Kisah Kematian Abe @ Johny #JohnyTheCat

assalamualaikum semua.



di entri INI, azah dah janji kan nak kongsikan kisah macam mana pengakhiran kucing setia dengan azah selama 6 tahun ni. sedih memang sedih tapi nak buat macam mana, lumrah kehidupan, setiap yang hidup pasti akan pergi kan :')





azah dapat abe ni dari jiran nenek azah. azah start bela abe waktu azah di sekolah menengah tahun 2010. time tu azah form 2. abe ni baka kampung kacukan dengan apa tatau la sebab ekor abe memang bulu lembut sangat. nak katakan persian tak juga kot. tapi abe ni memang istimewa sangat dalam family kami. 



abe ni sempat hidup dengan azah waktu kami dilanda banjir besar bah kuning 2014 yang lalu. azah ingat lagi, abe meninggal sebab sakit tua. pagi azah nak bertolak balik kelantan dari kolej profesional mara indera mahkota, kuantan pahang, azah call mak nak bagitahu yang azah dah nak bertolak. lepas tu, dalam sebak ma terus bagitahu abe dah sakit sakit dah, tak lalu nak makan. 



maghrib hari yang sama, azah sampai. sempat jumpa abe. azah usap kepala dia, azah bagitahu "abe, kalau abe nak pergi, abe pergi lah molek, aku mintak maaf kalau ada salah silap dengan abe". time tu memang nampak sakitnya dia hadapi sakaratul maut :'( azah tahan sebak. dengan lemah, abe sempat gesel kepala dekat tangan azah. abe kuatkan semangat tunggu dari pagi sebab nak jumpa azah malam tu. azah tahu tu. setianya abe dengan azah. abe ingat kat azah. yelah waktu azah duduk rumah, kami ni tidur sebantal. makan sekali, mandi pun azah mandikan abe. azah peluk cium hidung dia :( banyak kenangan kami bersama. huhu. menaip ni pun menitis air mata.




nampak je abe dah saat akhir, azah tinggal abe. tak sanggup tengok abe sakit-sakit lagi dah. pukul 11 malam, azah tengok keadaan abe, abe dah keras, abe dah takde. Allah. sedih sangat. menangis teruk azah malam tu :( Allah. banyak kenangan kita abe. terlalu banyak.... nampak ada titisan air mata di kawasan mata abe... Allah. sedihnya.




akhirnya abe telah pergi. pagi esoknya di bawah rimbunan embun, abe ditanam di belakang rumah. berehatlah abe. banyak kenangan kita abe. terlalu banyak. terima kasih atas segalanya abe. terima kasih........





12 comments:

  1. comelnya. dah sampai ajal dia. sabar eeh. beli anak kusing parsi lak la lepas ni hehe

    ReplyDelete
  2. sedihnya. kami sekeluarga memang suka kucing. bila kucing mati, arwah abah akan telefon semua anak-anak bagitahu pasal tu. lepas tu semua nangis

    ReplyDelete
  3. Sobs.. sobs.. sobs.. sedihnya sebab cat are family too

    ReplyDelete
    Replies
    1. betull. part of our family kan

      Delete
  4. Sebab tu la kadang-kadang tak nak bela kucing... tapi teman bela jugak... memang la sedih, bila kucing kita mati... Nak buat macam mana kan...? Dah itu lumrah kehidupan... Moga roh kuncing tu di tempatkan kat di tempat yang terbaik untuk dia... ammin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis. lumrah kehidupan. nak tknak terima ajelah kan

      Delete
  5. kesian.. wpun ejulz x suka kucing tp kesian kalau tgk dia minta makanan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. kesian sgt bila tgok muka comel dorang minta makanan

      Delete
  6. Comelnya Abe.. Sampai dah masa abe..

    ReplyDelete