Happy 1st Anniversary

Assalamualaikum semua!


Allah lamanya tak post kan. maaf maaf. terlalu sibuk dengan kerja. tambah2 sekarang musim marking paper PT3. Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 dah pun berlalu awal bulan 10 baru ni, jadinya musim marking exam la pula kan. harini pun baru abis sesi pertama mesyuarat penskoran PT3 ni. dua minggu lagi kena submit dah skrip calon student. hehe. best jadi guru ni, banyak pengalaman! :)



by the way, syukur alhamdulilah. dah setahun berlalu. apakah ia? jeng jeng jeng. alhamdulilah dah setahun berlalu majlis perkahwinan kami. semalam 15/10 genap la kami setahun bersama dalam meniti ujian alam rumahtangga. tipu la kalau tak pernah gaduh, tipu la kalau tak berselisih faham tapi itula kan, tak gaduh tak tahu la asam manis rumah tangga. eh? haha



apa-apa pun, alhamdulilah. semalam bawa suami keluar jalan jalan ambil angin pantai dan bershellout. sedap? em boleh la rating 8/10. nak kata sedap sangat macam banyak sos tiram je dia letak. hehe. apa-apa pun syukur boleh juga makan kan.



banyak sebenarnya yang nak cerita. buka buku pink, pengalaman scan kali pertama, scan babyAH kali kedua. alahaii. takpa, in shaa Allah one fine day nanti azah throwback segalanya ya. :) hihi.





Oct 15, 2017 is the date that officially im yours and today, we managed to pass the first year together. happy 1st anniversary. love you to the moon and back, b.


boleh kan jarang-2 sekali update gambar bersama? ecececeh. selamat ulangtahun perkahwinan sayang! :)) korang bila anniversary? jom jom share


10 comments:

  1. happy Anniversary :D

    jemput singgah: https://sweetepalhijau.blogspot.com/2018/10/novel-rindu-yang-terlarang.html

    ReplyDelete
  2. Wah congrats dan semoga kekal ke jannah hehe...akak cikgu sekolah menengah eh? saya pelajar yang amik pt3 tahun ni hahah wah sekarang musim tanda paper pt3..tetiba rasa nervous!


    www.mylittlestoryi.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..moga sentiasa sakinah mawadah wa rahmah.

    ReplyDelete
  4. Happy 1st anniversary moga bahagia till Jannah

    ReplyDelete
  5. Dah setahun dah kahwin, happy anniversary Azah hehe. Semoga rumahtangga yang dibina kekal hingga ke jannah

    Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger

    ReplyDelete