Cara Menaiki Kapal Terbang (Domestik) ke KLIA2

assalamualaikum semua.



kalini azah nak share dengan korang macam mana prosedur, tips, asas nak menaiki kapal terbang. azah tahu bukan semua familiar dengan cara menaiki kapal terbang ni kan. lebih2 lagi yang pertama kali menaiki kapal terbang macam azah. hiks. so lets check it out ~







bila kita dah sampai airport, kita tengok dulu skrin biru bahagian departure (perlepasan) ni. tengok masa, flight apa, sampai mana, and ETD bila. ETD ni waktu flight bergerak. sebelah ETD ada remark. kalau remark dah CHECK IN, tu maksudnya korang dah kena cepat2 check in jumpa kastam untuk scan diri dan scan hand carry luggage.



memandangkan azah hanya hand carry luggage ke cabin sahaja, so azah tak perlu dah timbang luggage dan check in bagasi. jadi part tu kita skip! nanti bila azah ada pengalaman timbang luggage, azah akan share pulak caranya. hehe.



tips scan diri & beg :

1. masukkan segala peralatan handphone, tali pinggang, jam (mostly barangan besi) ke dalam bekas. **pastikan poket kosong. nak mudah, satukan je barang husband masuk dalam beg tangan wife.
2. tolak hand carry luggage sampai beg automatically gerak
3. pamerkan IC dan boarding pass pada kastam bertugas
4. lalu ikut scanner
5. andai bunyi "bibps", diri kita akan diperiksa kastam. kalau passenger perempuan, dont worry ada kastam perempuan akan check. kalau lelaki, kastam lelaki akan check.
6. kalau dah settle, ambil beg pakaian dan barangan tadi. yay siap satu step :)


bila dah siap check in dan scan beg, kita akan ke ruang perlepasan. tunggu la sehingga gate anda dibuka ye :D lepas gate dibuka, beratur. pastikan IC dan boarding pass masih di tangan anda tau! sebab sebelum menaiki pesawat, sekali lagi IC dan boarding pass akan diperiksa. bila dah siap semua, kita akan menuju ke pesawat dan ambil tempat masing-masing. haa simple je kan? macam mana nak tahu gate dibuka? di skrin biru tadi akan remark pula, GATE OPENED.



ni ruang perlepasan di Airport Pengkalan Chepa, Kota Bharu (KBR) Kelantan. azah pergi bertiga dengan mak. azah dengan husband baru pertama kali naik pesawat. haha. mak azah dah banyak kali dah sebab pergi umrah dan pergi mekah kan. pergi KL pun kadang2 mak naik pesawat. azah familiar dengan bas je. kihkih.



beratur2 flight dah menunggu di luar sana. hiks :D masuk gate dan duduk dalam pesawat. yay.



bestnya air asia ni, sebelum berlepas, anak kapal akan 3-4x double check sama ada passenger dah cukup atau belum. berulang kali azah tengok anak kapal ke hulu hilir mengira passenger. bila dah ready semua, anak kapal akan tunjukkan langkah keselamatan ketika berada dalam pesawat.  macam-macam lah kita akan belajar. cara pakai pelampung keselamatan, cara selamatkan diri dan macam-macam lagi lah.



bila dah sampai sana, kita akan turun macam biasa. ikut je macam orang ramai-2. KLIA2 ni jauh juga berjalan tau. so, bagi mak mak yang dah sakit lutut baik kita ambil kerusi roda je. azah anggar dari tempat turun pesawat hingga ke tempat pick up penumpang, lebih kurang 20 minit juga berjalan. lebih kurang 1km ke 2km :)



haa, azah harap korang nampak la serba sikit perjalanan naik kapal ni ye. apa-apa nak ditanya, tanya je. in shaa Allah azah jawab nanti. hehe.





No comments