Alhamdulilah, Azah's Junior is on the way!

assalamualaikum semua!



Kesinambungan dari kisah SINI. hehe. lepas check OPK tu kan, kakak ipar suruh double check balik dengan UPT kan? time tu dah petang dah, dalam pukul 4 lebih. tak terasa nak pee lagi, so takpe. kita rehat dulu sambil2 tengok google keberkesanan OPK dalam test kehamilan ni betul2 menjadi ke tidak. hehe. dalam duduk google, aishh berdebar jugak sebab sebelum ni mana pernah lagi tengok UPT ni double line, sebelum ni check memang single line je.


dalam pukul 5 lebih, husband balik kerja. tak inform lagi dekat dia, biar la dulu kan, takut berharap pula nanti. lepas solat asar, rehat rehat je santai petang. maghrib tu husband ke masjid, so tinggal berdua je dengan ma. nak ke toilet untuk mandi tu, fikir nak bawa ke tak ye. kalau bawa kot kecewa, tak bawa tapi nak tau result UPT macam mana. so bawak je lah!



fikir positif je time tu, apa-2 keputusan kena terima dengan hati terbuka kan. kalau positif syukur ada rezeki kami, kalau negatif, apakan daya. kita usaha lebih lagi. jadi lepas settle semua, lay out dulu. siap mandi semua, check. Allah Allah Allah. mengucap panjang dalam hati. nak nangis, sebak. tergamam, terkejut eh semua ada lah. nak tahu result apa?




DOUBLE LINE UPT!


Allah. 10 bulan menunggu, ini yang Allah hadiahkan. bersangka baiklah dengan Allah. segala perancangannya hebat2 belaka :'(( time ni sebaknya ya Allah. terkadang kita lalai dengan suruhannya tapi Allah tetap bagi apa yang kita betul2 nak.



lepas solat maghrib, terus doa. "kuatkanlah kandunganku ya Allah". lepas tu terus tanya kakak ipar, "kalau macam ni dah positif ke" . kakak terus cakap tahniah. Allah terharu sangat2. sebak sangat-2. tak terkata. lepas tu terus update kat apps MyCalender pasal pregnancy ni. check check last menstrual period (LMP) pada 10 Julai. time tu rupanya dah 4 minggu 1 hari baby dalam kandungan.



Alhamdulilah.. Syukur alhamdulilah. Allahu Allah. macam tak percaya je. rezeki monthsary ke 10, di kurniakan zuriat dalam rahim. alhamdulilah. sungguh macam tak percaya sangat-sangat. al kisahnya diri tak tahu pun mengandung sebab memang tak rasa apa-apa. sebarang alahan pun takde cuma ada tanda tanda biasa je. entri next azah ceritakan apa tanda-tanda azah hamil pula ye. so bila dah diri tak expect pun mengandung, buat kerja pun berat2 je la. berat tu tak la berat mana, tapi kalau angkat raga kain yang muatan seminggu tu berat juga kan :P hehe



esoknya, lusanya dan tulatnya masih juga tak percaya percaya. haha. jadi banyak kali jugak la double check balik, ye ke ni. ye ke ni. ye ke ni. tengok ni haa dua tiga kali test :P





alhamdulilah, our junior, #babyAH is on the way. doakan kami suami isteri ya! doakan baby kuat juga tau. hehe. delay period hari keempat jumpa doctor zakiah. next entri azah cerita pasal first time jumpa doktor pulak ya :)







No comments