Resepi : Ikan Tongkol Singgang Versi Kelantan

Assalamualaikum semua!



minggu lepas, tekak rasa nak makan ikan tongkol AKA ikan aya masak singgang versi kelantan lah. adoiii. kalau dah teringin sangat, nak taknak kena buat jugak kan! hahaa. so jom ikut chef Azah masuk dapur. kihkih. sekejap je dah siap satu hidangan! boleh la jamu pada anak-anak taska kan memandangkan azah ni tukang masak juga di taska. hehee. jom kita tengok apa bahannya dan kaedah masakannya.





Bahan-bahan:

1 ekor ikan tongkol
100 ml air @ tenggelam ikan tongkol
1 cubit garam secubit
2 keping asam gelugor @ asam keping
6 ulas bawang putih(diketuk)
2 ulas bawang merah (sederhana besar)
1 sudu gula
1 inch lengkuas
1 inch kunyit hidup 1 inci @ 1/2 sudu makan kunyit debu
2 inch carrot (potong dadu) *optional


Cara-cara:

1. Didihkan 100ml air
2. Masukkan asam keping, bawang putih, bawang merah, lengkuas, kunyit ke dalam air 100ml air mendidih
3. Bila bahan dah sebati, masukkan ikan aya @ ikan tongkol
4. Masukkan carrot 10 minit sebelum api ditutup
5. Bila ikan dah hampir masak dan carrot hampir empuk, tambahkan gula dan garam secukup rasa
6. Siap dihidangkan dengan nasi panas


*kunyit hidup takde pula dalam peti di taska, so tawakal je guna kunyit debu tapi sikit je tau. asalkan jadi kuning je. jangan banyak2 sangat nanti tak sedap di lidah



Haa mudah je kan? menambah 3-4 kali jugaklah anak-anak taska azah makan. haha. sedapnya di kuah je. ikan aye sikit je anak-anak taska makan, selebihnya cikgu-cikgu la yang perabiskan. hehee. boleh dijamu makan tengahhari.



so jom rajinkan diri masuk dapur dan masak! masak ni senang je tau. hehe




7 comments:

  1. Wahh isteri mithali sangat kak Azah ni hehe >_<
    .
    Thanks for the ressipi <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehkeh. takdela mithali pun dik

      Delete
  2. Sedapnya menu.. Sha suka ikan tongkol ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh kann sis kan. fav azah juga nii

      Delete
  3. sekitar tahun 2016-2017, asben aida byk keje ke kelantan tau, azah.
    so masa tu kami byk naik kelantan folo dia.
    masa tu la kami terpikat dgn kelantan dan makanan nyer.
    budu.
    singgang kelantan.
    maggi ketam.
    aida pernah buat singgang kelantan ni.
    resepi aida dpt dari kedai makan :) ha ha ha ha

    ReplyDelete