Tips Packing Pakaian Travel Untuk Lelaki

assalamualaikum semua!


harini azah nak share sedikit tips packing pakaian lelaki bila travel. yela kan, bila dah jadi isteri ni, kita la kan yang kena lari sana sini siapkan keperluan suami. kita juga la kena fikir apa baju suami aku nak pakai ek. seluar jeans matching yang mana ek. seluar tiga suku penting ke eh. underwear nak bawa banyak mana ek. haa seriously rumit tau!



azah pulak baru belajar. bukan untuk sorang azah fikir pasal pakaian ni tau. untuk 3 orang sekaligus. haha. untuk azah sendiri, mak dan suami. phew. bukan mudah yang disangkakan okay. contohnya kita boleh tengok musim perayaan lah kan, see, kekadang isteri dan mak mak ni hampir nak bawa balik almari tau! haha. hebat tak pemikiran kami :P






memandangkan azah ke sana selama 4 hari. start selasa sampai jumaat, so azah asingkan dulu mana baju jalan-jalan, mana baju tidur, mana baju untuk solat, mana baju harian biasa. bukannya mudah tau nak packing baju lelaki ni. haha. tambah2 ni kali pertama bercuti dengan dia, so segala persiapan di hari kemudian tu dah kena fikir awal-awal dah. haha


jadi untuk 4 hari bercuti, azah sediakan:

  • 1 helai kemeja untuk majlis konvokesyen
  • 3 helai baju tshirt berkolar (naik turun flight, jalan-2)
  • 1 helai seluar jeans 
  • 1 helai slack
  • 2 helai seluar 3 suku
  • 2 helai tshirt lengan pendek 
  • berus gigi
  • kit pencuci muka cetaphil
  • tuala mandi
  • kopiah 
  • baju panas




barang lelaki ni senang je sebenarnya. terkadang tu, seluar diaorang pula boleh diulang berkali. tu jela kot. kalau ikutkan simple je barangan lelaki ni. hihi. terpulang pada kita antara nak tolong kemaskan atau tak :P mungkin ada lelaki yang tak setuju dengan azah tapi azah nak cakap jugak, SUPERWOMAN kan kita ni. haha.



tips packing pakaian travel untuk lelaki ni tak banyak sangat tapi apa yang boleh azah simpulkan

1. biar sederhana sebab tak sempat pakai pun bawa banyak-2 baju
2. seluar lelaki boleh diulang, jadi limitkan bilangan seluar
3. waktu nak packing, gulung je boleh jimatkan ruang dalam beg pakaian
4. lagi bagus, matchingkan terus baju dan seluar yang nak dipakai dalam satu gulungan
5. macam tuala tu, guna satu je untuk suami isteri. kan sharing is caring :P



rasanya tu je tips dia. selamat beramal! :D



6 comments:

  1. ha'ahhh memang! Kalau tengok dia pergi travel bag kemain kecik rupanya repeat baju

    ReplyDelete
  2. terbaek.. wife ejulz dah guna cara ni.. hehe

    Terima kasih kerana sudi singgah di teratak kecil ejulz yang x seberapa :)
    1. Senarai Pengomen Tegar APRIL 2018

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya bukan saja cara packing tetapi material pakaian juga penting dan mempengaruhi ruang beg jika kita bergerak jauh dan lama

    ReplyDelete
  4. Good info... CM jalan sini & done follow jugak... 😊

    ReplyDelete
  5. Samalah kita, sharing towel boleh jimat ruang :D

    ReplyDelete
  6. Betul la tu, lelaki selalu ulang pakai seluar yang sama pun tak pe... Baju je kena lebih...

    ReplyDelete