Interview Guru Ganti - Yayasan Islam Kelantan

Assalamualaikum semua!


Pagi ni azah dapat interview guru ganti untuk pendidikan bahasa inggeris di bawah yayasan islam kelantan (YIK). alhamdulilah, hari khamis minggu lepas, balik je kerja terpandang peti surat ada tiga empat keping surat dan bil air kelantan. so belek belek surat, eh surat untuk azah. terkejut jugak la sebab azah jarang terima surat ni. hiks. so bila tengok je halaman belakang, tup tup dari YIK. eh YIK hantar surat? kenapa pulak dah? :D


husband buka dulu suratnya. dia nak baca sorang nak isterinya dengar tapi isterinya dah tak sabar. hahaa. so sama-sama baca lah. baca je tajuk, alhamdulilah. rupanya YIK panggil temuduga. al kisahnya 2-3 bulan lepas sebelum azah masuk kerja taska, azah ada mencari kerja kosong dan sempat jugaklah hantar resume ke YIK. waktu hantar resume tu, kerani YIK dah bagitahu,


"kami baru je panggil beberapa orang untuk interview tapi takpe, adik jangan risau, kalau ada rezeki adik, kami akan hubungi adik lagi"


mula mula tu kecewa la kan sebab kerani bagitahu macam tu. hihi. tapi tu la kan, kalau dah ada rezeki tak ke mana. selepas 2-3 bulan, tup tup surat sampai jemput Azah untuk ke temuduga. hihi. korang doakan azah sekarang ni tau. azah tengah interview ni :P entri ni ialah entri schedule. doakan mudahan semuanya berjalan dengan baik dan lancar. doakan juga azah dapat bekerja bawah passion azah sendiri :)) allahumma aamiin




23 comments:

  1. in sha Allah, kalau ada rezeki tak kemana :)

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan dan Azah dapat kerja tu ye..aamiin

    ReplyDelete
  3. semoga Azah berjaya mendapat tempat di YIK..

    ReplyDelete
  4. semoga berjaya
    amin

    ReplyDelete
  5. ameen. semoga dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete
  6. GV doakan semoga kak Azah berjaya dengan apa yang dilakukan dan memperolehi kejayaan yang sebaiknya. InsyaAllah. Aamin. :)

    ReplyDelete
  7. Bila interviewnya tu...? Apa pun, good luck... semoga berjaya... dan di murahkan rezeki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. khamis lepas. in shaa Allah sis, amin

      Delete
  8. insya allah mudah2an rezeki menyebelahi azah aminn

    ReplyDelete
  9. moga ada rezeki azah ye.
    in shaa Allah.
    kalau dpt, jgn lupa war-war kan kat kami :)

    ReplyDelete
  10. Anonymous2:40:00 PM

    Assalamu'alaikum, Azah apply guru ganti di YIK, cuma perlu bagi resume je ke? Hantar kepada siapa? Di kaunter depan YIK atau kena hantar di bahagian tertentu?

    ReplyDelete