Tewas Tertewas

salam semua. korang sihat ke?

cuaca sekarang tak menentu kan. terkadang hujan, terkadang panas, terkadang hujan panas, terkadang berangin dan sebagainya. Allahuakbar.  tiga empat hari lepas, suami demam. batuk. selesema, demam urat. kesian suami. kite tengok pun kesian. yelah kan, dah jadi isteri ni perasaan lain sangat bila kita nampak suami tak sihat. dulu kalau dia mengadu tak sihat, azah just suruh berehat je. kali ni nampak di betul betul letih, kita pulak hampir menitis air mata.


sebenarnya minggu lepas, kami diduga. banyak dugaan yang datang tapi takpelah, dugaan itu mematangkan kita sebenarnya kan. lepas dapat dugaan tu, suami azah banyak berfikir. dan mungkin fikiran dia menganggu sebab tu dia pun makan tak lalu dan automatik demam. Allah. suami suami, buat suami, saya tahu awak baca ni, "keep strong b deh, mi akan sokmo dengan b, ups and down kita sama-sama hadapi deh. "


lepas sehari suami demam, azah paksa suami ke klinik. tu pun sebelumnya dia bagi banyak alasan. haa tengok, malam tu demam bantuk tak henti2 la. tu la taknak dengar sangat nasihat isteri. haha. selepas malam batuk tak henti, tengahhari esoknya suami ke klinik untuk check up dengan doktor. doktor bagi ubat, kita pulak la jadi nurse kan. haha. pantau sakit suami lak.





ubat suami. suami dapat ubat tahan sakit, ubat batuk, dan demam urat. sekarang nampak macam dah pulih sikit. cuma batuk je belum reda tapi takpe, tu pun dah cukup reda. alhamdulilah.



nak dijadikan cerita jugak, suami sembuh je, isteri pulak kena sakit. haha. azah sejenis kalau demam akan start dulu dengan sakit tekak, diikuti dengan selesema dan malam tu terus badan panas. tu diaaaa. tapi azah dengar cakap suami, haha. suami suruh ke klinik, kita pun beli la ubat klinik. alhamdulilah dah beransur pulih jugak. sekarang pun menaip tak pasang kipas dan bersweater, biar hangatkan lagi badan kan :) 





haa. ni ubat azah. koolfever mmg benda wajib azah simpan dekat rumah. senang kot kot jadi kes macam ni lah. azah dapat ubat selesema dan ubat linkus. bestnya ubat linkus ni dia two in one. ubat selesema boleh, ubat sakit tekak pun boleh. cara dia kemam je tablet tu setiap 2-3 jam. azah okay dengan benda ni so alhamdulilah, sesuai la dengan badan azah kan :D



oh ya, alhamdulilah esok azah akan start kerja. jadi setiap hari akan ada schedule post yang azah buatkan :) azah kerja biasa je. ahad khamis. macam biasa waktu pejabat akan balik. korang doakan azah ye :) biarlah gaji tak seberapa asalkan ada hasil untuk topup duit. hehe. doakan azah dan suami sembuh ye. nanti azah blogwalking blog2 yang tinggalkan komen ye


16 comments:

  1. stay storng azah... semoga cepat sembuh azah n suami.. banyak pahala jugak jaga suami yee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak aida. allahumma aamiin

      Delete
  2. @Aida Hana x boleh nak post a new comment so ray menyelit kt sini la. gws sis

    ReplyDelete
  3. @Aida Hana

    syafakallah utk kalian berdua

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. Hye Azah.. Salam perkenalan.. Akak datang dari review Hana.. Semoga Azah diberi kesihatan yang baik.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. salam kenal sis. aamiin. tq atas doanya

      Delete
  5. Sedihnya! Seorang dah sihat seorang pulak ganti T^T tak apa! Ujian tanda Allah sayang... :) btw good luck kak Azah! Kerja leklok tau! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dear. demam silih berganti

      Delete
  6. Alamkk, get well soon tau ;(

    ReplyDelete
  7. Semoga cepat sembuh azah
    Kuat semangat tau tau

    ReplyDelete