Pengalaman Bersalin Anak Sulung

Assalamualaikum semua! sedar tak sedar harini dah masuk 30 hari baby AH. haa asyik dok babyAH babyAH je kan. heee. nama baby azah Azwar Hasif. A tu daripada nama A azah. H tu pulak daripada nama H hadi , suami azah. fair and square, baru tak gaduh gaduh nak letak nama anak. haha.


okay back to topic. harini azah nak share pengalaman bersalin pada baby azwar. setiap orang pengalaman lain lain kan. azah melahirkan baby azwar waktu azwar dalam kandungan 37w4d. bukan azwar mengada-ngada nak keluar awal tapi sebab azah ada masalah kesihatan. hehe. dan tau sajalah bila kena paksa bersalin ni, sakitnya melebih-lebih tau. haha.


waktu azah 35w , azah diserang darah tinggi. kisahnya bermula selepas mak azah dimasukkan ke wad asbab hati rosak dan jangkitan kuman dalam paru2, azah pulak disahkan ada darah tinggi. azah fikir mungkin sebab azah tak cukup tidur sbb time tu azah berjaga malam jaga mak di hospital. pastu bila mak dah balik rumah, azah uruskan dia pula. angkat dia dari tidur, tidurkan dia, mandikan dia and so on. tak sangka pula dengan tak cukup rehat tu, bila azah pergi check up 35w, tekanan darah azah naik. so misi refer doktor, doktor on ubat labetolol. hari yang sama jugak, doktor refer azah ke hospital besar sebab ada darah tinggi waktu pregnant ni bahaya jugak, boleh jadi kena penyakit sawan tau. huhu. so bermalam lah azah di HRPZ sebab kes darah tinggi untuk semalaman. second day, doktor pakar mai round, dia naikkan dos ubat darah tinggi and boleh discaj dah. yay! bila dah discaj wad apa semua, azah keep continue makan ubat darah tinggi je lah untill lah 37 weeks, the real story began.




rabu 27/03/2019, 37w
al kisahnya waktu 37w azah ke klinik kesihatan untuk check up perut macam biasa. yelah makin dekat hari makin kerap kena check up kan. tambah tambah azah ada gdm on diet control dan juga darah tinggi (diagnosed 35w) waktu check tekanan darah tu, azah punya tekanan sampai bacaan 168/100 macam tu. memang tinggi. 2-3x ambil pun tekanan tinggi. check urine protein memang takda. lepas check tekanan darah, check jantung baby guna dopler. pun sama jantung baby laju juga. so agak bahaya di situ. terus misi refee doctor. doctor call pihak labor room hospital besar ask for second opinion. after a while discussion, azah kena on medxa (ubat panas darah tinggi) dan beberapa ubat biji yang lain. fuhhh takut!


sakit on medxa tu Allah je yang tau. besar sungguh branula yang kena insert. waktu on medxa ni pun azah kena insert yang air kencing tu. tak sure istilah english apa. lepas 15mins, azah punya bacaan makin turun lepas on medxa. azah call husband bagitahu kena refer ke hospital besar. whatsapp family group apa semua. then, ambulans sampai terus ke labor room hospital besar.


tu kali kedua azah naik ambulans neno neno. haha. sampai je HRPZ, azah refer ke labor room. macam biasa procedure, ambil berat, ambil urine protein, ambil CTG anak. syukurlah time ni CTG anak dah back to normal. siap CTG anak, doc nak scan baby tengok macam mana. so far doc scan semuanya okay. kepala dekat bawah dah and so on, just doc cakap "baby awak ni macam besar". bukan macam besar memang besar pun doc. mana2 jumpa orang pun mesti akan tegur berapa weeks dah, besarnya perut. huhu. nak buat macam mana kan. nak dapat big baby.


then after scan anak, tunggu turn nak masuk wad. dalam sejam dua macam tu, katil dah kosong. misi pun tolak ke wad naik wheel chair. mula2 azah ditempatkan di wad 11. macam2 ragam/macam macam problem pregnancy yang boleh jumpa. hehehe. pastu dapat laa baju pink ni. tukar baju then siap siap solat asar maghrib apa semua. so far tu jela yang dibuat sepanjang hari pertama refer wad.

khamis 28/03/2019, 37w1d

esoknya khamis, pagi2 doktor pakar round wad. memang normally macam tu kan, doc doc akan round wad sebelah pagi. sampai je turn azah, doc tgok cases azah. then discuss punya discuss, doctor tanya "nak deliver or tak?". azah dengan yakinnya cakap depends, kalau tu yang terbaik then proceed la doctor sbb doctor ada ukur tinggi baby azah pun dah macam 40cm. berat pun doc estimated around 3.7kg 3.9kg. tambahan doc ckp azah ada gdm on diet control dan juga darah tinggi kan. so azah cakap boleh doc, kita proceed la deliver awal. doc pun ckp okay kalau gitu esok pagi kita proceed induce belon ya. dan bermulalah saat tu azah google, doa, solat hajat, mohon dipermudahkan urusan.


sebelah petangnya azah bangun daripada tidur, around pukul 4, doc kata nak seluk check bukaan. fuh seram! hahaa. then pergi check tu doc cakap "eh awak ni dah 2cm dah, xda rasa sakit ke? azah mengiling je. then doc cakap "esok pagi awak kena induced belon kan? kalau esok 4cm dah, xperlu induced belon dah, kita buat cara lain pulak ye." okay, heartbeat dah laju tandaa berdebar! hahaha. so macam mana next day? nanti azah sambung part 2 ya 😂😂😂



No comments