Day 6 – A song to match your mood

Salam!


Selamat hari ahad. hiks. azah dah masuk kerja hari ni. walaupun cuti sekolah tapi kerja tetap kerja kan tapi takpe, kerja itu kan beribadat. tambah-2 bila kita kerja dengan baby-baby ni, mudahan kita dalam golongan baby selalu doakan benda yang baik-baik untuk kita. eh baby pandai doa ke? mudahanlah kan, kita jaga dia, kita sayangkan dia, kita jaga dia baik-baik, dia pun balas balik untuk kita dengan doa yang baik-baik. amin amin ya rabbal alamiin.




okay, harini azah nak teruskan game ini. klik SINI tau untuk main game ni jugak. best tau game ni, andailah kita tak tahu nak buat apa entri harini, haa, bukak je topik topik tu then kita create la ideas dari topik yang diberikan. 30 hari, 30 topik kita boleh kongsikan. yeah! kan azah dah pesan, satu hari satu entri kan? hiks.


jadi harini, hari keenam - A song to match your mood


18 MAC 2017 - 18 MAC 2018


alhamdulilah genap setahun sudah kami suami isteri bertunang. haha. kononnya anniversary pertunangan lah. eh ada ke macam tu? haha. takde pun, tapi ini sebagai peringatan lah. oh tarikh ni tarikh aku bertunang dulu. tarikh aku jadi tunangan orang. tarikh aku pakai baju kurung moden cream hijau. tarikh majlis simple. tarikh tak jemput ramai kenalan. tarikh aku betul2 bersedia nak jadi tunangan orang. tarikh aku ready dah nak pikul tanggungjawab. tarikh aku start betul2 jadi matang. haha. gitu.


tunang ini penting tapi elok sembunyikan, bila dah nak kahwin, hebahkanlah. kenapa nabi suruh rahsiakan dahulu? tunang ni sebenarnya ikatan je. ikatan perjalanan untuk menghalalkan. so dari jalanan jalanan yang kita redah untuk mencapai harii bahagia tu, terlalu BANYAK DUGAAN. kalau orang tak kuat, kalau jodoh tiada, kalau pelbagai dugaan, masalah, ikatan pertunangan tadi boleh putus macam tu je. sebab tu la sebaiknya ikatan pertunangan ni rahsiakan dahulu supaya kita tak malu di kemudian hari. tak mahu la kan, tunang bagai nak rak siap pelamin, kompang kompang tapi putus di tengah jalan. jadi, buat majlis pertunangan tu simple simple cukup ye. :) tak perlu nak havoc havoc sangat sebab kita tak tahu apa akan jadi di kemudian hari, jodoh ajal maut pertunangan semua tu kan Allah sahaja yang tahu.


lagu kegemaraan - NAZREY JOHANI - ISTERI SOLEHAH


part paling best tuuu "di rumah dia isteri, dia jalanan kawan, diwaktu kita buntu, dia petunjuk jalan" hiks. banyak jasa-jasa isteri ni tau. apa-apa pun, azah doakan musim orang kenduri ni, mudahan segala majlis dipermudahkan dan moga-moga hubungan yang dibina kekal utuh hingga ke syurga Allah. amin amin ya rabbal alamiin :)







22 comments:

  1. best lagu tu, azah.
    feveret jugak.
    dari zaman U dulu lagu ni aida da suka. sungguh positif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan. lagu2 lama memang best

      Delete
  2. Wahhh! kak Azah ^^ hehe kena sangat lagu tu dengan kak Azah... :3 semoga terus jadi isteri solehah ya! ^^ biar masuk syurga sama2 tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboiii. haha. amin amin amin dikk. tq <3

      Delete
  3. Hai Azah.

    First time rasanya jejak sini.
    Teruskan blogging tau.

    ReplyDelete
  4. tak perasan pulak lagi ni...maklumlah dah kurang dengar radio..

    ReplyDelete
  5. diam x diam dah sethn ya...

    ReplyDelete
  6. tenang ja dengar lagu ni kan sis.. kebanyakkan lirik lagu menyentuh perasaan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. lagu2 lama memang best

      Delete
  7. Tak pernah dengar lagu tu.. tq for share..

    ReplyDelete
  8. Happy aniversary... tahniah....😆😆😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum anniversary lagi :'D hehe. tq sis

      Delete