Cara Web Check In Air Asia

Assalamualaikum semua! 



in shaa Allah satu-dua minggu lagi azah akan konvo. yay alhamdulilah. after a year, sampai juga tarikh konvokesyen ye. takpelah lambat setahun pun, nak buat macam mana. dugaaaaaaaaan. hehe. asalkan konvo kan. dapat juga naik pentas tunjuk dekat mak anak mak sorang ni mampu jugak pegang skrol! hihi. alhamdulilah.



so, bila tarikh konvo dah dekat, terfikir juga, nak ke sana dengan apa la kan. tambah2 mak azah dah tak berapa sihat so nak pergi ke sana dalam tempoh yang lama (seperti bas dan kereta api), kesian la pula dengan mak. so amik keputusan kita amik flight je. cepat dan senang! tak giteww. okay, tiket dah beli. tarikh pun dah dekat. so mana nak web check in pula kan? untuk pengetahuan semua, Air Asia ada menyediakan 3 method untuk check in.


  • kiosk AirAsia di airport
  • Web Check In 
  • Mobile Check in



Zaman dah canggih haruslah kena ubah dari manual ke automatik kan. azah pun baru je belajar, jadi kenapa azah tak kongsi perkara ni dekat korang semua pula kan. jom jom check it out. sebelum check in, korang tahu tak apa fungsi web check in ni? web check in ni sebenarnya nak mudahkan keje korang. yela, kalau korang dah sampai lambat airport, tak sempat check in. haa camne? tak check in tak dapat la border pass tau :D so so so, jom check it out caranya ~


1. masuk laman : https://checkin.airasia.com/



2. lepas korang dah masuk laman web check in, korang akan nampak macam gambaran seperti di atas. sebelum terjah bahagian departure, booking number and family name, baca dulu tau details details di sebelah kanan tu. jangan gopoh2. bila dah baca, boleh proceed dengan isian di sebelah kiri pulak.

departure : korang bertolak dari mana, kalau dari kuala lumpur, pilih je option kuala lumpur
booking number : tiket yang kita purchase akan disertakan dengan booking number, normally booking number akan start dengan huruf abjad di depan. contohnya kalau booking number  AK. tulis AK7814 ke. haa macam tu
family name/surname : tulis nama keluarga yang korang booking tiket haritu. kalau anak Ahmad. tulis je nama ahmad di situ. kalau ahmad idham, tulis surname ahmad idham. kalau haritu tulis Bin Ahmad Idham, tulis je surname di situ Bin Ahmad Idham. mesti sebijik namanya dengan nama waktu kita booking tiket haritu.

okay, done? settle bahagian tu, terus tekan check in.




3. lepas tekan check in, automatically akan keluar seperti di atas. flight dari mana ke mana, bila tarikh berlepas, details waktu flight dan nama-nama passengers. macam azah pergi berkumpulan, tiga-tiga nama yang berbeza walaupun satu family, so just taip surname salah seorang je. nanti automatically detect.


dekat nama guest jangan terkejut ye nama terbalik ye. contohnya nama awak Era Fazira binti Ahmad Idham , dia akan jadi binti Ahmad Idham Era Fazira. jelas kan? ni seolah-olah macam nama orang puteh punya. akan start dengan nama family dulu baru nama betul kita.


macam biasa, check details nama betul2. pastikan nama SAMA dengan nama di KAD PENGENALAN. kalau tak sama, tak boleh masuk flight tau nanti. rasa macam dah betul then proceed je tekan continue. 







4. lepas dah continue step no 3, akan keluar seperti paparan di atas. di sini akan ada lah pasal flight, nama penumpang, seat number dan lain2. bestnya web check in ni lepas check in je, korang akan tau terus no seat. takdelah nanti dalam flight terpinga-pinga kan nak seat korang berapa. risau jugak kot free seat kan. kalau free seat haa takut korang dengan kumpulan tak sama je tempat duduk. hehee. selain details flight, di bahagian ni juga akan ada adds on seperti gambaran di bawah. 




ada insurans. nak ke tak? macam azah, tak perlu sebab flight sekejap sangat naiknya. hehe. mudahan takde apa apa berlaku. amin ya rabbal alamiin. 





ada juga untuk sewa kereta :) bila dah settle bahagian insurans dengan sewaan kereta ni, korang tekan je continue.







5. bila dah siap semua steps di atas. di bahagian ni check balik nama-nama passengers. pastikan nama sama macam kad pengenalan tau :)




then tibalah masa untuk print bording pass yay! macam azah. azah request hantar boarding pass ke alamat email. senang nak print again and again in case ada something happen. backup la ni kononnya :D then tekan continue.







6. ni bahagian penting jugak. baca yee ada beza antara Air Asia domestic dengan Air Asia X. jangan ambil mudah tau! kot tak sempat check in baggage je. macam azah takde nak check in baggage sebab azah just hand carry baggage bawa masuk cabin je. so azah kena tunjuk boarding pass di document check counter.






keep aware dengan barang larangan. pastikan waktu packing barang takde barang terlarang seperti di atas tau! dah rasa macam puas hati dengan semua, tick dekat situ dan tekan continue. 







7. okay sekarang siap dah. yay! so dah ada boarding pass dah boleh fly dah la. yay. save as PDF kalau nak print dekat cyber cafe nanti. atau print this je kalau dah ada printer depan mata. hehehe. kalau mcm azah kena pergi CC dulu baru boleh print. hiks.



so senang je kan? haa. peringatan! web check in dibuka 14 hari sebelum penerbangan. lain penerbangan lain terma dan syarat. macam MAS tak silap, 3 hari baru boleh web check in :)) harap dapat manfaat tau. terima kasih sudi singgah dan baca. 





6 comments:

  1. wahh best.. tahniah dan selamat berkonvo! ^^

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dah terai rabu mggu lepas time pi kusus kat kl rushing sangat so cek in online je

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul2. check in online lg mudah kan sis

      Delete