Saya Kakak, Dia Adik?

Salam semua!



Haritu kan waktu azah ke program di office kedua azah, azah ada berkenalan dengan seorang rakan sepasukan dengan azah. dah kenal kenal, jadi rapat. so lepas program, sebelum balik, sempat la makan makan bersama kan. dah kenal, why not kita bertukar profile facebook kan. azah sepesen yang kawan facebook azah semua kenalan azah jadi azah minta maaf ye kalau ada rakan blogger yang azah tak approve tu :) 




bila dah dia buka profile azah, dia macam terkedu kejap, azah tanya kenapa. dia pun cakap 


dia: facebook azah yang study kolej profesional mara indera mahkota tu ke?
azah: ye, add lah
dia: ni siapa lelaki ni? adik azah ke?
azah: adik? alamak! tu suami azah la. hehe
dia: laa yeke? suami? eh nampak mudanya, umur berapa ni?
azah: ye suami, hehe. azah kahwin awal, umur **.
dia: laa nampak macam adik azah je



sobs sobs. ramai rupanya yang berprangsangka camtu. haha. adoi laa. yelah kan, suami azah ni macam muka budak-budak sikit. so no wonder la orang ingat dia umur muda 5-6 tahun dari usia sebenar. rakan sekerja azah pun kata dia umur 25 26 macam tu. adoiii. haha. waktu kahwin lagi lah, bila azah tunjuk azah duduk dengan dia atas pelamin, semua orang cakap azah dengan dia sebaya! hahaha.



adoi sabar jelah kan. takpelah sekurangnya orang nampak kita serasi sebab orang ingat kita sebaya. dia muka budak, azah muka matang sikit. so orang tak terkejut la bila azah bagitahu azah umur 22 tapi dah kahwin sebab muka matangnya azah ni. haha. 


29 comments:

  1. Hehe...alhamdulillah..yang utama sama-sama bangunkan rumahtangga agar sentiasa dilimpahi kasih syg Allah SWT.

    ReplyDelete
  2. Bukan sebaya? Wahh Mai pun ingat korang sebaya tau... Awet muda ni... Hihihi.

    ReplyDelete
  3. Haha..terbalik kes saya. Cikgu tuisyen tempat saya mengajar dulu ingat ayah yang datang hantar saya, padahal dia tu suami saya. Penat gelak time tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkehkeh. kenangan manis gittewww

      Delete
  4. wahhh, untung awet muda.. lambat tua.. hehehe

    ReplyDelete
  5. hehehe
    okay lah tu
    mesti si suami bangga orang kata dia muda
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa. kembang hidung dia nanti

      Delete
  6. samalah, kalau husband akk tak de misai mmg org ingat dia muda lagi dr akk...kalau ada misai baru nampak matang sket

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. ha ah kan. kalau ada misai baru nampak matang skit

      Delete
  7. suka makan ulam ka yang awet muda sangat ni hihih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. dia pengemar ulam ulaman. haha

      Delete
  8. sik baik x termengorat heheheh

    ReplyDelete
  9. hihi adik dengan kakak, serasi sebab muka sama. hahahaha

    ReplyDelete
  10. hahahaha ingatkan sebaya masa tengok gambar suami azah. Awet muda nampaknya suami azah ni :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. tak sebaya laa sis :D

      Delete
  11. Sweetlah ada husband muka baby face heheh :3 alah kak Azah pun 2 kali 5 baby face jugak haha ^^ hashtag till jannah!! >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha hamboiii dik hana. td dik!

      Delete
  12. GV pun ingat akak dan husband sebaya. huhu. Takpe, yang penting sentiasa bahagia dan ceria. Giteww kak. hihi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkeh. betul. yang pntg kena sentiasa bahagia dan ceria kann

      Delete
  13. mcm adik beradik tu erti nya sehati sejiwa :)
    adik ke, kakak ke, janji bahagia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis. janji bahagia kan. hiks

      Delete