Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet

Assalamualaikum semua!





okay, harini azah nak teruskan game ini. klik SINI tau untuk main game ni jugak. best tau game ni. time bosan-bosan tak tahu nak tulis apa lagi di blog, boleh la guna :D


bila cerita pasal pet, kita ni tak lari la dari kucing kan? majoriti setiap rumah mesti ada kucing. macam keluarga azah sendiri pun, dari ma azah kecil sampai la ma azah dah berusia, kucing yang ada kat rumah tak pernah putus. dalam sejarah, azah pernah bela 9 ekor kucing. fuuuu. haha. time tu azah sekolah menengah. 9 ekor terdiri dari 4 ekor kucing dewasa, 5 ekor anak kucing. ma marah? mestilah marah. hahaa. sebab azah ni sejenis yang mudah kesiankan kucing. kalau pergi kedai, nampak je kucing mana-2 rasa macam nak bawa balik je. hahaa.



tapi itulah kenangan kan. makin azah besar, seekor je kucing kat rumah wajib ada. kucing silih berganti. yelah kan. kucing ni cepat tua. dari ma kecil, mungkin dah beratus kucing yang kami bela. dalam gambar-2 pun banyak ada pasal kucing ni tapi tak ingat nama je :'D heheh. sebab banyak sangat kan :))


meh kita check it out antara kucing-2 yang azah ada :)




azah tak ingat ni kucing tahun bila. heheh. rasanya kucing ni sekitar azah sekolah rendah, 10 tahun yang lalu. yang besar tu laki dan bini. memang sweet sangat laki dia. isteri tidur dia tidur sekali. baik sangat cara dia layan anak dia. hasil kacukan laki bini dapat la 3 anak. salah satu anaknya yang 3 warna kami namakan cindai. yang lain tak ingat nama. bestnya kucing jantan ni, penyayangnya dia bila bini dia takde pergi makan, dia yang jagakan anak dia tau. heheh :D





atas tadi gambar mereka sewaktu kecil, ni gambar mereka dah besar dah :) tengah si ibunya ada anak kecik yang lain dah. kiri dan kanan anak pasangan tadi. nama tak ingat. heheh ;')



ni pulak abe atau johny. azah dapat abe dari jiran nenek azah. memang dia ekor bulu lebat. nanti azah ceritakan macam mana kisah pengakhiran dia. setianya dia dengan azah :'(








antara kucing-kucing yang azah ada :) epit dan elly azah ambil di pasar wakaf bharu. kesian tengok sebab berdua je orang sepak sepak dia :( puteh sedara azah yang bagi. johny jiran nenek yang hadiahkan. abu pulak kawan azah, asma yang berikan :)






abu pula azah bela dari tahun 2012 sampai tahun 2017. abu menghilangkan diri tak tahu ke mana 2 bulan sebelum majlis perkahwinan azah :((




ini pula miko. selepas kematian abe @ johny dan hilangnya abu, azah decide untuk cari pengganti, miko. miko sempat bergambar dengan azah di pelamin waktu azah bersanding dulu. dan sayangnya gambar itu menjadi kenangan sampai harini. lepas sebulan azah kahwin, 16.11.2017 miki keluar waktu malam dan tak balik-balik sampai sekarang. rindunya dekat dia! :'(






dan ini kekasih terbaru. #mikithecat . sekarang ni lah kucing azah. start dibela 1 bulan selepas majlis perkahwinan azah, seminggu selepas miko menghilangkan diri tak tahu ke mana :'( 4 hari azah bersedih hati sebab miko takde. kisah miki, macam mana azah adopt dia. nanti azah share kemudian ye :)



kalau ikutkan banyak lagi kucing-kucing yang azah ada tapi jalan ceritanya azah tak berapa ingat sangat sebab memang terlalu banyak kucing yang azah bela dulu. yang betul2 azah ingat, carta kucing azah macam ni:



.... > abe @ johny > puteh > abu > miko > miki :)




korang bela kucing tak? berapa ekor korang bela? apa namanya?





12 comments:

  1. Hana pernah jadi heroin seekor kucing hampir k.o yang Hana kutip kat almari lama rumah jiran.Alhamdulilah hidup dengan happynya sampai hari ini hehe >_< nama dia Pinkish <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh pinkish. mesti gegirl kan. haha

      Delete
  2. Of course bela kucing... dua-dua hero, Ibang & Udin.

    ReplyDelete
  3. mawar suka kucing... tapi kucing tak suka mawar.. banyak kali laa kena cakar ngan kucing. last sekali kena cakar kat mata.. nasib tak kena anak mata. huhuhuhuh

    ReplyDelete