Pengalaman Pertama Naik Kapal Terbang Malaysia Airlines (MAS)

assalamualaikum semua.


azah dah selesai konvo. yay! so tibalah masa untuk balik. kalau pergi ke KL dengan AirAsia, jemput baca di SINI, balik ke kelantan pula azah balik dengan penerbangan MAS. teringin ingin mencuba apa yang specialnya MAS ni kan. hehe. biasanya kita dengar mulut orang je, kalini kita pula yang merasai sendiri.




untuk penerbangan balik, abang azah yang bookkan. kebetulan ada tiket murah, terus abang tempah. pagi jumaat bertolak pulang la kami. seawal pukul 4 pagi kami dah bangun. siapkan diri dan kemas barang. memandangkan azah duduk di kajang, dan perjalanan ke KLIA (1) mengambil masa lebih kurang sejam, so pukul 5 kami bertolak ke sana. masuk je subuh, berhenti kejap di stesen petronas untuk solat subuh. pukul 6 lebih sampai di airport dah.



belum check in lagi. duduk dulu tinjau KLIA ni macam mana la kan. haha. tu kali kedua rasanya ke sana. kali pertama dulu seingatnya jemput mak balik dari tanah suci mekah :D dalam pukul 7 macam tu, abang azah daftarkan mak untuk ambil wheelchair sebab nak ke gate B11 sangat jauh. mak azah kan sakit lutut dah. so ayuhlah kita daftarkan wheelchair je



sampai ke kaunter MAS, abang azah request nak wheelchair. dokumen yang diperlukan untuk request wheelchair :

1. boarding pass
2. kad pengenalan pelanggan


then serahkan je pada staff MAS. dia akan uruskan. tang ting tang tung ting, siap. nanti tiket akan diprintkan baru beserta dengan caption di bawah tiket "WCHR" maksudnya wheelchair. sampai situ je abang azah hantarkan. salam-salam dengan abang, so yukk kita check in. macam biasa, sediakan boarding pass dan kad pengenalan diri. prosedurnya sama macam di SINI. klik je SINI ye. azah ada share cara menaiki kapal terbang. hehee




orang yang menolak mak azah pakai baju purple tu ialah staff MAS. bestnya MAS ni sebab staff MAS akan tolak start dari kaunternya sampailah ke pintu flight. kalau flight belum sampai lagi, dia akan tunggu jugak. haa best tak? lagi BEST bila sampai ke destinasi kita pun akan ada staff MAS yang akan jemput mak di pintu flight tau. hihi. macam anak raja layanannyaaa :D







okay, bila dah check in. maka berjalan lah kita ke tempat perlepasan pesawat. waktu azah check in tu masih awal lagi, flight dah ada, mungkin tengah prepare apa yang patut kan. so dalam pukul 8 macam tu kami dah dibenarkan masuk. bestnya lagi, mak yang pakai wheelchair ni didahulukan. bukan setakat mak, azah dan suami pun dibenarkan masuk awal. macam biasa, boarding pass dan IC sediakan siap-siap ye.




masuk je flight tu, pramugari akan sambut dan akan bawa kami ke tempat duduk kami. sambil-2 tu ada la jugak berbual kan. hihi. bagus staff MAS ni, layanan sangat mesra. tung tang tung tang, dalam perjalanan, ada disediakan orange jus dan kacang. uish sedap! azah pun sempat ke toilet. hehe. tiba-tiba rasa nak buang air pulak la kan, jadi sempat la merasa macam mana nak guna toilet pesawat ni. kihkih. malas nak cerita, nanti korang dapat la rasa macam mana ye :P






naik pesawat pagi boleh la nampak awan yang sangat cantik. subhanallah, indahnya kurniaan Allah kan. cantik sangat ciptaan Allah. nilah ciptaan yang nak sangat azah tengok. tengok awan dengan jarak dekat depan mata sendiri. alhamdulilah, that day, Allah izinkan tengok. alhamdulilah alhamdulilah.



sepanjang perjalanan jugak, MAS ada bekalkan mini televisyen dan ada tempat USB port. kihkih. so rasanya boleh kot cas handphone atas pesawat. hehe. mini televisyen ni ada disediakan macam-macam movie. tinggal tengok dan pilih je :D






sambil makan kacang sambil tengok movie kann. haha. rasanya tu jelah kot pengalaman yang boleh azah ceritakan. hihi :D  cakap kat mak, "bestnya naik flight ni. nak naik lagi boleh tak?" hahaha :D suami pun cakap, "takpe, kita pergi umrah kan naik flight jugak." yay. tak sabarnya. mudahan urusan nak ke tanah suci mekah dipermudahkan. doakan azah tau mudahan dapat la menjejakkan kaki ke tanah suci mekah. amin amin ya rabbal alamiin



jumpa nanti ye korang. hiks. thanks for reading.




10 comments:

  1. MAS belum penah cuba sejak kes mh370 tu. selalu naik air asia aja

    ReplyDelete
    Replies
    1. azah pun kali pertama tu naik mas. hehe

      Delete
  2. Kikikiki... nice entry... and tahniah juga atas graduation tu....😋

    ReplyDelete
  3. bagus jugak service MAS ni ye, tak pernah naik selain Air Asia tu pun dah lama dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup walau sekejap dah sediakan makanan :D

      Delete
  4. aida sekali aje naik MAS.
    gi balik langkawi tahun 2010 dgn famili.
    thereafter naik AA aje, azah.
    kacang tu nice. i like.
    teringat. masa tu anak buah aida suka sgt kacang tu.
    minta sepeket demi sepeket dari sorang pramugara.
    bila da sampai KLIA, nak turun... pramugara tu kasik 1 plastik besar kacang tau :) ha ha ha
    ada la lebih dari 50 peket kacang tau, azah.
    hadoi lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuyoooo. memang kacang diaa sedap yg teramat. mcm xckup je satu. haha

      Delete
  5. Tak pernah naik sebab takut dan gayat. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. azah pun mula2nya gayat but i can avoid that. haha. fokus je pada kecantikan awannn :D

      Delete