Misi Konvokesyen : Mencari Baju Batik di Bazaar Tok Guru Kota Bharu

assalamualaikum semua!


sabtu yang lalu, lepas azah berada di SINI, azah ke Bazaar Tok Guru Kota Bharu pula. missionnya? untuk settlekan barang-barang sempena konvokesyen, mencari baju kurung batik dan tudung soft grey. haha. punyalah satu pasar siti khadijah survey-survey tapi tak berkenan pun di hati kan :P so takpe, azah pun merempit laki bini ke Bazaar Tok Guru Kota Bharu. sebelum ke sana, azah singgah di Giant lama kota bharu berdekatan dengan pasar siti khadijah, misinya? untuk lunch tengahhari ada kedai famous ni. sedihnya, kedai famous tu hanya ada di Giant baru sahaja. so takpe, nanti azah cerita di entri lain ye.





Bazaar Tok Guru Kota Bharu ni memang azah dah biasa dah kawasannya. jalan-2 sempit "bergelewak" dengan orang ni, memang azah suka lah! haha. masuk laluan tu, keluar laluan tu. jumpa kedai pertama jual baju kurung, tapi bermanik pula. tiada yang corak batik kosong. so takpe, kita ke kedai lain pulak. pergi kedai kedua, cari tudung, alahai tak berminat pula. masuk kedai ketiga, jual jubah semua. masuk kedai keempat tiada tudung berkenan. masuk kedai kelima ALHAMDULILAH.


azah : "kak, baju kurung ni ada saiz tu sahaja ke? warna ada tu je ke?"
seller: "ye dik, warna dan saiz ni je, macam-2 saiz ada ni, saiz s ada, saiz m ada"
azah : "kalau warna merah ada tak kak?"
seller : "warna merah, jap ye"


2-3 minit mencari, alahai takde ke, mudahan ada lah. cari punya cari..



"nah dik, merah ni. cutting besar ni, sesuai dengan awak, try dulu." azah pun try punya try. eh muat pulak! hahahaa. saiz S tapi cutting okayla untuk saiz azah :P seolah ukuran tu memang dibuat untuk azah. hahaha. kenapa warna merah? sebab baju batik suami warna merah, so azah kena la match jugak dengan encik husband. haha. taknak kalah kan.




next cari tudung pulak. singgah situ sini semua tak berkenan. last2 guna jelah apa yang ada aci tak? hahaa. lepas jumpa baju kurung tu, jumpa pulak kedai jual pakaian budak. cari punya cari, terbekenan satu baju ni. terus beli untuk anak didik saya di taska. hiks. ahad nak bagi dia lah :) hadiah birthday dia belum bagi lagi kan.



so mission accomplished! baju kurung batik done! berapa harganya ye? rm70 sahaja tau! hiks. kalau beli kain pasang dalam rm50-rm60 , kalau beli baju kurung siap dah tambah sikit je duit. so azah dah malas dah nak hantar tailor, nak taknak, kita beli yang dah siap di kedai kan. mudah aje!lepas je beli, penat-penat. lapar pun lapar. haha. cuaca pun panas, singgah beli air di caltex, pastu kita pergi satu tempat pulak untuk makan-makan. kat mana? wait and see ya!


19 comments:

  1. hi, bw here and follow. follow me back :)

    ReplyDelete
  2. Bergelewak. Teringat dulu arwah emak pernah guna pkataan tu. Azah buat cikyan tringat kat arwah emak. Emak dlu org kelantan. Maksud dia apa azah? Dulu bila dia sebut kami tak paham. Kami adik beradik gelak2 je. Ni bila azah crita balik, jd rindu pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergelewak maksudnya "menyerabutkan diri di tempat orang ramai". hehe

      Delete
  3. Alhamdulillah.. mission kira complete lah kan? heheh :3

    ReplyDelete
  4. xde ker gambar baju batik? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde. ehehehe. suprise nnt konvo!

      Delete
  5. Samalah kita, baju raya pun beli siap..senang kerja, jimat pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. senang beli je skrg, tak payah fikir2 dah

      Delete
  6. woman and shopping.. tak leh berpisah

    ReplyDelete
  7. aida setuju la dgn azah. itu juga misi aida thn ni utk raya nanti tau.
    beli baju siap utk anak2.
    beli kain maybe da rm40 sorang. aida 2 anak.
    utk diorang maybe dlm 3 pasang.
    then upah jahit sepasang rm40. mak ai...
    itu yg thn ni, in shaa Allah cuti skola nak ke KL. jln2 GM klang. jln TAR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. skrg nak mudah beli je trus yang dah siap kan

      Delete
  8. lps ni tggl nk bergambar dgn baju baru je laa kn ;-)

    ReplyDelete
  9. Happy konvo kak azah. GV baru tahu mengenai Bazaar Tok Guru ini. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti GV singgah la bazaar TG ni bila mai kelantan. hihi

      Delete