak, mak pernah buat takaful siswa ke kat adik. mak cakap, sebelum abah meninggal, waktu abah bekerja, abah ada daftarkan adik dengan abang abang takaful siswa. abang azah semua dah dapat duit, azah je belum. wah nak dapat duit, terus excited. yela kan, tengah gawat ekonomi, hiks. apa rezeki ada, kena terus rembat!


pastu whatsapp abang abang dalam group. abang cakap suruh isi cepat2 borang yang dilampirkan. kebetulan tengahhari tu ada urusan di kota bharu, so terus submit borang tu ke pejabat takaful malaysia berdekatan.


azah: encik, saya nak serahkan ini ye
encik: takaful siswa ye, akaun awak dah matang dah ni, awak dah isi details details ni. okay dah takde apa dah.
azah: bila agaknya duit akan diproses ye?
encik: dalam masa 1-2 minggu
azah: kalau nak tahu baki berapa  boleh tak?
encik: oo, tu hanya HQ je yang boleh kira.
azah: oo takpelah, terima kasih ye.



settle submit borang. alhamdulilah ada yang nak bagi duit kan, cepat ke lambat ke terima jelah. hehe. asalkan dapat. macam mata duitan pulak kan :PP eh zaman ekonomi sekarang, 10 sen pun azah berkira tau! yelah, nak dapat duit gaji hujung bulan. so sekarang ni ada yang nak bagi, kita terima je la :D



nak dijadikan cerita, semalam tengah baring2 balik kerja, tergerak hati nak check email. bahagian Important ada 1  message. eh message apa ni. tengok sender dari bank islam. eh scammer ke ni? takpe, baca dululah. baca punya baca. jeng jeng jeng 

/
/
/
/
/








alhamdulilah! duit dah dikreditkan dalam akaun maybank. hiks. sebab interbank jadi ambil masa sehari dari bank islam nak masuk ke dalam maybank. semalam bank islam masukkan pukul 535 petang. harini rezeki pagi jumaat, pukul 11 pagi, duit dah masuk. hehee. berapa agaknya ye? nak kata banyak, tak jugak. nak kata sikit, tak jugak. tapi alhamdulilah boleh la buat makan sampai hujung bulan ni :)



cepat sungguh kerja takaful malaysia ni. akaun azah matang usia 22 tahun, 18/1/2018. surat dikeluarkan > azah terima surat > azah respons surat > 09/02/2018 azah terima duit. alhamdulilah alhamdulilah. rezeki bulan februari. rezeki tak pernah salah alamat. hihi :D



rasa macam nak menangis pun ada. bulan lepas, dapat ujian bertalu-2 tapi Allah tahu kemampuan hambaNya macam mana. di sebalik kesedihan rupanya ada hikmah. ada kegembiraan lain. ada rezeki yang jauh lebih baik. alhamdulilah alhamdulilah. azah pun berterima kasih pada arwah abah. mencarum untuk pendidikan anak-anaknya. Allah. sebak rasanya. terima kasih abah. kan best kalau abah masih ada. adik rindu abah sangat! :'( semoga abah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. aamiin.



Al fatihah
Abdul Rahaman bin Salleh
29 Julai 1952 - 24 Julai 2006



8 comments:

  1. Rezeki memang tak pernah salah alamat.Cuma kengkadang lambat sampai je heheh sesat kot? Hahah! Btw... stay strong tau! :) semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman~ aamiin

    Hana tumpang terharu! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. rezeki ada je sokmo. hehehe. tq hana atas doanya :D

      Delete
  2. alhamdulillah
    rezeki lah tu

    ReplyDelete
  3. Alfatihah. Alhamdulillah. keep strong ya

    ReplyDelete
  4. So Azah, dah boleh open table ni..hihi

    ReplyDelete