Dinner di Restoran Wong Solo Bangi

assalamualaikum semua!



waktu azah di KL waktu konvo haritu, kami sempat la ke restoran wong solo bangi untuk makan malam. sekali sekala kumpul satu family kan. tu pun ada lagi tak cukup. haha. nak buat macam mana adik beradik ramai. tak termasuk kakak ipar dan anak saudara lagi :P



kami sampai sana dalam pukul 10. last ambil tempahan makanan pukul 1030. cepat2 kami order set surabaya. rating makanan? BEST GILA. sedap sangat~! walaupun ada sepinggan "gado-gado" tak sempat habiskan tapi majoriti makan lain, tinggal pinggan je. hahaa



bestnya kat sini, harga MURAH, lauk pulak SEDAP.



dan apa yang bestnya, disebabkan kami ni pelanggan nak close kedai dah, kami sempat mendengar alunan para pekerja dan bos mereka mengaji al quran. lebih kurang 1040 macam tu, seorang lelaki berpakaian jubah datang ke kedai. kami syak tu owner wong solo. dia panggil staff-staff dia dan semua keluarkan al quran. Allah Allah. selama azah hidup 22 tahun ni, belum pernah lagi ada kedai yang mewajibkan bacaan al quran sebelum balik ke rumah. belum. pernah. lagi. ni kali pertama kami sekeluarga tengok restoran macam tu.



salute! puji! bagusnya owner menjaga "pendidikan agama" staffnya. bagus sangat.


apa-apa pun jomm check it out gambar dulu ~~







seeee. tergoda tak? hahaha. memang sedap sangat-sangat. dalam lauk tu, lauk ayam belum sampai lagi. masing-masing dah lapar kann. hehe. sampai je ayam, tak sempat ambil gambar dah terus makan tanpa toleh orang tepi. haha. 



azah betul2 recommend tempat ni. best! sesiapa yang nak juga merasa lauk-lauk dari jawa, boleh la ke restorang wong solo yang berdekatan ye. just waze je. in shaa Allah jumpa nanti tempatnya. selamat menjamu!




No comments