Makan Malam di Roti Tempayan Pasir Pekan, Tumpat

Assalamualaikum semua !


lepas balik kerja hari ahad minggu lepas, tak tahu nak makan mana. diri lapar yang amat. nak masak memang malas. haha. sebab penat kot kerja seharian start belum timbul lagi matahari sampailah nak hampir terbenam matahari. adehh. so lepas maghrib ajak suami dating. haha.




pergi mana? of course la cari roti tempayan! nyum nyum. sebenarnya family azah ni hantu roti tempayan! hihi. semuanya bermula daripada parents azah, arwah abah dan ma. ma pernah bercerita, waktu abah dan ma kahwin dulu, malam-malam je kalau ma lapar, abah suka bawak ma makan roti tempayan. naik motorsikal je malam-malam. tak bawa anak pun. istilahnya dating! hahaa. nak tahu tak kami di mana waktu ma dan abah dating tu? kami tengah tidur tau. hehehe. pandai ea mak dann abah dating tak bawak anak sekali :P


hihi. tapi itulah kenangan kan. bila ingat-ingat balik nak tergelak pun ada. yelah waktu ma dan abah makan roti tempayan ni, siap fighting lagi siapa makan paling banyak. hihi. amboii suka benau ye ma abah! kenangan ma cakap, kenangan yang tak boleh dilupakan sampai bila-bila. hanya mampu kenang kenangan jela kan. sebab tu apa yang berlaku dalam hidup azah, azah cuba taipkan di sini. mudah-mudahan anak cucu buka blog ni 20-30 tahun akan datang, anak cucu azah tahu, ooo ni la aktiviti umi abi / tokmi tok aku dulu ye. haa gitu.


korang kenal tak roti tempayan tu macam mana? haa ni rupa diaaa :P





azah order roti tempayan empat. satu keping roti tempayan kuah kari kambing untuk suami, dua keping roti tempayan kuah gulai ayam, satu keping roti tempayan kuah gulai ayam bungkus untuk ma azah. hihi. ma tak ikut sebab ma mengantuk awal malam tu. so kami laki bini je merempit ke pasir pekan makan roti tempayan ni. hihi. minuman yang kami order teh tarik dengan air limau suam je.



sesiapa yang nak datang ke kota bharu, azah recommend roti tempayan pasir pekan tumpat ni. sedap! roti besar, kuah pun sedap. rasa dulu baru tau macam mana ye! harga macam mana pulak? ni resitnya :





lapar ke? kihkih. jom makan roti tempayan pasir pekan ni. walaupun dah masukkan dalam peti, esoknya still lembut tau! sedappp sangat. jommm.



30 comments:

  1. Feveret saya jugak tu..pekena dengan kari kambing memang terangkat

    ReplyDelete
  2. Hana tak pernah merasa lagi roti tempayan ni! :3 btw, wahh! kemain sweet lagi ya parents kak Azah dolu2 ya ^^ heheh :')

    ReplyDelete
  3. Pernah nampak kedai nie... tapi tak pernah singgah... kedai makan di Kelantan, kebanyakkannya murah... tapi ada juga kedai di bandar KB tu yang lagi mahal dari KL....

    ReplyDelete
  4. bestnya! Tak pernah try lagi roti tempayan ni

    ReplyDelete
  5. sis Azah..nak roti tempayan jugak hehe

    ReplyDelete
  6. roti tempayan lebih kurang macam roti canai..

    namun lebih sihat kerana kurang berminyak...

    saya pernah makan sekali dua jelah

    ReplyDelete
  7. rupa dia macam roti naan ye.. adik beradik la kut

    ReplyDelete
  8. lama sungguh nak dapat makan roti tempayan...aaa best nya

    ReplyDelete
  9. terliurnya baca entry ni.tak pernah rasa roti tempayan baru first time dengar.boleh la berjalan ke sana nanti dah try.nampak sedapp !

    btw kita first time singgah blog entry sis terus follow hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sis. nnt azah followback yeee. hehehe. mai la kelantan boleh makan ni

      Delete
  10. terbaek.. harga pun berpatutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. murah je. kenyang pun kenyang jugak

      Delete
  11. rupa paras nyer aida peratikan mcm roti nan.
    ye ke, azah?
    aida memang minat roti nan. roti tempayan tak pernah makan lagi.
    dgn kari kambing.
    atau ayam tandoori. fullamak. sedap nyer, azah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mai kelantan nanti makan roti tempayan tau! hihi. azah tak pernah makan roti nan. so tatau camne rupa nan tu

      Delete