First Pregnancy : Tanda Kehamilan

assalamualaikum semua.


harini azah nak share serba sedikit tanda-tanda kehamilan yang diri azah sendiri dapat. lain orang lain tanda pregnancy tau. buat rakan-rakan yang masih berTTC, selamat berTTC, azah doakan moga2 kita semua diberikan kesempatan untuk menjadi seorang ibu. amin ya rabbal alamiin. okaylah, back to topic.

Simptom Awal Pregnancy 


1. tender breast
time ni takdelah sakit mana pun tapi bila sentuh ngilu ngilu sangat. mulanya ingat bulan ni takde rezeki baby lagi sebab every cycle pun azah akan ngilu bahagian ni. sentuh pun dah terasa sakitnya. haha. jadi tender breast ni adalah sama simptom dengan azah punya period :) jadi tak syak sangat mengandung waktu ni. haha



2. demam
26 july hingga 27 july haritu suami outstaion di kuala lumpur. nak dijadikan cerita waktu suami outstation ni, azah pula demam panas. haha. kesian husband, mungkin demam rindu husband kot kan. yelah jarang berpisah ni, tu yang mendapat demam waktu tu. nasib baik weekend jumaat sabtu. husband balik hari ahad, dua dua tersadai atas katil sebab demam. haha. ahad sama-sama ambil MC. time ni pun tak syak pregnant jugak tapi pelik la sebab azah ni antibodi tinggi, jarang demam. tu tetiba demam. bila dah mengandung ni je baru perasan oh haritu aku demam la lepas ovulasi. haha



3. badan panas je setiap pagi
azah perasan ni jugak. every morning lepas mandi, azah tetap akan duduk depan kipas sekejap ambil angin. bayangkanlah air dah sejuk sejuk sangat dah tapi lepas mandi memang tabiat wajib duduk depan kipas untuk ambil angin walaupun sekejap. adehh. time ni ada la rasa sikit mengandung tu :P



4. badan cepat lesu dan letih
seorang cikgu, tau sajalah tiga empat tingkat sehari menjadi kebiasannya. pastu jarak masa ke masa pula sangatlah dekat so berkejar la nak masuk kelas. bila dah masuk kelas, mesti akan tercungap-cungap take 3 minit dulu. fuhhh time ni memang lesu sangat-2. balik sekolah sampai rumah pukul 3 lebih confirm akan tertidur. 2 minggu jugak azah perhatikan azah tertido lepas balik sekolah. patutlah badan lesu time tu ada baby nak menumpang dalam rahim rupanya kan



5. sakit pinggang
sakit pinggang ni tak kerap tapi terasa juga la. jadi lenguh2 gitu. simptom ni tak pelik sangat sebab waktu azah nak period dulu pun memang akan terasa sakit pinggang.



6. cirit birit 
dua tiga hari sebelum delay period azah cirit birit. bukan cirit birit yang 10x ke toilet, bukann. ni membuang yang biasa je. 2x sehari macam tu. pagi dan petang. rasa macam kosong je lepas membuang sebab azah ni biasannya 2hari sekali baru membuang tau. awal delay period pun sehari dua azah masih lagi cirit birit. azah whatsapp tanya deskmate azah, dia cakap memang cirit birit ni memang alahan orang mengandung pun. ada yang sembelit katanya. hehee



7. muka kusam dan tiada seri
yesss! this one. dua minggu muka azah kusam tersangat. nak pakai bedak sangat malas. apatah lagi nak makeup lebih-2. time ni jerawat kecil banyak naik dekat area muka. in fact sampai sekarang pun muka takda seri. haha. jerawat dan kesan jerawat masih ada. takpalah anak, umi awak redha demi awak.



8. ruam di leher dan pelipat siku
ada satu hari tu kan. bawah leher allahurabbi sangat sangat gatal. bila garu macam ada bijik halus je. nak katakan allergic, azah mana ada allergic. jadi azah pun biarkan jela gitu. dua tiga hari juga la gatal tu berleluasa. hilang je area leher, timbul pula dekat pelipat siku. alahai. nak ke klinik malas rasanya sebab sikit je kan. fikir fikir nanti lah seminggu lagi tak baik-2 jugak kita pergi klinik. nasib baik area leher tu takda tinggalkan kesan garu-garu dah. cumanya area pelipat siku jela sampai sekarang gatal sikit. alahan kot kan. hehe



9. delay period dan positif! :)
dan last dah, yang paling ketara tahu pregnant bila period delay. hari pertama delay period saja gatal tangan nak check OPK dan UPT terus positif. hehe. alhamdulilah syukur. dah lama menanti, akhirnya tiba jua dalam rahim ummi ni.



doakan azah dan kandungan ya.



No comments