Ikhtiar Untuk Hamil

Assalamualaikum semua.


alhamdulilah, tak lama lagi nak masuk trimester kedua dah. hehe. doakan semuanya dipermudahkan ya. baby first kali ni tak banyak meragam, morning sickness pun tak sangat. timing timing je rasa mual, tak boleh bau tumis masak, pening kepala ni selalu. almost every day. takpelah, ni antara the beauty moments in the life kan, jom la kita enjoy our precious moments ni. 


kali ni azah nak share dengan kalian ikhtiar/tips/ cara yang azah amalkan sebelum azah pregnant. azah faham, setiap rumah tangga mesti inginkan zuriat kan. sama jugak macam azah, 9 bulan kahwin baru Allah izinkan azah pregnant. hehe. alhamdulilah. bagi orang lain 9 bulan tak lama kan, tapi bagi azah sangat2 lama dah sebab kita memang nakkan anak sangat2 kan. 



okaylah, jom kita tengok antara ikhtiar yang azah buat sebelum azah disahkan pregnant. 


1. makan asid folic appeton
azah makan ni on off. tak selalu pun. time ingat makan la, time tak ingat tak makan. haha. tapi bila dah pregnant ni wajib makan everyday semoleknya sampai melahirkan. 

2. makan taugeh
azah figure out taugeh ni the best untuk kesuburan melalui youtube. ada satu video tu, beliau berkongsi pasal tips kesuburan. azah apa lagi, terus on dengan suami, kita makan taugeh what ever happen. syukurlah every day nak dapat taugeh ni mudah sangat. azah akan mintak dengan acik kantin jual nasi air/mee sup tu je. hihi. alhamdulilah, dengan izin Allah, lepas je sebulan azah makan taugeh, azah disahkan pregnant :)


3. download apps MyCalender
dalam apps tu, ada untuk ovulasi. kita key in je tarikh period, nanti day by day dia akan update either hari tu low, medium, high ovulation untuk pregnant. jeng jeng jeng. yang ni kena ada kerjasama dengan suami. kehkeh. 


4. banyakkan bersedekah
dalam bulan 7 tu seingat azah banyak azah bersedekah. ada satu part tu, ustaz sekolah azah minta derma untuk penambahbaikkan surau di kampung dia. azah terus hulur sedikit duit dan bagitahu dekat ustaz, "ustaz doakan sy mengandung ye, sy dah nak setahun kahwin ni". ustaz tersebut terus terkumat kamit bacaan doa. dia pun cakap in shaa Allah. alhamdulilah, asbab berdoa jugak, lekat la babyAH ni. berkat doa ustaz ustaz kan. satu lagi yang azah ingat. time tu ada dua orang guru di sekolah azah akan berangkat ke tanah suci mekah untuk tunaikan ibadat haji. azah ambil kesempatan jumpa dengan mereka dan salam sambil minta mereka doakan azah cepat2 mengandung. waktu salah seorang daripada mereka kat sana pun, azah whatsapp minta doakan azah. cikgu tu cakap malam tu dia akan solat hajat khusus untuk azah. ya Allah Allah. seolah doa terus dikabulkan, azah lekat baby. balik daripada ibadat haji pun dia jumpa Azah, dia cakap "ni dah ada ni kan?" azah senyum senyum je sambil ucap alhamdulilah. 


5. doa
last but not least, banyakkanlah berdoa. itukan senjata kita. meminta la pada Dia. berdoa dan terus berdoa. semoga segala usaha kita dimakbulkan Allah taala. Azah mendoakan buat semua yang masih TTC, moga kita diberikan peluang untuk merasai pengalaman indah ni. amin amin.


doakan azah dan kandungan ya. amin



No comments