Tips Perkahwinan Khusus Bakal Pengantin

salam semua.


okay, janji ni last cerita berkaitan perkahwinan azah. hihi. azah kan dah melalui saat-saat kahwin ni. jadinya azah nak berkongsi dengan semua antara tips-tips yang boleh bride to be (BTB) amalkan sebelum melangkah ke alam perkahwinan ye :)


1. Perbaiki diri

first thing first. kita kena perbaiki diri kita dahulu. jadi suami/isteri ni bukanlah semudah yang kita sangkakan. menggalas tanggungjawab suami/isteri ni sangatlah berat tau. tugas suami? banyak! salah satunya azah nak sentuh bab dosa pahala. ingatlah isteri dan bakal isteri, segala apa yang kita lakukan, kena dapatkan redha dari suami dahulu. apa-apa pun, kena tanya pendapat suami, kena dulu mintak izin dari suami sebab kalau lah kita buat "sesuatu" di luar pengetahuan suami, dan "sesuatu" tu melibatkan dosa. kesian suami kita. kena tanggung dosa kita tu tau. azah pun bukanlah baik sangat pun tapi azah cuba untuk jadi baik sebab azah nak ringankan suami. kesian suami. kalau kita buat dosa, suami yang tanggung. ingat balik apa maksud "aku terima nikahnya". haa maksudnya apa? maksudnya "seusai aku nikah dengan dia, aku bertangggungjawab atas segala apa yang dia lakukan, aku kena tegur dia, aku kena didik dia jadi baik, aku akan bertanggungjawab segalanya". tengok, bukan senang nak jadi suami. isteri pulak. dah perbaiki ke diri? dah perbaiki ke diri untuk ringankan beban suami? tepuk dada tanya selera ;)


2. Tanya diri - ready atau tak?

orang lain kahwin, kita pun nak kahwin jugak. orang lain dah ada anak ramai, kita pun nak anak jugak. orang lain sweet sweet kat media, kita pun nak sweet sweet jugak. cuba dulu tanya diri, ready atau tak? dah ready ke belum? sebab kahwin ni bukan benda yang boleh dibuat main-main. bukan benda yang harini kahwin, esok tak kahwin. eh no no no. kahwin is a thing that you will face everyday. seronok kahwin ni. seronok tapi dalam seronok ada benda yang akan menyebabkan ketidakseronokkan itu :)



3. Pilih bridal yang sesuai dengan budget

bridal ni element penting dalam perkahwinan. ikutlah budget anda berapa pun. sebelum buat keputusan survey dulu bridal ni okay ke tak. perjanjian macam mana. baju macam mana. fitting baju bila. tengok pelamin bila. pasang pelamin bila. macam azah. bridal azah okay. menjadi jugak la pelamin di rumah azah tu TAPI lambat pasang pelamin. azah akad nikah tengahhari, pelamin dipasangkan sebelah paginya. waktu azah berinai tak sempat bergambar atas pelamin. apakan daya. azah nikah hari ahad. katanya paling lewat nak pasang pelamin pada hari sabtu, paling awal hari khamis. dari khamis jumaat sabtu azah dok whatsapp tapi dibluetickkan sahaja dan kalau balas pun macam nak taknak. bridal ke macam tu? duit nak cepat tapi pengurusan low. huhu.


gigih counting down bila nak kahwin. HAHA


4. Pilih tukang makeup yang berpengalaman

make up ni penting dalam majlis kita. pengantin haruslah berseri di hari makeup. jangan jadi macam azah, makeup macam hantu. huhu.sebelum korang hire tukang makeup tu, korang tengok dulu review tukang makeup tu. tengok dulu cara andaman dia. tengok dulu cara dia pakaikan tudung dan lain lain. jangan terus dengar si A cakap makeup si B ni lawa. terus korang hire si B. no no no eh! jangan jadi macam azah. kena review dulu tukang makeup tu macam mana ye :) harga? of course la cari harga berpatutan. seriously azah cakap waktu azah mencari tukang makeup dulu, survey survey harga semua rm150 ke atas tauu. so kena pilih yang betul2 boleh makeup terutamanya makeup dalam keadaan rushing sebab majlis kahwin ni terkadang rushingg. kalau boleh tukang makeup yang lemah lembut tapi nak dalam masa singkat, alamaknya tak kahwin la kite kan. huhu.



5. Masa perjalanan diatur dengan baik

kita bridal to be sebolehnya kita lah yang tentukan masa perjalanan sebab tu hari bahagia kita. janganlah pula ada orang lain yang tiba-tiba masuk campur ubah jadual dia sesuka hati. im talk with my own experience. sangat letih dan sangat kecewa dengan tiba tiba orang lain pun interrupting kita punya schedule. nak interrupt boleh tapi jangan la nak menangkan pihak dia pulak. bridal pulak kena ambil that as second choice, azah bukan nak ajar jangan dengar pendapat orang lain. NO. tapi as a bridal, ambil dulu pendapat orang tu, kalau ok, go on. kalau tak ok, explain baik-baik. sebab azah pun main ikut kepala orang je, see majlis hantar menantu azah macam dah majlis hantar hantu. huhu



rasanya tu ajelah kot. in shaa Allah, azah doakan moga moga majlis perkahwinan kalian berjalan dengan lancar. dah masuk musim kahwin pulak kan sekarang. sekarang trend, tak kira cuti sekolah atau tak, mesti ada je walimah. hihi. ni hujung bulan, dua tiga orang kawan dan saudara azah yang kahwin. lepas raya, dah 3 orang kawan yang kahwin. fuhhh. mudahan ada perut untuk makan nasi kenduri nanti. haha.



KAHWIN MEMANG MUDAH TAPI JANGAN AMBIL MUDAH. SAYA KAHWIN AWAL TAPI SAYA TAK MENGALAKKAN ORANG KAHWIN AWAL.



jumpa lagi. bye~!



5 comments:

  1. Nice sharing kak!! ^^ hehe kalau tanya Hana 10 tahun akan datang pun belum tentu Hana ready hahah

    ReplyDelete
  2. nice sharing tapi heehe

    ReplyDelete
  3. sakit hati kalau bayar mahal tapi service teruk. Kadang tu nak support bisnes kawan tapi buat ala kadar je

    ReplyDelete
  4. Nice tips, Insha Allah akan digunapakai...

    ReplyDelete
  5. uish deep tu ayat yang last. sha pun belum terfikir nak kahwin walaupun makcikpakcik dah sibuk nak carikan jodoh

    ReplyDelete