Resipi : Cucur Durian Mudah

Assalamualaikum semua




harini nak share cara buat cekodok durian versi mudah punya. al kisahnya baru2 ni husband ada kursus di Kota Bharu. sewaktu kursus tu, ada dihidangkan cucur durian ni. so balik rumah dia pun cerita "sedap la mi jeput duyan b makan kat kursus tadi". haa sudah, kalau cakap sedap ni mesti isteri kena buat lerr. haha. so, ada lebihan durian makan semalam, harini terhasil la cekodok durian ni.

bahan-bahan: 

  • dua gengam durian
  • 5 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • setengah gelas air
  • sebiji telur
  • setengah sudu makan garam
  • dua sudu makan gula 



cara-cara: 


1. combinekan semua bahan
2. gaul gaul sampai la tekstur dia tak berapa cair sangat, tak pekat sangat macam cekodok pisang, cekodok bawang, cekodok biasa gitu je
3. panaskan kuali
4. goreng cekodok menggunakan api kecil
5. sedia untuk dihidang


haa simple je kan? tengah dok panas panas lagi husband dah habis tiga empat biji, sodap bonar kali eh! haha. layankan jela kan, syurgaaaaa kitaaa tu :D


10 comments:

  1. Sedapnyaa! baru buat cekodok tapi cekodok bilis. cekodok = jemput2 = cucur. :D

    ReplyDelete
  2. aaaaa teringin pulak, mana nak cari durian ni

    ReplyDelete
  3. mesti sedap kan? nak kena cari durian dulu ni. hehehe :d

    ReplyDelete
  4. sekarang semua berasaskan durian hahaha

    ReplyDelete
  5. sedapnya azahhh..hntr sini skett

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak timbang guna kilo ke guna kati? kalau kati rm100 termasuk pos rm7. haha

      Delete