OPK untuk test kehamilan? Berkesan ke?

Assalamualaikum semua.


nak cerita pasal OPK ni. sebelum ni ada terbaca, OPK ni boleh juga diuji untuk KEHAMILAN. bagi yang belum tahu, OPK ni kit kesuburan. jadi kita boleh tahu bila tarikh kita subur untuk "usaha lebih".


hari pertama dijangka period, bagitahu kat deskmate sebelah, deskmate sebelah ibu mengandung dah tapi dah 6 bulan lebih dah. hehe. bagitahu dia "harini azah dijangka period kak, macam takde tanda period je lagi ni". dia pun cakap "bersangka baik dengan Allah". azah pun positif je la :) kalau ada, ada la kan. kalau takda, in shaa Allah next time kita usaha lagi. haha



balik dari sekolah, azah nak terkucil. tak tahu kenapa terdetik nak check tapi bukan check dengan UPT, azah check dengan OPK dulu. sebelum hari pertama dijangka period ni, minggu lepas azah dah check dah OPK dan UPT, tapi dua dua result negative. so, lepas balik sekolah tu, tak expect pun nak check lagi kan. tiba-tiba terdetik macam tu je nak check.



jadi bawa la OPK ke toilet. settle semua, biar test kit tu lay out je sbb test kit ni kena permukaan rata kan. sedetik dua detik seminit zuppp




DOUBLE LINE PEKAT sangat-sangat. Allahu. dup dap dup dap terus. tergamam kejap.  masuk dalam bilik, whatsapp kakak ipar sebab kakak ipar dah biasa juga dengan OPK dan UPT ni. explain dekat dia "sebelum ni adik dah positif OPK dah, ni sepatutnya hari period tapi kenapa line pekat lagi kakzai, takkan dua kali positif dalam satu cycle". dia pun macam wahhhh "cer adik try UPT". haa pulak UPT pulak. kita dah berdebar tahap apa dah. haha.



agaknya macam mana result UPT tu eh? tunggu next post ya!






10 comments:

  1. uish taksabar nak tunggu post akan datang

    ReplyDelete
  2. Ehemmm macam berita baik je ni, hihi... mahal tak opk tu? nak beli kt mana Azah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mahal sis. azah beli kat shopee je. haha. banyak pcs with borong okay! so cari je kat shopee.

      Delete
  3. Kak PC doakan moga di UPT pun double line yang clear juga...aamin....aamin..aamin.

    ReplyDelete
  4. wahhhhh harap ada rezeki azah kali ni

    ReplyDelete
  5. insyaAllah azah, doa yang baik2 dan still positif. tak sabaq nak tau result UPT tu. hehe

    ReplyDelete