#1 Tips Naikkan Pageviews dan Unique Visitors




assalamualaikum semua!


harini azah nak kongsikan Tips Naikkan Pageviews dan Unique Visitors (PVUV). singkatan PV ni merujuk kepada pageviews dan singkatan UV merujuk kepada Unique Visitors. korang tahu tak apa beza UV dan PV ni? dan apakah UV PV ni?


okay, sebelum azah sharekan tips tingkatan UVPV ni, maksud pageviews ialah page yang diviewkan beberapa kali. erti kata mudah, kalau korang bukak 100 page view korang, korang refresh blog ke, korang bukak post dalam blog ke untuk di baca balik, korang nak balas komen ke, pageview tu tetap dikira. senang kira, pageview ni, kalau seribu kali korang refresh blog tu, seribu pageview la korang dapat pada haritu. jelas kan?


okay, kita masuk bab maksud UV pula. setiap alat peranti rumah dibekalkan dengan satu IP nombor. pasal IP ni azah tak berapa sure either satu IP satu peranti alat atau satu IP dua tiga peranti alat. peranti alat ni alat yang kita gunakan untuk buka website kita samaada laptop, handphone atau ipad. masing-masing ada IP number. okay macam mana dapat kesan UV ni? melalui IP tadi lah. walau azah dah refresh blog azah 1000 kali dalam masa sehari, UV azah tetap hanyalah satu sebab laptop azah punya IP azah tersendiri. kalau orang lain ni azah klafikasikan sebagai pembaca A, contoh di KL, buka blog azah, azah akan dapat dua UV. sebab? sebab pembaca A tadi mempunyai IP dia tersendiri. haa jelas kan? hehe



okay jadi tips pertama azah nak share Tips Naikkan Pageviews dan Unique Visitors ni ialah


#1. Elakkan entri copy paste


sepanjang azah blogwalking, azah banyak nampak blogger yang mengamalkan entri copy paste. korang tahu tak? kalau kita asyik upkan entri copy paste ni, lama-lama pembaca akan jemu. sebab? sebab kemungkinan pembaca tersebut dah baca entry itu berulang kali sebelum baca entri kalian. jadi seeloknya, elakkanlah ATAU kurangkanlah entri copy paste ni. nak copy paste ni tak salah pun tapi kita kena pandai variasikan ayat atau ambik ibrah dari pengajaran cerita apa yang kita copykan itu.


contohnya sekarang sedang hangat kes penceraian artis suami kahwin dengan janda akhirkan suami tadi jandakan isteri pertamanya. *azah malas masuk campur tapi ini sebagai contoh


bila kes ni dah viral, pembaca akan mula google cerita selanjutnya pasal ni. yang mana pembaca berminat untuk mengetahui hal penceraian mereka, ramai la pembaca kan. so kita kita ni sebagai blogger, usahlah copy paste dan terus upkan entri. memang la boleh naikkan rating tapi takkan ramai la yang tinggalkan komen di post kita. sebab kebanyakkan entri copy paste ni pembaca dah biasa baca kan? dari contoh tadi, kita boleh try variasikan cerita dengan menceritakan pengajaran ke dari penceraian tu, solusi ke untuk selesaikan masalah. see, dengan satu entri sahaja kita boleh cari maklumat lain kan?



jadi elakkanlah copy paste ya! setakat satu dua entri cukup la ye. tak kata orang, azah pun terkadang ada juga entri copy paste. kahkah. okay bye!



60 comments:

  1. Nice yips.. bosan dan takde kepuasan dlam berblog bila buat entry copy paste...

    ReplyDelete
  2. terbaek.. tips menarik.. :)

    ReplyDelete
  3. mungkin sicopy paste tu mencuba nasib kot...hehe

    ReplyDelete
  4. hiii tips yang bagus tu. tq nice sharing azah :). betol jugak copy paste memanjang orang jemu

    ReplyDelete
  5. Setuju dgn Azah. Mai tak suka baca entry kopipes. Tp paling geram entry Mai pun pernah dikopipes. adehh...

    ReplyDelete
  6. I love this entry!!! Yes, Siqah setuju dengan apa yang Azah cakap. Tak gemar juga dengan blog yang selalu up entri pasal artis. Bagus untuk naikkan PV blog tapi macam tak best lah sebab artis semata. Kalau benar apa yang dikata, okaylah. Kalau gosip, aduhai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan. kalau CP ni tak best

      Delete
  7. betul tu
    jangan copy paste benda2 yang sama :)

    ReplyDelete
  8. blogger kena ada create idea dan penulisan yang berbeza.. Kalau semua sama, orang akan bosan. betul gak ~

    ReplyDelete
  9. Terima kasih perkongsian tips...

    ReplyDelete
  10. hai..
    membalas kunjungan..

    thanks for this info.. kadang2 zati pon ade jugak c/p
    hehe.. tp ada jugak olah sikit ayat nye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cp olah ayat takpe. kalau cp sebijik tu xbest. hehe

      Delete
  11. Kikiki, macamtu ye. Terima kasih Azah!

    ReplyDelete
  12. Terbaik. Fuhh, cikyan pon slalu gak copy paste. Lagi2 kalo bab info, rasa kalau ubah sikit, mmg jd lain dah maksud cerita tu. Hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah. kalau ubah ayat bab bab info lain pulak. haha

      Delete
  13. Suka entri yg ini..thnks sharing sis Azah..^^

    ReplyDelete
  14. setuju.
    susah nyer jadi blogger tu ialah... typing idea sendiri.
    gubah ayat sendiri.
    to tackle audience...

    ReplyDelete
  15. mula2 berblog dulu memang selalu copy paste.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe. time tu kita masih baru kan

      Delete
  16. tak suka jenis yang suka up cerita sensasi ni tanpa ulasan dia sendiri semata untuk naikkan PV. Kadang tu ada yang tokok tambah.

    ReplyDelete
  17. baik boss..so far kebanyakkan mmg guna idea sendiri hehe

    ReplyDelete
  18. setuju sangat tu azah..kena ada kreativiti kalau nak up entry yang copy paste ni

    ReplyDelete
  19. tak berapa suka nak buat entry copy paste ni, kecuali nota2 agama yang nak share taknak tambah atau ubah takut salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 nota agama ni kena banyak berfikir. kalau rasa was was baik tak payah

      Delete
  20. Copy & paste kerja yang senang...

    jika menulis artikel seperti ini..

    mahu perah idea dan akan ambil masa juga..

    cuma menulis sendiri akan memberi kepuasan apabila artikel tersebut jadi menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3 menulis idea sendiri akan lebih memberi kepuasan kan

      Delete
  21. dari dulu lg sy mmg sedaya upaya buat entry hasil 'otak' sendiri bukan ciplak... rs x seronok bila bc benda yg sm berulang2 sdg kn kita dah bc dr main source

    ReplyDelete
  22. ok noted..sangat berguna utk newbie mcm saya...hehe

    ReplyDelete
  23. Very good tips kak. Entri copy paste mmg tak best dan tiada originaliti.

    ReplyDelete
  24. betul tue kena check balik kalau ada entry kopi pasta nie

    ReplyDelete