Jalan-Jalan Sekitar Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu

Assalamualaikum semua!



pagi sabtu weekend lepas sempat la meluangkan masa pergi berjalan-jalan sekitar pasar siti khadijah. azah ni harap je tinggal di kelantan tapi ni sebenarnya kali pertama jejakkan kaki ke situ dalam tempoh umur 22 tahun ni. haha. al kisahnya, azah akan hadiri konvo, jadi banyak urusan kena settlekan sebelum ke konvokesyen nanti. jadi azah ke pasar Siti Khadijah laa mencari sedikit barang.




mula-masuk pasar Siti Khadijah woaaaa terpegun kejap. haha. macam asar biasa tapi ni pasar 2x lebih besar dari pasar biasa. banyak benda boleh dapat dalam pasar Siti Khadijah ni. ada bahagian buah-buahan, ada bahagian pasar basah, ada bahagian pasar kering (cili, tepung, beras, gula, garam dan sebagainya), ada bahagian jual baju batik, kain sarung, kain telekung.



tingkat paling bawah akan jumpa bahagian sayur dan buah2an. tingkat satu bahagian pasar basah dan pasar kering. tingkat dua bahagian baju-baju.



lepas terokai barang2 nak dibeli, azah terus ke tingkat dua sebab nak cari baju kurung batik untuk di pakai konvo nanti, tapi sayangnya tiada satu pun berkenan di hati. so takpelah, round-round kejap. rezeki menyebelahi azah! lepas round-round terjumpa satu part di bawah ni.








tadaaa! perasan tak kalau google images ada part ni? sangat lawa okay! terpegun kejap sebab selama ni tengok googles je, sekarang ni tengok depan mata pulak. hahaa. dengan bangunan campur-campur warna, dengan bahagian bawah sekali kita boleh nampak makcik pakcik jual sayur buah. sangat lawaaa. hihi.




lepas ambil-ambil gambar sekejap, terus kita ke destinasi seterusnya pulak. kat mana? nantikan entri seterusnya okay!






20 comments:

  1. ehh mcm ada pulak laaa tempat ni dlm novel cikyan..wakakakaka !

    ReplyDelete
    Replies
    1. lps baca novel cikyan, azah terus g situ :P

      Delete
  2. selalu dengar kawan shu yang balik kampung mesti p pasar siti khadijah ni, ada daya tarikan tersendiri.

    ReplyDelete
  3. Orang kata orang pompuan kena rajin ke pasar... heheh ^^ tapi Hana ni nak jejak pasar setahun sekali pun payah! huhuhu T^T Semoga diri ini sempat berhijrah... hahah :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa. xpe hana. slow slow masuk pasar yee

      Delete
  4. cantik je tempat nie...

    nampak sangat bersih ..

    Fuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. bersih sangat tempatnya

      Delete
  5. lawa sangat pasar siti khadijah ni. Teringin sangat nak pergi sana.

    ReplyDelete
  6. ada banyak pengalaman sepanjang pergi pasar siti khadijah nh
    sebab banyak kali juga pergi sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh. nnt share story tau!

      Delete
  7. dah lama tak kesana..last pergi pon mse study

    ReplyDelete
  8. best kalau dpt jln2 sana.

    ReplyDelete
  9. sgt suka singgah sini.
    kalau folo asben ke kelantan, takkan lupa singgah sini.
    tak byk, sikit mesti shopping kat mana2 area pasar ni tau.
    menarik.
    aida suka gi pasar ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn. banyak tempat best shopping kat sni, haha. suami akak org kelantan ea?

      Delete
  10. lama sgt2 x dtg sini... insya allah kalau xde aral bln 5 kot sy smpi sini ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh bulan 5 nak dtg kelantan yee. nnt buat review pasal kelantan tau sis

      Delete