Diriku Kempunan Nangka dan Salak

salam semua


lamanya tak bersiaran. pemalas betul dua tiga bulan ni. disamping terlalu sibuk dengan kerja, tabiat malas nak buka laptop pun dah menular. banyak benda nak kongsi tapi entahlah. malas nak menaip. haha. facebook pun dah jarang buka, asyik buka whatsapp whatsapp whatsapp je. whatsapp tu la je la kan yang banyak berhubung dengan siapa-2.


em bukan tu nak cerita. seminggu dua ni perangai pelik berlaku kat azah. tak tahu la kenapa. hormon dah nak tua ke, nak pregnant ke, waalahualam tapi pelik yang teramat sangat. sampaikan apa yang kita nak, tapi kita tak dapat, sampai tahap boleh keluar air mata. haa kauuu manja pulak seminggu dua ni. haha


al kisahnya, sabtu lepas nak sangat makan nasi lemak. tak tahu kenapa, punyalah nak makan tu sampai terbuak buak. ahad-khamis boleh je nak makan sebelah pagi tapi tulah, tempat kerja jauh, jadi kena bertolak awal la ke sekolah. memang tak sempat la nak singgah kedai tepi jalan untuk beli nasi lemak. alamatnya kalau beli , merah la masa thumbprint hari kejadian. huuu. so after a week, alhamdulilah harini dapat la juga merasa nasi lemak RM1.50. yay! syukur





tiga hari lepas pulak, kisah salak. ma azah ni amat rajin nak tanam buah salak, pisang, rambutan belakang rumah ni. sejak ma azah sakit je, kebun belakang ni dah takda orang jaga dah. yela hujung minggu je azah dan suami ada masa, hari2 sibuk dengan kerja kerja kerja pulak kan. jadi, tiga hari lepas, kebetulan abang azah  datang rumah, so ma azah suruh la abang pergi ambilkan buah salak di kebun tu. em guess what, abang ambil semua buah salak tu kat kebun. ada la dalam tiga tangkai. Allahuuu. ambil semua tanpa tinggal seulas dua pun kat diri ini :(((( bila dapat tahu tu terus-menangis-bagai-tersedu. punyalah terasa sebak kita ni hantu buah, so kalau tak dapat memang terkilan tapi kan syukur tengah harini jugak sempat makan buah salak. haha. ada 4 biji. satu biji dah makan dah. lepasss kempunan nak makan buah salak.



dan kelmarin, abang azah no 2 bawakan buah nangka dari kebun mertuanya. pagi-2 lagi abang azah dah bawakan, so ada la buah nangka atas meja. sampai petang, tak terusik pun buah nangka tu. yela kan, main dengan getah siapa yang sanggup. jadinya, semalam lepas maghrib waktu azah nak kemas meja, haih serabut pula mata kan tengok nangka ni. azah ambil la buah nangka tu, kupas la satu persatu, masukkan dalam bekas boleh sumbatkan dalam peti dengan niat, esoknya (hari ni) boleh makan. sedap tau nangka makan sejuk-sejuk. perghhh. jadi lepas kupas satu persatu, masukkanlah dalam peti. nak dijadikan cerita, semalam rumah ada kunjungan tetamu. jadi azah hidangkanlah nangka tu dekat tetamu. takpela, sebab dia sorang je kan. masih ada lebih lagi nangka tu. dan pagi ni

.
.
.
.
.

terkilannya. dah la kita kupaskan, kita bergelumang dengan getah getah nangka. bangun pagi ni, ma bagitahu nangka dah habis. ya, habis-tanpa-azah-sempat-makan. Allahu. terkilannya. saat ni pun dok merasakan sedapnya nangka tu. sampainya hati makan sorang-sorang sampai habis. kalau ye pun, simpan seulas dua takpe dah. ni makan semuanya. Allah. sedih sangat-sangat. kempunannya nak makan. menitik air mata sebab nak sangat makan nangka ni.





sedapnya nangka :( saat menulis ni pun dah berkaca kat mata ni uiii. macamni rupanya bila kita nak sangat makan tapi tak dapat kan? macam ni rupanya perasaan tu kan :( macam ni rupanya. em sebaknya.








7 comments:

  1. nangka buah febret ejulz.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Wahhh dah nak dapat baby lah tu kot!!! weeee hopefully so... amiin hehe Hana pulak yang excited ni >_<

    ReplyDelete
  3. ni buah yg mmg jarang2 skli makan. tp skli dpat perghhh sedapnya.

    ReplyDelete
  4. tak pernah makan salak betul.. yang jeruk je penah rasa.

    ReplyDelete
  5. gaya macam dah ada isi ni tapi tu lah memahami sangat perasaan tu. Memang sebak syahdu sendu sebabak semua ada. Bertabahlah ye

    ReplyDelete
  6. macam nak ada berita baik je ni hehehe kalau sha pulak teringin sushi lah takoyaki la benda yang agak susah nak cari haih kadang pendam je

    ReplyDelete
  7. wahhhh
    sedih sangat nih
    pergi lah beli nangka buat hilang kempunan tu
    hehehe

    ReplyDelete