Hari Terakhir Sebagai Pembantu Taska

Assalamualaikum semua.


seminggu menghilang. post pun tak sempat update. seminggu busy menghabiskan sisa-sisa masa dengan orang yang tersayang. ye, setelah 3 bulan bekerja di TMD, banyak pengalaman yang azah peroleh. jadi sementara seminggu yang azah ada di TMD, azah wajib menghabiskan masa sebaik yang mungkin.




sayang nak meninggalkan tapi azah kena juga tinggalkan sebab nak grab peluang yang sekali seumur hidup je datang. bukan azah pentingkan diri tapi ada lagi yang lebih baik dari segi gaji, dari segi etika, dan juga semestinya ikut bidang azah.



sekarang pun dah start rindu. hehe. takpelah, sebagai kenangan bersama dengan anak-anak taska, azah ada photobookkan gambar kami. hihi. dalam kenangan la katakann. 3 bulan bukannya kejap. lama juga berkhidmat menabur bakti di situ :)



pengalaman sebagai pembantu taska?


SERONOK! sebab azah belajar banyak perkara di situ. macam mana nak jaga baby. macam mana nak mandikan baby, makankan baby, pakaikan baju baby, macam mana nak didik anak, Allah uji kesabaran azah banyak sangat kat situ. yela kan, budak nak membesar banyak peel dan perangainya. yang susah makan ubat, yang suka buat bising bila adik tidur, yang susah nak mandi, haha. macam macam!



banyak yang azah belajar. syukur. sekurangnya 3 bulan azah bawa banyak kenangan dan tentunya ada juga pengalaman pahit. azah doakan anak anak di TMD sentiasa bambam dan takkan pernah lupa pada teacher azah dia yang sorang ni :)




7 comments:

  1. mesti anak-anak rindukan teacher azah yang awesome ni :D

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, akan jadi satu kenangan manis buat Azah kan? seronok tengok wajah anak-anak yang tak berdosa. suci dan lurus je

    ReplyDelete
  3. At least Azah dapat pengalaman jaga baby and esok-esok boleh praktik time jaga anak sendiri

    ReplyDelete
  4. Wahh, selamat memulakan hidup baru :)

    ReplyDelete
  5. Good luck untuk next plan kak Azah!! ^^ Semoga Allah permudah...

    ReplyDelete
  6. Memanggg! Dah pernah merasa dulu jaga budak-budak sampai tak menang tangan dibuatnya tapi best bila tengok diorang happy dengan kita kan azah :D

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan urusan Azah :)

    ReplyDelete