Tips Hilangkan Bau Busuk Peti Ais

Assalamualaikum semua!



Raya cina baru-baru ni, peti ais di rumah penuh betul. adik beradik pakat balik kan, banyaklah makanan yang disimpan dalam peti ais. tu belum lagi dengan simpanan lauk lauk kenduri. hehe. memang penuh la peti ais dekat rumah walaupun dah ada dua peti ais.



nak dijadikan cerita, sehari sebelum abang azah bertolak balik, dia ada offkan suhu ke 0. niatnya nak bagi senang kita keluarkan ais (air batu) dekat freezer. azah pun okay jela kan. memudahkan kerja kita. semalam azah nak keluarkan lauk dari peti nak panaskan, eh kenapa macam bau busuk yang teramat sangat? check check laaaaa suhu peti ais masih lagi 0 darjah celcius. alamaknya kena cuci la dari peti ais sebab bau busuk satu rumah kannn. alahai, penat penat balik kerja kena cuci peti ais pula. letih sungguh.



so nak taknak, ambil mask misi yang warna hijau tuu, start la proses pencuciannya. lap sana sini. spray air situ sini. ganti tisu dengan kain berulang kali. lepas peel off mask, eh bau lagi la. pastu fikir punya fikir. kita try guna bahan apa ada je kat rumah.



first, azah guna roti


rumah mertua azah jarang guna peti ais sebab azah kan memasak sendiri di rumah azah, so kalau ada bau busuk sikit dekat peti ais rumah mertua azah, memang azah guna roti. sekeping roti azah carikkan tiga empat bahagian. azah letak di bahagian utama, tepi peti dan tempat sayur.



second, guna limau nipis


limau nipis ni berasid. azah pikir okay kot serap bau tak elok kan. kebetulan ada sebijik limau nipis dah warna kuning, tak segar dah pun. guna jela kan. sebijik limau nipis, azah kerat 4. letak di freezer, utama, tepi peti dan sayur.



lepas letak limau nipis dan roti. tutup peti. mudahan esoknya bau busuk dan hilang. esoknya, sebelum pergi kerja, buka peti. wahhh alhamdulilahh bau busuk peti ais dah hilang! hiks. so kalau ada bau tak elok elok dalam peti ais, azah cadangkan guna limau nipis dan roti je. mudah dan senang! bahan dah ada di rumah kann. selamat mencuba!


32 comments:

  1. Asssalamualaikum.. kalau shu selalu letak daun pandan. ada yang dipotong letak dalam bekas, ada yang di simpul saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam sis. oo letak daun pandan yee. tips baru ni. okay lain kali peti berbau, boleh guna daun pandan. banyak belakang rumah. hihihi

      Delete
    2. ya.. selalu di kampung mak letak arang. shu di sini rumah mertua ada pandan, kalau p rumah dia, mesti segenggam daun bawak balik. hehe

      Delete
    3. wahhhh. segengam tu bawak balik. okaylah kann. boleh wangikan rumah sekali

      Delete
  2. Ohh..tak pernah tau letak roti tu tapi kalau letak arang biasa guna. Lepasni boleh try

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo letak arang ye. ilmu baru jugak ni

      Delete
    2. Aah..dalam industri banyak guna arang sebab daya serapan dia tinggi. Padahal projek FYP aritu pakai arang..tu yang tau tu..haha

      Delete
    3. ooooo. hehe. nanti boleh guna idea ni

      Delete
  3. wahhh menarik! nnti kalau berlaku ingat lah azah pernah share niee.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiks. kena catat dalam nota tau kak aida! :D

      Delete
  4. aah memang berkesan kalau guna limau.. hehe.. jangan pula lepas tu makan limau tu.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah. mana makan laa. biar jee dok dalam peti tu berhari2

      Delete
  5. uishhh
    1st time dengar orang letak roti
    berkesan rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup letak roti. nanti roti serap bau.

      Delete
  6. thanks for the tip! This could be a really helpful tips in the future sebab kadang buntu bila rumah blackout and fridge mula keluarkan bau.

    ReplyDelete
  7. wahhh.. boleh cuba tips ni... roti dan limau nipis... tq ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba. bahan mudah jee. hihi. welcome sis

      Delete
  8. ada org kata letak arang..rasanya pernah cuba dulu dan menjadi...boleh la try nanti...hahahhaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo arang yeee. boleh cuba nanti

      Delete
  9. selalunya letak perasa vanila dengan roti :D

    ReplyDelete
  10. wow !
    good tips azah !
    tumpat duk alek mano?
    tksei join group blogger pntai timur ko?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sis. tumpat kat berangan. hahaha. boleh jah nak join

      Delete
  11. masalah ni jarang berlaku kat msred so tak pernah try. next time kalau jadi leh try. thanks for sharing

    ReplyDelete
  12. Nice tips kak Azah! heheh peti sejuk rumah Hana sentiasa wangi hahaha! ^^

    ReplyDelete
  13. sy letak arang lmbt sket sedut bau tp berkesan

    ReplyDelete