Makan Malam Roti Nan Ayam Tandoori

Assalamualaikum semua.


rabu malam lepas, sempat la keluar merayau dengan husband. husband teringin nak makan ayam tandoori kedai mamak dekat dengan rumah abang azah. memandangkan rumah abang azah dekat dengan PICC , jadi kami decide untuk tumpang rumah abang je. hehe.



malam tu, sambil hirup udara segar, boleh la jalan-jalan cari makan kan. haha. sebab cik abang mengidam sangat, kita turutkan jela keinginan cik abang sayang tu. sampai kedai mamak, order roti nan biasa dua. ayam tandoori dua. laici ais dan teh tarik untuk minuman.





lebih kurang 10minit sampai la ayam tandoori kami. kuikui. sampai kuah kacang dhal, kuah kari putih pedas, ayam merah merah sikit, roti nan. urm dah nama orang kampung datang bandar terus terdetik, "b, nak makan macam mana ni? haha. pelik sangat makanannya, nak cicah dengan apa ni? yang ni untuk apa, yang bawang sekali dengan timun ayam nak cicah macam mana?" haha





pastu pikir punya fikir, mungkin cara makan. "ambil ayam tandoori, gulung dengan roti naan cicah dengan kuah dhal ni la kot" haha. sampai ke sudah kami makan dengan cara macam tu. suami cicah jugak dengan kuah putih tu. azah hanya mampu berhuhu jela sebab nampak macam pedas. haha. suami telan je makanan. azah makan slow slow je sebab tekak azah takleh terima roti naan macam ni. aduyaii. bila nak bayar tu, fuuuuuuuuuuu rm22 kauu makan benda simple je. haha. takpelah, asal lepas mengidam tekak suami saya ni ye :D




baru azah tahu roti naan ni macam roti tempayan kan :P haha. korang dah makan ke roti naan dgn ayam tandoori ni? boleh in tak dengan tekak korang? hihi



14 comments:

  1. Saya kalau pi mamak biasa order roti nan cheese. Kalau nak makan ayam tandori, order ayam je. Taktau pulak makan roti nan tu bungkus sekali dengan ayam tandori. Bukan peminat mamak la katakan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak. yekee. azah pun tatau sis sebab first time jugak tu makan. haha

      Delete
  2. Rasa zumal ayam tandoori tu ada kuah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah ada kuah tapi azah tatau cara makan. haha

      Delete
  3. wow,,,lama betul ain tak makan nan ngan ayam tandori...craving plak rse.hehhee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah craving, kena cari cepat2. hehe

      Delete
  4. dulu pernah makan dengan arwah abah, lepas tu xpernah makan dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. azah pun sekali ni je makan. lepas ni xkot. tak in dah dengan tekak

      Delete
  5. Bestnya , ida x pernah lagi makan cam tu. Mesti sedap ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tekak azah tak in sangat. hihi. kalau orang lain tatau la camna

      Delete
  6. wowww.. terbaek.. nampak sedap..

    ReplyDelete
  7. Kalau pg mamak mmg slalu order cheese nan tandoori

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau in boleh la. hehe. ngan azah, tak boleh in sgt :D

      Delete