Selamat Hari Guru, Teacher Azah!

assalamualaikum semua!


salam terawih. macam mana terawih malam ni? on ke tak on? hehe. esok dah puasa dah kita. mudahan puasa tahun ni, puasa yang terbaik ya!





cerita pasal 16 may, bibir kita tak lekang dari hari guru hari guru. ya 16 may setiap tahun adalah sambutan hari guru. selamat hari guru, cikgu! di sekolah azah mengajar, setiap hari ada perhimpunan untuk membaca al quran. tadi selepas bacaan al quran, pengawas sekolah mewakili semua murid mengucapkan selamat hari guru untuk semua murrabi dan murrabiah =)


perasaan?


sangat lain macam sebab 17 tahun kita berada dalam alam persekolahan. sekarang kita sendiri yang ada di depan, sebaris dengan guru-guru yang jauh lebih hebat dari kita. hehe. segan sangat rasa :)) habis je perhimpunan, jumpa je student student pakat dok ucap selamat hari guru, happy teacher's day :) kita hanya mampu senyum dan ucap thanks jela.


bukan hadiah yang cikgu minta, cukup la sekadar doa seorang student dan kejayaan subjek yang cikgu ajar. *dan dan sebak

in shaa Allah, sambutan hari guru, pengetua cakap akan dibuat lepas raya memandangkan sekarang dah masuk musim adik-adik ujian pertengahan tahun. cikgu dan teacher dia nilah yang nervous students nak exam. haha. harapnya semua boleh jawab dengan jayanya. amin amin ya rabbal alamiin.




4 comments:

  1. selamat hari guru.. lambat wish.. hehe

    ReplyDelete
  2. Happy Teacher's Day, Azah.. Mengajar elok-elok, banyakkan bersabar dengan student

    ReplyDelete