Kisah Anak Saudara Suami

Assalamualaikum semua!


lamanya tak blogwalking blog kalian. maaf ye. seminggu ni busy dengan majlis perkahwinan saudara terdekat. kebanyakkan entri entri minggu ni ialah entri schedule. tu sebab ada komen blogger yang azah tak paparkan di entri entri lepas walaupun ada entri baru yang azah upkan. harap faham ye. hehe


cerita pasal majlis perkahwinan, sebenarnya azah baru hilang penat dari majlis perkahwinan anak saudara azah. bila nak apply cuti untuk anak saudara kahwin, semua pakat pelik. azah baru usia 22 tahun, macam mana azah boleh ada anak saudara lagi tua pulak ni. hahaha. okay okay. mari azah explainkan ye supaya semua orang faham istilah "anak saudara lagi berusia dari mak saudara"



suami azah ada 7 beradik satu ayah. sebelum ayah suami berkahwin dengan emak sekarang, ayah suami telah berkahwin dengan kakak kepada emak sekarang. hasil perkahwinan dapat la seorang anak lelaki. lepas kakak kepada emak sekarang meninggal dunia, ayah suami berkahwin baru dengan emak sekarang dan hasil perkahwinan ayah dan emak sekarang dapat 6 beradik. jadinya suami ada seorang adik beradik dari ayah sebenar + mak saudara (kakak kepada emak). suami ada 6 orang adik beradik dari ayah sebenar + emak sekarang.



dan yang kahwin baru2 ni pula ialah anak sulung kepada abang sulung suami azah dengan ayah sama tapi mak lain. haa clear tak? haha. jadi no wonder la azah ada anak saudara yang lagi tua dari azah sebab suami azah sendiri pun anak bongsu. dan abang2nya pula dah majoriti mencecah usia 40 tahun ke atas. hehee. jadi jelas dah kan? penat tau azah nak explain dekat rakan satu tempat kerja ni. hahaa




apa-apa pun majlis perkahwinan Rubaikha x Aiman dah selamat semuanya. maksu doakan mudahan perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga Allah. teringat pula story best waktu majlis bertandang ke rumah suami Rubaikha. waktu nak salam balik, rubaikha cakap kita ni anak saudara dan mak saudara dah kan, nak panggil apa eh? maksu ke? hahahaa. azah gelak je. azah cakap ciksu pun takpe, maksu pun takpe. yelah azah faham mesti segan kan nak panggil maksu sebab maksu lagi muda :P



ada satu time tu, rubaikha nak minta tolong azah ambilkan gambar dia dengan husband. boleh pulak dia pergi panggil "Azah". hahaha. adoi nak tergelak rasanya sebab kami dah terbiasa panggil macam tu. sebelum kahwin dengan paksu dia, azah dah berkawan dengan dia. tu mungkin sukar bagi dia nak tukar panggilan tu. hahaha.



macam macam kisah la anak saudara maksu sorang ni! :P




14 comments:

  1. berbelit juga nak faham ada banyak adik beradik nie..

    ya mereka semua ada beradik yang namanya berbin dan berbinti yang sama..ayah sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. yee. bin binti sama je adik beradik :D

      Delete
  2. Hahah maksunya terlebih muda acaner ni?! >_< hehe kalau kena kat Hana pun mungkin segan jugak haha :3
    .
    Btw selamat pengantin baru!!! ^^ hashtag Till Jannah ~aaamiin :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha :D tau takpa. segan tak tau nak cite

      Delete
  3. Ohh.. semoga pengantin bahagia hingga akhir hayat..

    ReplyDelete
  4. now abe kie faham. tp kat kg abe kie meme ada kes lagu ni tp melibatkan 1 emak je. dah ibu n anak masing2 pakat hamil serentak maka terjadi la anak sedara lebih tua drp bapa sedara. masa bersalin tu ibu usia 38 manakala anaknya 20. org zaman dulu kahwin awal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa betul2. kes abam kie pun bleh jadi jugak gitu. org dulu2 kan

      Delete
  5. Hihihi..faham faham.bila anak saudara lagi berusia daripada kita kan. Bila melibatkan pangkat nih memang payah nak ubah sebab dah tebiasa.macam sy ade je mak saudara lg muda daripada saya tau. Kita panggil dia ikut pangkatlah tapi dia bantai panggil kita kakak..apa apa jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. sebab tradisi dulu yg kahwin awal. jadi kita pun segan la nak panggil anak sedara kita dengan panggil nama je. haha

      Delete
  6. Semoga perkahwinan kekal ke akhir hayat..aamiin

    ReplyDelete