Makan di Kedai Sekali Sekala

Salam.


khamis baru-baru ni lepas SCAN PERUT , ada la keluar makan di kedai dengan suami. yelah kan, dah seminggu kerja, seminggu memasak di rumah, terkadang hujung minggu nak juga merasa makan di luar kan. bukannya selalu, sekali sekala je.



so khamis lepas, kita pun terokai la mana tempat nak makan. last2 pilih kedai masakan panas berdekatan dengan rumah je. sampai sana dalam pukul 6 petang. waktu rehat untuk pekerja pasarraya berdekatan. kiranya time tu dah masuk waktu dinner dah lah kan. sesampainya di sana, azah orderkan nasi goreng pattaya, suami orderkan nasi goreng daging masak merah, untuk ma azah, azah tapaukan nasi goreng kampung.



lepas order, 10 minit kemudian, sampai la makanan kami. nyummm. dah lama tak makan di kedai, berselera sungguh la makan, tambah2 hati gembira lepas scan perut kan. hehe. tapi kegembiraan menikmati makanan tu tak lama la, dalam nak menghabiskan makanan, tetiba dapat la sapaan dari seorang pakcik



pakcik: eh makan kedai?
suami: sekali sekala je, tukar angin makan kat kedai


tu diaa, biasanya makcik bawang yang buat onar, ni pakcik bawang pulak! hahaha. adoi la terus terbantut nak makan. haha. tapi kita pikir positif jela, dia bertanya sebab nak menambahkan silaturahim tu kan :'D tapi sebenarnya terdetik jugak perasaan dalam hati. apa salahnya sekali sekala nak makan di kedai kan, bukannya selalu. hari2 masak sampai kita pun jemu tak tahu nak masak apa lagi dah. hahaha.



sama jugak macam sekali sekala suami nak juga lepak lepak di kedai sambil minum air dengan kawan-kawan dia. azah tak pernah sekat pun suami nak lepak lepak di kedai minum air sebab azah kenal suami azah macam mana tapi bila timbul persepsi mulut orang



makcik bawang A : makan minum kedai ni, isteri tak masak ke?
makcik bawang B : buatpe kahwin kalau ada isteri tak pandai masak
makcik bawang C : isteri masak tak sedap ke?



pelik kan orang. kita tak ambil tahu hal dia, dia ambil tahu hal kita. aduhai. saya masak sedap ke, saya masak tak sedap ke, saya tengok suami saya perutnya makin boroi je. makin bertambah je berat. tak macam dulu kurus kering je time bujang.



nak je menjawab macam tu tapi sape la kita kan. dah makcik bawang, sampai akhirnya makcik bawang lah. kita senyum ajelah kan. mudah-mudahan kita diam nanti, dia pun akan diam lah :)





29 comments:

  1. Abaikan sahaja...kerana nanti kita yang menjeruk rasa..rasa nak melawan (membidas) tu ada kak PC sendiri pun gitu...tapi kak PC percaya power of silence...insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan. diam je. in shaa Allah dia pun senyap la nanti

      Delete
  2. manusia mane pernah puas hati dgn kita kan..sabar jela..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn, suka sangat tak puas hatiii

      Delete
  3. hahaha
    nama kedai Rare betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan nama kedai sekali sekala tuu. hehe

      Delete
  4. singgah sini nak jemput join GA Ray kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  5. suami nak sis azah rest lettew. sekali sekala nak jugak makan luar dia pun.

    biasalah, bawang pun kita kupas kulit terkeluar air mata. inikan makcik bawang. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. boring jugak makan kat rumah aje. sekali sekala nak jugak makan masakan orang lain

      Delete
  6. Betul tu kak Azah! ^^ sekali sekala ja pun... :3 alahai itu pun nak kecam2 hahaha *Hana pulak yg emo heheh ^^ apa2 pun fikir positif ja lah... :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. positive thinking je :D

      Delete
  7. isteri pun nak rehat.adeh macam-macam la orang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula tu. takpelah. senyum ajelah

      Delete
  8. eh eh makcik bawang!!! cer focus dekat bawang tkot terpotong jari plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kalau potong jari, tau lak sakit kan

      Delete
  9. Yang beli bungkus bawak balik ke rumah tu untuk sapa... :)
    alaaa... makan kat luar, biasa je... wife teman pun macam tu jugak... time weekend je, boring la masak, katanya... so, dah bagi hint tu... apa lagi, terus tanya nak makan apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bungkus untuk mak. kan kan. weekend nak jugak berehat dari memasak. gantung kuali kan

      Delete
  10. Abaikan je mulut bebawangs Azah, jeles la tu diorang xleh buat masa muda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.tulaa pikir cmtu jela

      Delete
  11. spesis membawang is everywhere😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa. yee. membawang jeee tahu kejenye

      Delete
  12. hmmmm membawang la plak ekk.
    ikot la tekak memasing.
    ikot la poket memasing ekk, azah.
    kekadang bosan la kita asyik makan kat umah.
    aida ni memang seminggu, 2 kali bwk anak-anak makan luar.
    weekend la biasa nya sebab Nurin balik dr asrama.
    belanja sesekali. kasik diorang happy. kit apun happy.

    ReplyDelete
  13. betul2 tu akak aida. bila dah bosan memasak, gantung kuali la jawabnya tapi ada orang sengaja je cari gaduh. aduhaii.

    ReplyDelete